Tuesday 10 October 2017

VIVO V7+ : HOTTEST ITEM IN SENHENG!

Assalamualaikum

Hai korang ! lama betul tak menaip . al maklumlah kehidupan bergelar mahasiswa ni kekangan dia banyak sikit * cewahh * tapi tapi malam ni aku nak story sikit dengan korang pasal Seng Heng jual VIVO V7+ ....

APA!!!!!


I know right , Senheng sudah mula menjual telefon pintar jenama Vivo ni lagi lagi untuk latest model ni Vivo v7+ . Sebelum kita cerita detail pasal cara-cara korang nak dapatkan Vivo V7+ ni kat Senheng , korang kenal dah ke dengan Vivo V7+ ? 



Jom berkenalan dulu dengan Vivo V7+ ni !!





Haaaa presented to you Vivo V7+ gituhh . Dengan slogan " See more than ever " Vivo datang kali ini dengan keluaran yang terbaru sekali dengan feature-feature yang lebih canggih dan #BOEK orang kata . Sesiapa yang follow Janna Nick mesti tau untuk Vivo V7+ duta rasminya adalah Janna Nick . Kerlass tak kerlass jah ? Ada beberapa feature terbaru yang aku nak highlightkan kat sini dan yang pertamanya adalah kameranya . Yup kamera , sebab semua orang kalau nak beli smartphone baru mesti benda pertama kita tengok adalah kamera kan?


24 MP FRONT CAMERA & 16 MP REAR CAMERA UNTUK PARA INSTAGRAMMER



Haaaa ambil kau ! 24 MP dia bagi untuk front camera  . Muka-muka yang permukaan bulan tu nescaya mesti flowless bila pakai Vivo V7+ ni . Mana taknya didatangkan pula dengan teknologi Face Beauty 7.0 jemah oi ! bukan calang-calang tau . Bukan itu je tau , untuk kamera depan ni siap ada mode Potrait Mode ! Apa itu potrait mode ? alah yang bila korang selfie tu background belakang akan jadi blurr tu . Lawa la gambar instagram korang lepas ni HAHA . Untuk Rear camera atau dalam bahasa lainnya kamera belakang pula ada teknologi PDAF . Kot-kot nak jadi instagrammer ha boleh beli Vivo V7+ ni nanti . Korang belikan untuk mak ayah korang pun boleh , senang la sikit dia nak tangkap gambar dengan kengkawan diaorang bila ada reunion * hek hek hek *

SKRIN BERSAIZ 6.0 INCH SEBESAR DAHI JENDUL MU



Vivo V7+ kali ni hadir dengan skrin bersaiz 6.0 inch . Kot-kot anak sedara kau nakal , kau hempuk je dengan vivo ni pun boleh HAHA . Bila saiz besar ni bukan apa , puas mata memandang . Nak tengok movie ke , main game ke barulah puas kan.... macam aku penggemar youtube pun memang puas kalau dapat skrin saiz 6.0 inchi ni . Lelagi aku ni #TEAMJARIGEMOK lagilah memang kena pakai smartphone yang bersaiz besar . Sapa #TEAMJARIGEMOK sila komen dibawah * gitohh *


PRESTASI YANG BOEK DAN MEMBERANGSANGKAN


Vivo V7+ memang POWER beb ! Dihadiri dengan Qualcomm octa-core CPU dengan 4GB RAM weh ! main Mobile Legend ni memang smoov giler weh .  Bagi ROM pula , Vivo V7+  didatangkan dengan 64 GB . Korang-korang yang kaki selfie ke , guna banyak apps or kaki main whatsapp dengan group 20 juta tu haaa memang  sesuai Vivo V7+ ni . 


Jap...jap nak beli kat mana ?


BELI KAT SENHENG LAH !!




Kenapa beli di Senheng ? Sebab banyak kelebihan atau perks yang korang akan dapat bila membelinya di Senheng . Pertama sekali mesti korang nak tahu berapa harga Vivo V7+ ni di Senheng kan? harganya cuma.....

RM 1,499 JE

Kenapa ? tak percaya ke ? memang betul korang , RM 1499 je . Sangat-sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ada pada smartphone tersebut . Pertama sekali korang sangat-sangat digalakkan beli Vivo V7+ di laman web Senheng sendiri , alang-alang tu boleh usha produk lain juga HEHE . 

BAYARAN SECARA ANSURAN UNTUK U DAN I
Pembelian korang buat secara penuh ataupun ANSURAN . YA YA YA AKU BAGITAU ANSURAN!!! . Kalau bayar secara ansuran , jumlah yang korang perlu bayar adalah RM62.46 selama 24 bulan je . Warna yang ditawarkan adalah Gold dan juga Matte Black *gojes gila warna ni *

EXTRA WARRANTY 
Bukan itu sahaja , kalau korang join Senheng punya PlusOne membership * yuran pendaftaran hanya RM12 * , korang akan dapat extra warranty setahun bermakna warranty korang akan jadi 2 tahun ! Takde sesiapa lagi buat macam ni tau , Senheng je . 

FREE DELIVERY UNTUK YANG BERKIRA MACAM AKU
Kejap !! kejap !! entry ni tak habis lagi ! Ada satu lagi benda yang menarik untuk korang . Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia . Ye , aku mention PERCUMA gaiss . Siapa taknak kan? 



Ingat entry ni dah habis? belum lagilah . Ada lagi berita baik yang aku nak kongsi dengan korang bila beli dekat Senheng ni . Korang jugak boleh trade-in smartphone lama korang untuk dapatkan rebate dan beli smartphone baru ni ! Amacam best tak? Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link dibawah ni.



So , macam mana? rasa berminat ? Kot-kot nak beli hadiah untuk adik yang baru lepas UPSR ke , bagi hadiah birthday kat mak ayah pun boleh . Kalau korang nak grab promo ni sila klik link di bawah atau klik sahaja gambar-gambar yang aku masukkan dalam entry ni . Settle masalah nak beli hadiah gf atau bf korang tu .