Friday 27 September 2013

Doodle project 2nd : Doodle on frame

Assalamualaikum


Salam jumaat dan apa khabar? sihat ke wahai pembaca blog ku yang setia....

Ni semua pasal bila aku tengok event doodle for unity yang selangor fm dan universiti malaya buat baru-baru ni dimana sapa-sapa sahaja boleh hantar artwork dengan tema yang disediakan . *sila baca dengan nada sedih* Tapi...aku tak berkesempata nak join event ni , semasa page selangor fm update semua artwork ...semua artwork mereka frame-kan...huhuhu


Jadi dari sini aku dapat idea untuk frame-kan artwork aku ^_^ Kos untuk buat frame murah je , DIY dengan barang yag ada je . Aku hanya memakai mouting board , pisau , double tape...itu sahaja . Untuk pengetahuan korang , doodle yang aku framekan ni adalah artwork aku yang paling terbaru . 

layan teaser dulu

Sangat-sangat murah dan low cost . Kalau aku melukis aku pakai sketch book yang boleh dipisahkan dari 
kulitnya , dan aku cuma laminated artwork tu dan frame-kan . Maka terjadilah "doodle on frame"





haa , bawah frame tu aku letak copyright aku




Dan untuk masa sekarang ni , frame doodle ni ada di dinding ruang tamu rumah aku . Jadi silalah komen dan beri pendapat tentang projek doodle aku yang kedua ni , dan akan ada banyak lagi projek doodle menyusul kemudian . 

Assalamualaikum


Wednesday 25 September 2013

Easy Peasy Giveaway by FD


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.

Tamat 13 Oct 13, 10 malam

Thursday 19 September 2013

Doodle project 1st : Doodle on mug

Assalamualaikum


Niat ku memang lama sudah ku pendam , tapi kali ini baru aku dapat tunaikan.... *baca dalam nada yang penuh perasaan*

Sebagaimana yag semua tahu , memang selama ini ku idam-idamkan untuk men-doodle atas material atau benda yang selain daripada sketch book , dan kali ini aku memilih untuk men-doodle atas plain mug . Dengan kos yang rendah aku boleh buat mug yang secantik neelofa..eh? Harga mug yang aku dapati di tempat aku ialah RM 2.50 sebiji mug .



Artline yang aku guna ialah artline jenama faber castle yang sangat-sangat mahal okay . Nak tau harga ? pi
google . Dan cara -cara melukis atau mug ni sangatlah senang kacang lodeh . Pertama sekali korang lukis ikut sedap hati jiwa lara .. kemudian korang bakar dalam oven dengan suhu 360 masa 30 minit . 

Peringatan , jangan gelabah atau terkejut kalau oven korang berasap masa bakar mug ni , Cuma kalau berasap sangat tu cuba turunkan suhu atau cepatkan masa . Tujuan kita bakar untuk kekalkan artline tu , tapi aku ragu-ragu untuk memakainya takut-takut hilang lukisan tu nanti . 



Jadi telah selesai projek 1st doodle on mug  , dan ishaALLAH akan disusuli dengan projek doodle yang lain. Kalau hati berkenan nak buat tu , jangan ditahan-tahan macam aku ni , ataupun ada nak tanya apa-apa PM je kat fanpage . 




P/S : yeay esok dah cuti maka bermulah aku untuk menyiapkan tempahan

Wednesday 18 September 2013

Jom buat jersey FREE!!

Assalamuaalaikum

Jarang sangat aku share dengan readers benda yang lain daripada doodle . Jadi harini aku nak share dengan korang suatu benda yang aku rasa aku patut share dengan korang . Korang tahu kan syarikat CLEAR yang shampoo rambut tu . Jadi dieorang ada buat , contest dimana korang design jersey yang paling best dan korang akan dipilih sebagai pemenang . 

Nak tau macam mana? meh aku tunjukkan cara-cara...

Pertama sekali korang klik link dibawah untuk ke laman web CLEAR 


Kemudian korang klik "design your jersey now! " 


Kemudian , korang dah boleh mula design jersey yang korang impikan  dengan bahan yang diberi . Antara yang boleh kita edit semula ialah warna jersey , jenis colar , nombor jersey dan macam-macam lagi . Korang harus kreatif bila design ni sebab , ramai yang berbakat design jersey ni tau...smad boh !

tengok tu , macam-macam warna ada

nama jersey pun boleh tukar laa , tengok tu oshem kan?


Kalau korang macam kurang kreatif nak mendesign jersey ni , korang tengok dulu gallery design yang dah siap , tapi janganlah tiru , just tukar - tukar apa yang patut . Selepas korang dah siap design , tekan button NEXT kat tepi tu , dan isi butiran diri . 


Isilah apa yang patut kat situ , pastikan semua butiran tu betul , kang kalau menang salah pos hadiah pulak . Cara pemilihan pemenang ialah , mereka akan memilih rekaan atau design jersey yang paling oshem dan coll sekali setiap minggu  , dan korang jangan risau sebab semua ni adalah percuma!! .


Assalamuaalaikum

Monday 16 September 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013


P/S : Harap-harap dapat la >_<

Friday 13 September 2013

Wordless Jumaat : Update aRtwork!!

Assalamualaikum


Lama tak post entry tentang artwork aku , alih-alih tempahan , ArtTrade bla..bla..bla . Harini nak bagi korang bahan bacaan yang ringan sikit . Jemput cuci mata korang . 


First



Second



Doodle yang sangat ringkas . Kalau sapa-sapa berminat untuk menempah doodle dengan aku , boleh PM di fanpage *di bahagian sidebar . 


P/S : background blog masih dalam proses perkemaskan dan percomelkan :3

Assalamualaikum


Thursday 12 September 2013

Art Trade with Asnawi Hassim

Assalamualaikum



Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca Belog ZakieAzid , salam 1 malaysia , salam perak aman jaya . Bahahahaha ade gaye MB tak ?


Sebenarnya dah lama aku tinggalkan art trade dengan blogger ni , Yang terakhir pun dengan akak Safiena dan kak Kay SBK . Jadi beberapa hari lepas , ada blogger bernama Asnawi Hassim minta untuk art trade dengannya . Maka terhasillah seketul doodle yang sangat hensem . 
A for Asnawi..H for  Hassim


Kesimpulanya , bagi sesiapa yang ingin ber-ArtTrade dengan aku , sila PM aku di fanpage di bahagian sidebar . Kbye


Assalamuaalaikum


P/S : suffering because preparing for the worst E.X.A.M    T_T

Monday 9 September 2013

Inspirasi Candy Buffet untuk korang .

Assalamuaalaikum


Yeay harini hari Isnin dan esok selasa dimana masih bersekolah T_T



Ni sebenarnya cerita 31 ogos haritu , 2 orang kakak sepupu aku berkahwin . Orang sibuk sambut merdeka aku sibuk buat candy buffet untuk dieorang . Masa bincang-bincang time sebelum majlis , kakak sepupu aku ada cakap pasal candy buffet yang menarik perhatian aku . Zaman sekarang candy buffet telah menjadi trend untuk sesebuah perkahwinan . 

Sehari sebelum majlis berlansung , aku telah ditugaskan untuk mereka , menghias candy buffet yang akan dibuat .  Aku dah design dahulu macam mana rupa candy buffet tu . Tema warna biru + kuning . Maka terhasillah sebuah candy buffet yang comei + oshem + comei tak kakton . 

pandangan hadapan

syurga coklat



Kos untuk buat candy buffet ni taklah semahal mana , tapi mahallah jugak . Bekas-bekas tu bersepah kat ikea ade , kedai tupperware pun banyak , nasihat aku beli yang plastik jangan beli yang kaca , takut budak bertolak-tolak ambil coklat nanti . Coklat , jajan semua tu , kat kedai pemborong coklat ada , yang jual coklat banyak-banyak tu . Satu tips aku nak bagi kat hampa..meh telinga tu...


JANGAN SEDIAKAN PINGGAN ATAU MANGKUK ATAU BENDA YANG BOLEH MENGISI MAKANAN DIDALAMNYA . 
Ini kerana , kita nak elakkan pembaziran , kalau perhatikan budak-budak ni , kalau ada pinggan or mangkuk tu , satu jenis coklat tu seggengam tangan dia ambik habaq hang . Bila dah kenyang buang . Even korang still nak letak pinggan mangkuk jugak , incharge seseorang untuk jaga candy buffet tu . 


Aku harap ini dapat membantu korang sedikit sebanyak bagi yang nak buat candy buffet ni . 


Assalamualaikum

Friday 6 September 2013

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

Assalamualaikum


klik banner kalau nak join

Kad pra-bayar : celcom

Heee join segmen topup lagi . Memandangkan credit den kering jee , terpaksa merajinkan diri join segmen sebegini . Harap - harap dapat la . 

New product of belog ZakieAzid

Assalamualaikum


Yeay!! baru-baru ni pihak samsung telah menge-call aku memberitahu bahawa aku telah memenangi 4 tiket wayang dengan popcorn . Tapi bukan ini yang aku ingin bincangkan...





Tadaaaa , Belog picisan ini telah mngeluarkan produk baru iaitu illustration . Ala macam blogger lain-lain buat tapi yang ini version ZakieAzid punya! . Jom tengok sample yang aku buat .


























K fine .. saja aku besarkan bagi terbeliak sikit mata korang . 


COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid


Model yang comel lotte tu aku ambil daripada adik google , dan aku transformerkan kepada illustration . Peplum tuu . Jadi kalau berminat sila PM aku dan harga yang diberikan inshaALLAH murah , heee . 


Assalamualaikum

Tuesday 3 September 2013

Topap Giveaway By Yong Atira

Assalamualaikum



klik banner kalau nak join


Sangat sesuai dijoin oleh blogger yang sering kekeringan credit , Saja-saja nak cuba nasib . Mana tau ada rezekikan ? Jom meriahkan GA ni .