Tuesday 25 April 2017

TIPS TEMUDUGA SENI LUKIS DAN SENI REKA UITM [ 2017 ]

Assalamualaikum



Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk sebab dipenuhi dengan beberapa sesi temuduga jadi masa nak menulis takda . Jadi minggu ni baru free sikit dan aku nak ambil peluang nak bagi a few tips dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik spm batch 2017 yang nak ambil kos seni lukis dan seni reka next year sebab sabtu lepas aku telah menghadiri sesi temuduga bagi kos tersebut di UiTM Seri Iskandar.

Little story time masa aku semak yang aku dapat panggilan temuduga ni happy-nya tu hanya Allah sahaja yang tahu . Impian aku hampir tercapai gitu . Alhamdullilah kawan-kawan seperjuangan aku juga dapat temuduga ni . Jadi kami bertiga pergi ke temuduga ni. 

Aku , Noni dan Fadhil


Masa yang dinyatakan pada surat 8:30 . Aku datang dengan ayah sebab mama dengan kakak ada hal pagi tu . Jadi kami pun bertolak dalam pukul 7:20 macam tu . Masa sampai pun pintu dewan belum dibuka lagi. Oh , untuk pengetahuan semua tahun ni sesi temuduga dengan sesi melukis semuanya dilakukan di dewan utama UiTM Seri Iskandar . Jadi jom kita dive in tips-tips yang aku nak bagi berdasarkan pengalaman aku pada hari Sabtu lepas.

||---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------||

Secara umumnya kepada adik-adik yang nak ambil kos ni , korang akan menduduki dua sesi temuduga iaitu sesi pertama ialah ujian melukis dan sesi kedua ialah sesi temuduga dengan lecturer bagi pecahan kos-kos yang terdapat di uitm Seri Iskandar . 

Sebelum korang nak pergi temuduga tu , pastikan baca betul-betul arahan dalam surat panggilan temuduga dan sediakan segala dokumen yang diperlukan . Jangan ada tertinggal atau terlupa bawa sebab masa aku pergi ada calon terlupa bawa dokumen . Alatan melukis pun sila bawa mengikut surat arahan yang disediakan oleh pihak uitm.

SESI UJIAN MELUKIS

Bagi yang berhasrat nak memohon kos ni , make sure korang letak kos ni sebagai pilihan pertama di dalam UPU . Peluang untuk dipanggil temuduga lebih besar daripada yang letak sebagai second or third choice . Selain itu rajin-rajinkanlah diri untuk belajar melukis live action atau kata senangnya korang melukis benda yang korang nampak supaya masa ujian melukis nanti tak kekok atau cemas sebab tak biasa.

Ok , bagi ujian melukis ni korang bascially akan ditempatkan dengan beberapa calon lain di dalam bilik atau macam tahun ni di dalam dewan dan korang akan duduk secara bulatan/petak . Di dalam bulatan tersebut akan terdapat beberapa objek untuk dilukis . Macam tahun ni objek yang diletakkan oleh pihak UiTM Seri Iskandar ialah kerusi banquet yang diletakkan kain di atasnya dan terdapat kotak kosong dibawah kerusi banquet tu.

ha ni adalah kumpulan aku  dan itulah objeknya.


Dalam gambar di atas ada aku *hekhekhek kalau terer cuba cari* Masa yang diberi pula adalah selama 1 jam . I jam tu bagi aku sebenarnya cukup untuk lukis plus dengan shading segala bagai. Masa ni korang memang akan insecure dengan calon sebelah korang sebab yang datang temuduga ni memang yang power-power melukis *termasuk aku hehe* jadi korang fokus je pada lukisan korang , kalau nak tengok-tengok orang sebelah pun sikit-sikit je . Nanti dia akan mentally touture korang dan membuatkan korang rasa lukisan korang buruk etc . Lagi satu jangan gunakan pemadam banyak sangat , memadam akan memakan masa . Jadi berhemah sikit bila melukis tu , jangan silap je memanjang.

Lecturer-lecturer dalam tu pun buat lawak bagi calon-calon tenang dan diaorang juga akan komen sikit-sikit lukisan korang betulkan apa yang salah . Lepas je korang habis sesi melukis , akan datang satu kertas pada korang sebab sekarang tiba masanya pula untuk ujian kreativiti . 

Ujian kreativiti ? Apa tu ?

Ujian kreativiti ni adalah ujian dimana di dalam kertas tu terdapat beberapa siri garisan yang pelbagai dan korang harus mencipta sesuatu melalui garisan-garisan tu . Tak kisah la nak bentukkan dia jadi motor je , pemandangan ke , kartun ke , apa-apa jelah . Nama pun kreativiti kan...

PRE TEMUDUGA

Dalam sesi ni sebenarnya korang akan diberi taklimat oleh lecturer2 bagi setiap program yang terdapat macam grafik , fashion , fine art dan beberapa lagi . Tujuannya adalah untuk selepas selesai ujian kreativiti korang akan diberi sehelai kertas lagi untuk list down 1-9 program yang paling korang berminat sampailah yang korang kurang berminat . Kesemua program dalam fakulti seni lukis dan seni reka ni ada 9 . Nak tau kesemua ? meh aku senaraikan...

-Seni Halus
-Grafik 
- Fashion 
- Fotografi
- Seni Logam Halus
- Seramik
- Tekstil
-Percetakan
-Perindustrian

Untuk lebih lanjut bagi setiap program tu korang boleh google . Jadi korang akan diberi membuat pilihan program mana yang korang paling minat , tapi kalau korang diterima masuk ke fakulti AD ni tak semestinya korang akan dapat program yang korang nak kan tu ya . 

SESI TEMUDUGA

keadan luar dewan . Ayah2 dan ibu hebat menanti anak-anak mereka


Selepas korang selesai ujian melukis dengan ujian kreativiti tibalah pula masa yang paling ditakuti oleh semua calon iaitu sesi temuduga . Tapi sebenarnya korang relax je , jangan tunjuk gelabah tu sebaliknya tunjukkan yang korang nakkan sangat kos ni dekat muka lecturer tu .

PROTIP :

- Sila bawa segala hasil kerja anda di rumah tu , yang jenis doodle ke , abstract ke . Apa jenis segala lukisan bawa untuk impress-kan lecturer . 

- Bagi yang nak mohon untuk macam fashion , photografi , grafik atau fineart sila bawa hasil kerja yang berkaitan dengan program yang korang nak . Peluang untuk korang dapat program tu lebih besar , kira harapan cerah la . 

- Yang buat kurus seni sila bawa folio korang dan juga hasil kerja akhir korang . 

Ok , selesai protip meh sambung balik . Bagi tahun ni memandang calon yang nak ditemuduganya ramai jadi sesi temuduga pun dibuat di dalam dewan yang sama . Terdapat lebih kurang 30 panel tak silap untuk menemuduga calon . Setiap panel ada lebih kurang 2 orang penemuduga . Aku dapat panel ke 6 manakala kawan aku dua orang tu dapat panel yang sama , panel 4 * tak aci >_< * Make sure sebelum korang ke panel penemuduga , korang dah keluarkan segala dokumen yang diperlukan nak bagi pada penemuduga , jangan kang dah sampai ke panel baru terhegeh-hegeh bukak beg nak ambil dokumen . 

Sampai-sampai pada panel , aku dapat penemuduga perempuan . Manis je mukanya . Bagi salam sebelum duduk ya adik-adik . Adab tu harus ada . Kalau diaorang tak suruh duduk jangan duduk lagi atapun minta untuk duduk . Jangan main duduk je . Maka bermulalah sesi temuduga . Di bawah ni aku senaraikan beberapa soalan yang ditanya pada aku..

" Ok sila perkenalkan diri awak "
"Ada bawak karya-karya ? boleh saya tengok "
" Apa yang awak tahu tentang grafik ? boleh terangkan "
" Skop kerja grafik kan banyak , kalau awak , awak nak pilih yang mana ? "

Lebih kurang macam tu soalan yang ditanya . Yang lawaknya separuh masa temuduga tu tetibe dia cakap saya ni sepatutnya interview awak dalam bahasa inggeris sebab kat sini belajar dalam kelas , exam semua dalam bahasa inggeris . Maka separuh lagi masa tu dia soal aku dalam bahasa inggeris dan aku pun jawab dalam bahasa inggeris . So , make sure english korang power tau . Jangan pula cemas , tergagap-gagap bila dia soal dalam bahasa inggeris . Buat cool je . 

Habis je sesi temuduga penemuduga akan buat ujian buta warna pula . Senang je , cuma kena fokus jangan memainkan pulak . Benda senang patut boleh jawab korang tak boleh jawab pula . Lepas selesai ujian buta warna , kalau penemuduga dah suruh pergi , korang kemas balik karya-karya korang tu , kalau boleh salam , sila salam dan beransur pergi . Jangan lupa ucap terima kasih Puan/Tuan .

Di bawah ini akan aku letak update kalau aku dapat kos ini , dan kalau aku tak dapat pun aku seronok sebab dapat kongsi pengalaman aku dengan orang lain dan aku harap apa yang aku kongsi ni memberi faedah kepada yang mencari maklumat pasal kos ni.

Kalau adik-adik atau sesiapa nak tanya lebih lanjut pasal proses temuduga ni boleh la DM aku di Instagram @zachieazid . Bye , Assalamualaikum

----------------------- || UPDATE || ------------------------

Alhamdullilah , aku terpilih untuk program Grafik dalam kos Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Seri Iskandar

---------------------------------------------------------------




44 comments:

  1. Satu perkongsian yang menarik ni! especially untuk mereka yang nak apply course ni satu hari nanti. Tak pernah tahu macam mana course seni reka interview. Rupanya macam ni ja. Menarik juga part duduk ramai-ramai lukis kerusi tu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah memang menarik konsep duduk ramai2 pastu lukis...tapi itulah bila insecure tu datang...habis lah nak melukis pun tak keruan..ahaha

      Delete
    2. sumpah aku rindu gila nak ingat balik dari first interview sampai lah grad.. hmmm

      Delete
  2. Wow ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ wajib save haha

    ReplyDelete
  3. yang lukis ramai2 tu pernah buat masa nak apply subjek Pendidikan Seni Form 6. sekali tak lulus hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh form 6 kalau ambil seni kena interview jugak eh? baru tahu

      Delete
  4. perkongsian yang bermanfaat. tahun 2008 dlu kitorg lepas lukis trus kena interview. skrang ni siap ada ujian kretiviti lagi. tapi saya xde rezeki untuk kos ni sebab letak pilihan kedua. yg dapat pilihan pertama pulak. good luck untuk awak nnt

    ReplyDelete
  5. menarikkkk nie. BV dulu apply UPU memang letak seni lukis & reka (grafik) sebagai pilihan no 1 uitm, tapi maybe bukan rezeki sebab jauh, so takdapat la temuduga dan sebagainya. hahahhaha

    all the best ya :D

    ReplyDelete
  6. wehhh aq pon ada kat seri iskandar ni...and aq amik grafik mcm kau. roger aq jap 0174397927 aq blok Damar D325

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang bagus & menarik. Tahniah sebab dapat sambung belajar. Btw, nama ig tu dah jadi @zachieazid, bukan @zakieazid lg dah~

    ReplyDelete
  8. Bakal diintrview bulan ni :'
    Klau nk amek grafik , hasil krja yg mcm mana yaa nk tunjuk?

    ReplyDelete
  9. Bakal interview mnggu dpan..
    Kalau sy nak ambik grafikk.. Hasil kerja mcam mna ya yg nk tunjuk kpd mereka??

    ReplyDelete
  10. sabtu ni interview ! terima kasih banyak bang ! saya selepas spm dah baca entry abang Alhamdulillah rezeki dapat interview ni yang baca lagi ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha same lahh kite..nervous gila..englishh lemahh๐Ÿ˜ซ

      Delete
  11. Jap nk tnya I'm going for the interview this Saturday and I'm mentally freaking out rn,Kalo nk graphic what kind of art kena tnjk?All the drawings I've done so far consists of portraits,anime,pen sketches mcm portrait and style scribbles tu yg byk.I xkut sbb I mmg xnak seni halus I want graphic design xp what kind of hasil kerja yg sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh really... this saturday i have interview too... and kalau bleh mmng nak ambik graphic...

      Delete
  12. I dapat interview tu sabtu ni. Tapi xdpt pegii sbb ai xpandai melukis. Silap ai la pegii letak seni reka ni pilihan 1. Ya Allah. Kalau la boleh undur masa. I letak UPSI sbgai pilihan 1๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜Ÿ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya tak amik seni tapi sapa pergi iv sabtu ni (esok).. Huhuhu

      Delete
    2. Eh, saya tak amik seni tapi sapa pergi iv sabtu ni (esok).. Huhuhu

      Delete
    3. Eh, saya tak amik seni tapi sapa pergi iv sabtu ni (esok).. Huhuhu

      Delete
  13. assalamualaikum.. seni fotografi tu bleh tak guna telefon ja,, ka kena guna kamera>>:) harap dibalas:')

    ReplyDelete
  14. Klo dokumen x lengkap mcm mne ehh ..last minute punya pasal lh..

    ReplyDelete
  15. English den lomah..tu ja problemnya

    ReplyDelete
  16. Kalau ckp bahasa melayu sikit2?dea mrh x?

    ReplyDelete
  17. ujian lisan tu sorang2 jeke masuk , or ad dalam 2-3 org ?

    ReplyDelete
  18. Hi nak tnya kalau apply course grafik nnti keluar blh tk buat dlm pendidikan course grafik jgk?

    ReplyDelete
  19. Akak, kalau terlepas temuduga sesi 1 kira tolak tawaran ke? Sebab saya lambat semak

    ReplyDelete
  20. Akak, kalau terlepas temuduga sesi 1 kira tolak tawaran ke? Sebab saya lambat semak

    ReplyDelete
  21. terlambat pulak baca entri ni ... anak baru je interview sabtu lps...harap2 ada rezekilah

    ReplyDelete
  22. Nk ig boleh? Sbb try cari ig @zachieazid tapi x jumpa...

    :(

    ReplyDelete
  23. Alamak dh laa bi tk powerr๐Ÿ˜ž

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum...kalau temuduga seni bina lansdkap lebih kurang macam seni reka dan bentuk ke atau memang lain?? terima kasih

    ReplyDelete
  25. Bestnyer dpt interview ceni...saya lps ni pun kena interview jugak tapi dlm online.. So sape2 yg baca tolong doakan saya..May Allah bless you and your family and.. TQSM♥️

    ReplyDelete
  26. Perkongsian yang bermanfaat. ~

    ReplyDelete
  27. Steel v10 ceramic g - Titanium Art
    Steel v10 ceramic g, Titanium gr titanium solvent trap monocore 5-1, guy tang titanium toner $49.99 (P/5) revlon titanium max edition In stock titanium frames at the best prices on Titanium Art. Shop our wide selection of ceramic glass g 2019 ford edge titanium for sale at a discounted price.

    ReplyDelete
  28. Tq penulis yg memberi manfaat

    ReplyDelete
  29. Assalam. Maaf bertanya. Jika dpt tawaran utk Senireka Tekstil dlm tawaran UPU, boleh ke nak tukar ke Grafik misalnya selepas terima tawaran dan mendaftar dulu?

    ReplyDelete