Assalamualaikum
Selamat petang semua , Sebenarnya lama dah aku nak kongsi ni dengan korang semua *ada yang baca ke* pasal radio . Nampak macam subjektif bukan? tapi kalau kita "dive into it " lagi kita akan jumpa banyak benda-benda pelik , benda unik , annoying pasal sesuatu radio . Aku rasa maybe bagus kita mulakan dengan radio kegemaran mak ayah aku . So since depa lahir dulu daripada aku obviuosly taste muzik diaorang sangatlah lain dengan aku .
Parent : Old song - Melayu song - 60s - 90s - mengamit memori -
Aku : Current pop song - EDM - English song - Rap *lil bit* -
See ? Memang aku dengan parent aku tak sehaluan bila pasal radio dan taste muzik haha . So mama dan ayah punya favourite radio ialah radio negeri . Radio negeri ? apa tu ? kan setiap negeri ada radio masing-masing jadi radio favourite diaorang ialah radio Perak FM .
Ok , how do I start this . Macam ni , bila kemana-mana dengan parent aku especially berjalan jauh memang aku terseksa jiwa raga *over exaggrated * sebab radio akan dikawal sepenuhnya oleh pemandu kereta dan di dalam situasi ini pemandu kereta adalah ayah aku . Jadi apa lagi memang sepanjang perjanlanan tu radio perak FM lah yang dibukanya ataupun kalau bosan mesti tukar kepada Klasik FM . Which is also not my type . Sebenarnya bukanlah aku annoy dengan lagu-lagu yang diputarkan sebab hati aku still terbuka juga lah nak terima lagu lama cuma the whole radio thing dekat perak FM ni tak kena dengan selera aku . Diaorang punya team make the radio sounds really old . Dari bunyi-bunyi-an , nama segmen , macam-macam lagilah . Macam kau duduk zaman jefri din , rafeah buang tengah popular meletop-letop gitu . First of all mana ada dah DJ bercakap tengah-tengah lagu sedang main kan ? Jangan risau Perak FM still do it . I just can't . Sebab itu lah earphone sentiasa bersama aku dan juga playlist aku dalam JOOX .
Second things that bugged me were adanya " Segmen bersama ........ " . Pertama sekali aku faham since diaorang radio kerajaan jadi dana untuk radio tak banyak dikeluarkan . Jadi terpaksalah diaorang buka slot " Segmen bersama PENAJA " Segala produk daripada produk kesihatan , katil , nak cantik , nak kurus , produk kosmetik , jus-jus apa ntah semuanya masuk dalam segmen bersama tu . Annoying dia tu tak payah cakap la , macam aku cakap dengan radio tu..
|| Aku nak dengar lagu lah , dah kenapa ada jual produk pulak dalam radio ni . SMH ||
Lagi sekalilah ear bud dimasukkan ke dalam lubang telinga dan lagu dari JOOX dimainkan . Haha . Itu baru segmen - segmen tau belum lagi iklan-iklan pasal produk , servie yang macam old school punya style . Tapi dalam menyampah aku dengan radio Perak FM ni ada juga baiknya iaitu Segmen Ceramah . Dah berhibur-hibur tu tak ha kau tarbiah sikit diri kau tu * macamtohh* Selalunya slot ceramah dalam pukul 2 dan pukul 6 petang . Bagusnya sebab dekat radio lain macam era FM atau hot FM tak dapatnya kau nak dengar ceramah pasal maulidur rasul contohnya tetibe kau dalam kereta . Haha
Okay move next to antara radio kegemaran rakyat Malaysia iaitu radio Hot FM . Takda banyak pun aku nak komen pasal Hot FM sebab aku bolehlah layan jugak radio ni . Kengkadang kalau radio favourite aku lagu dah bosan sangat aku tukar kepada Hot FM .
Lagu-lagu yang dimainkan pula okaylah . Takda yang overplayed SEPUPOH JUTA kali sehari . Overall aku suka radio Hot FM . Adik beradik aku terutamanya kakak kembar aku memang suka radio ni . Segmen favourite aku dalam Hot FM ialah segmen petang bersama Jejaka D.I.A ( Deen , Isei dan Ammar) . Segmen yang menarik dan bolehlah korang dengar kalau terkandas dalam jam lepas balik kerja tu kan . Selepas Hot FM , next aku akan share pendapat aku terhadap Era FM . Radio favourite aku dulu .
Semenjak tahun lepas lagi aku perasanlah * from my POV * era FM dah macam kurang seri / Aura yang aku rasa dulu-dulu . Terutama dalam segmen JOHARA . Dulu that's the most enjoyable segmen kot bila aku dengar Era FM . Tapi sekarang tak lagi sebab dj-dj nya tends to over exaggrate apa yang diaorang bualkan dengan gelak yang terbahak-bahak dan kuat gila . Sometimes they're even laugh at their joke macam lawak gila sedangkan takda benda yang lawak pun . That's triggered me dan buat aku terfikir diaorang ni sengaja buat macam ni atau tak sedar . Dan benda ni bukannya aku je perasan , kalau korang pergi page Era FM memang sentiasa ada je komen-komen dari pendengar macam dj ni syok sendiri kinda thing . Korang pun rasa macam tu ke ? *komen kat bawah*
Segmen-segmen lain pun dah macam kurang seri . Aku sebenarnya rindu masa ira mohd amin , adi , zahid jadi dj Era FM . They're more authentic and natural . Segmen yang aku enjoy pun Carta 40 Era dengan Nabil setiap hari sabtu .
Now it's time for my favourite radio FLY FM !! Korang pernah dengar tak Fly FM ? salah satu radio di bawah kelolaan Media Prima macam Hot FM . Sebenarnya baru juga aku (mula tahun lepas) dengar Fly FM ni . Semuanya inisiatif untuk memperbaiki english aku dari segi grammar , dan fluently-nya aku dalam bercakap bahasa inggeris . Even kalau dalam youtube , memang penuh video yang bahasanya inggeris sebab aku layan ramai youtubers berbahasa inggeris . Nak tengok siapa yang aku layan? klik bawah ni
Seleksi lagu yang diputarkan pun menarik . Kepada sesiapa yang memang niat nak improve english dia aku memang recommend untuk dengar Fly FM lagi-lagi segmen pagi diaorang bersama Hafiz dan Guiboo . Lagi authentic dan real daripada JOHARA pagi era nun . Cuma kengkadang Fly FM ni selalu over played lagu sampai sehari tu kau boleh dengar lagu yang sama dalam 4 - 5 kali . Antara lagu-lagu yang over played sekarang ni Bruno Mars - 24K Magic dengan The Weeknnd - Starboy . Bila dah lagu sama je dimainkan aku pun sumbatlah ear bud aku dan dengar playlist aku dalam JOOX .
Korang jangan salah sangka pulak kata ni entry sponsor oleh JOOX eh . Aku memang suka JOOX sebab bila nak dengar lagu selain daripada youtube , JOOX ialah tempatnya juga nak stream lagu . Rasanya itu je kot rant aku malam ni . Oh lupa nak bagitahu segala komen aku terhadap radio-radio di atas adalah pendapat aku semata-mata sebagai pendengar . Janganlah pulak ada yang offended dengan komen yang aku berikan ye .
Assalamualaikum n bye peeps !
No comments:
Post a Comment