Sunday, 15 May 2016

Join Contest dari Pallas Malaysia

Assalamualaikum


Ohoi , semua . Rindu ceq tak?? Lama betul tak update blog . Maafkan kanda adinda , tahun ni kanda menduduki SPM jadi kenelah fokus lebih sikit dekat buku. Ahaks




Tujuan aku update blog memalam yang hening ni bukan apa , cuma nak kongsi yang baru-baru ni in fact semalam aku join pertandingan Who Is Your Idol Teacher daripada Pallas Malaysia . Cara dia mudah je . Korang kena ambil satu jenis haiwan contoh burung kakak tua and then buat some sort like kad ucapan yang boleh di handrawn atau edit guna komputer lepas tu korang describe yang haiwan tu punya sifat dengan perangai cikgu korang yang idol tu . Lepas tu hantar dekat FB timeline diaorang . Senang je kan ? Eh jap , disclaimer ni bukan entry sponsored ke ape eh . Aku just nak share karya yang aku buat untuk cikgu Seni aku . 


Jadi inilah hasilnya....




Inilah hasil yang paling termampu aku buat dengan masa yang sangat-sangat pack *sangat..ceh* At first aku tak perasan yang dia suruh visualize your teacher tu sebagai haiwan dan masa tu aku dah siap sketch perempuan bertudung berbaju kurung . Lepas baca tu , apa lagi , abam tambah la telinga kucing , mata gojes kucing dengan hidung yang cute tu . 


Pemilihan cikgu pulak , ya auloh susah banget deh . Banyak sangat cikgu yang aku suka kat sekolah aku tapi lepas fikir-fikir aku ambil cikgu seni tingkatan 4 aku tahun lepas , Cikgu Nadia . Perlu ke tanya aku kenapa? sebab seni kot! hehehe gurau-gurau . 

Sebabnya adalah cikgu Nadialah cikgu pertama yang exposedkan kepada aku pasal Seni Visual lebih mendalam daripada aku yang tahu seni tu Doodle je , ehek . Cikgu Nadia jugak selalu sembang dengan aku pasal nak sambung belajar lepas SPM nak ambil kos apa *obviously art* Seni jenis apa , dan hal-hal yang berkaitan . Sebab yang last ialah dia tak pernah bagi markah seni aku B , sentiasa A uols . 

Semoga penyertaan aku ni adalah bagi luck sikit sebab kalau menang dapat RM200 dan sekolah dapat RM500 . Sapa taknak kak jah oii . Korang pun boleh join sampai esok sebab tarikh tamat 16 Mei dan tarikh pengumuman pemenang 17 Mei . 


Assalamualaikum

Nak gosok baju jap , esok ada sambutan hari guru kat sekolah . Sleep tight guys.

Saturday, 13 February 2016

Tahun ni KEIR punya!

Assalamualaikum

Happy CNY pada yang menyambutnya . Harini aku nak cerita pasal temasya sukan sekolah aku yang ke - 84 . Since tahun ni tahun last aku bersekolah *uhukhuk sedih pulok* . Sukan tahun ni secara tiba-tibanya menjadi sangat ajaib . Nak tau apa yang ajaibnya , tunggu akhir entry nanti...

Temasya sukan tahun ni berlansung pada 6.2.2016 bersamaan dengan hari sabtu minggu lepas . Tahun ni aku tak ambil apa-apa bahagian termasuklah kawad sebab aku telah ditugaskan oleh cikgu untuk menjadi photographer pada hari sukan nanti . Memang impian aku dari form 1 nak jadi photographer sekolah lagi-lagi bertugas masa hari sukan dan akhirnya dapat . Yeah!!

Untuk pengetahuan korang , sekolah aku punya nama rumah sukan unik dan memang korang tak pernah dengarlah..

KEIR - RUMAH MERAH
SULTAN - RUMAH KUNING
SHAIDALI - RUMAH HIJAU
HEAD - RUMAH BIRU

Haaa kan? memang tak pernah dengar kan?  So jom kita pergi ke hiasan rumah sukan. Oh lupa nak bagitahu yang aku adalah salah seorang ahli rumah Keir . Ok sambung balik , untuk rumah sukan semua rumah dah ada masing-masing punya tema dan tema-temanya ialah...
 


 Tahun ni Rumah Keir bertemakan istana . Dan apa yang uniknya ialah semuanya yang korang nampak di atas tu adalah daripada polistrin . Penat oo nak cat setiap bahagian sampai siap jadi camtu.


 Untuk rumah Shaidali ni aku pun tak berapa pasti tapi rasanya ala-ala rimba-rimba gitu sebab ada panda , naga hijau .


Haaa Rumah Head pulak tema macam ala-ala kelautan *ada ke istilah tu* macam tepi-tepi laut la lebih kurang sebab hiasan dalaman ada sampan , pasir-pasir.


Sorry tak perasan yang rumah Sultan punya rumah lupa nak tangkap . Tapi tema diaorang ialah Kesultanan Melayu . Interior design setiap khemah aku tak sempat tangkap sebab dalam khemah agak gelap . Ok , bab hiasan khemah dah settle , jom kita beralih pulak pada benda yang paling common bila sukan iaitu MASKOT!!!! . Sorry la , aku agak eksited sikit bila masuk bab maskot ni sebab untuk maskot rumah Keir , aku ada sepanjang pembikinannya . Untuk maskot pulak , semua rumah taknak kalah dengan maskot masing - masing tapi aku rasalah maskot yang paling kiut miut adalah rumah Shaidali . Tak caya , meh tengok...



Untuk Rumah Keir cikgu decide tahun ni kita buat singa ...AWWWwwrrr . 


 Rumah Head pulak buat rasanya watak disney Mickey Mouse kan? yang donald duck tu . Not bad la . Yang penting ada effort nak buat maskot yang terbaik.


Haaa ni yang aku bagitau kiut miut tu . Rumah Shaidali memang tak pernah gagal untuk buat maskot yang comel-comel ni . Pandangan pertama korang mesti jatuh cintalah dekat maskot ni.


Last but not least , rumah Sultan . Tahun ni maskot diaorang aku pun tak berapa pasti tapi rasanya macam lebih kepada cosplay sebab memperagakan baju tradisional Kesultanan Melayu . 



Overall untuk maskot , kudos kepada semua cikgu dan pelajar yang terlibat nak siapkan maskot sebab semuanya kreativiti sendiri .  Macam tahun lepas maskot terbaik jatuh kepada rumah Head ,tapi untuk tahun ni korang tunggu last entry nant... . 

Selepas acara kawad kaki , bermulalah acara padang pula . Bermula daripada acara larian bersama sekolah lain , sampailah ke acara lari 100 meter antara rumah sukan , Dan apa yang memeranjatkan ialah tuan rumah sendiri iaitu sekolah aku  yang bolot semua johan untuk larian dengan sekolah lain . Ok jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa hari kejadian*cewah*

Sahabt baik aku..




geram betul aku dengan panda ni..




Ni waktu perasmi periksa setiap perbarisan . Oh lagi satu perasmi ni dulu bekas pelajar SYS.


Pandai betul panda ni cari kamera aku , mana-mana ada je dia . #pandaiseverywhere



Classmate aku yang tetibe , eh zaki tolong tangkap gambar kiteorang" haha



 Pengetua baru sekolah aku . Very motivated punya orang.


Huh , bukan nak bangga la , tengok la rumah mana yang mendahului...hekhek
 
Ini untuk acara tarik tali which is final round antara Keir dengan Shaidali dan pemenangnya adalah Shaidali. Emm fun fact , untuk acara tarik tali , Shaidali adalah pasukan yang comfirm masuk Final.

Dah puas tengok semua gambar? dan alhamdullilah tahun ni tahun KEIR!! sebab apa? sebab KIER adalah rumah sukan yang paling terbanyak mengutip pingat emas and plus olahragawan dan olahragawati dari rumah KIER! Fyi tahun ni macam ajaib sesangat sebab selama aku bersekolah 5 tahun ni , tahun ni lah baru KEIR nak merasa tittle juara tu . Aku pun rasa macam kemenangan ni memberi kenangan indah bila aku habis sekolah nanti .


Assalamualaikum.



Oh lupa bagitau untuk maskot terbaik dengan hiasan khemah terbaik jatuh kepada rumah Sultan.

Tuesday, 22 December 2015

Lesen Oh Lesen!

Assalamualaikum





Hai semua dan selamat pagi hari rabu . Common things bila korang berada di tingkatan 4 ni adalah...

"Weh bila nak ambil lesen motor?"
"Ambil dengan aku nak tak?"
Eh ujian komputer lulus tak?"
"Macam mana JPJ? lulus ke tak?"


Tapi yang fokus sebenarnya adalah AMBIL LESEN MOTOSIKAL . Serius aku bagitau , sepanjang sekolah tahun ni kawan sekelas , kelas sebelah semua dok cerita pasal lesen , lesen , lesen  , lesen sampai naik muak aku dengar . Jadi masa dekat-dekat nak habis sekolah tu mama bagitau suruh ambil lesen sebab senang tahun depan naik motor je pegi sekolah plus aku ni seorang yang busy di sekolah *gitu* jadi aku pun pergilah daftar di driving school dekat pekan batu gajah ni dan kebetulan ada program Mylesen which is depa buat promosi untuk mengambil lesen motosikal iaitu dari harga asal RM399 jadi kepada RM299 sahaja.


Aku pun tak kisah la Mylesen ke apa ke asalkan lesen tu nanti dapat supaya aku ni halal membawa motosikal di jalan raya. Sejurus selepas dengar ceramah , pihak driving school tu suruh kami peserta Mylesen ni pilih tarikh untuk ujian komputer jadi tarikh yang aku pilih lebih kurang 2 minggu sebelum sekolah habis . Jadi nak cerita pasal ambil ujian komputer ni , seminggu sebelum aku ambil ujian komputer tu aku buat latihan guna simulasi ujian komputer yang korang boleh download kat internet ni *google je* so aku memang buat latihan dalam tu sampai muntah dan akhirnya aku lulus ujian komputer dengan markah 45/50 .


Selepas lulus ujian komputer tu , korang kena bawa gambar ukuran lesen dengan slip keputusan yang korang lulus tu kepada JPJ boleh kepada driving school tu pun boleh . Aku hantar kepasa driving school jadi dapat lesen L tu lambat sikit , masa nak mula belajar baru depa bagi lesen L aku. Sepanjang tempoh korang pegang lesen L ni korang hanya boleh bawak motosikal seorang diri je lah , tak boleh bawa penumpang , kalau kena tahan dengan JPJ nasib la kau , kenyit la mata nanti kat pakcik JPJ tu nanti , haha .


 yeay dah ada lesen L !!



Ok , sekarang masuk bab nak test dengan JPJ untuk dapatkan lesen P....


Jadi untuk pengetahuan semua , ada 2 bahagian yang akan diuji iaitu KPP 02 dan KPP 03 . Untuk KPP 02 ada 5 instrumen antaranya ialah meniti , kon , brek kecemasan , pusingan lapan , dan selekoh tajam manakala untuk KPP 03 pula dia macam praktikal di jalan raya contohnya bagi signal untuk membelok , berhenti kat traffic light , macam tu lah lebih kurang .

Hari Isnin bertarikh 21/12/2015 adalah tarikh aku ambil test JPJ . Sehari sebelum test lagi aku dah start cuak dan cara aku menghilangkan cuak tu adalah tengok video-video tutorial ujian JPJ kat dalam youtube dan tanya kawan-kawan aku yang dah lulus ujian JPJ . Tapi alhamdullilah la tidur malam tu still lagi lena cuma bila bangun hati dah tak keruan . Pagi tu mama dengan ayah yang hantar aku ke driving school dan diaorang pun tunggu aku sampai aku habis test.


Prosedur pertama adalah pergi daftar kat pejabat dan ambil no giliran . Jadi no giliran akan ialah 07 manakala kawan aku 06 . Lupa nak bagitau yang aku ada kawan sorang masa test JPJ tu *kawan masa dekat KAA dulu*. Lepas dah daftar diaorang suruh tunggu dalam bilik menunggu untuk tunggu kehadiran pegawai JPJ . Belum lagi pegawai JPJ masuk aku dengar ada orang terjerit-jerit suruh masuk cepat , rupanya pengawai tu yang menjerit suruh calon yang melepak-lepak kat luar supaya masuk. Masuk-masuk je pengawai JPJ tu , tengok muka macam baik nama dia YEOP *yang terpapar pada nametag dia* pangkat dia dengan aku macam pakcik la tapi masa test aku panggil dia tuan. Dia pun mula la menerangkan prosedur yang akan berlaku sepanjang test hari ini. Pegawai Yeop ni dia uruskan untuk test KPP 02 manakala untuk KPP 03 pulak diuruskan oleh Pegawai A.Suhardi .


Masa nak test dia akan panggil dalam 4 calon sekali gus sebab motor yang digunakan untuk test ada 4 ke 5 macam tu . Tapi sebelum calon-calon yang baru nak test ni pergi , diaorang bagi orang-orang yang nak buat repeat test untuk test dulu . Selepas habis orang yang repeat test tu baru calon-calon yang baru ni mula buat test . Masa calon 01 sampai 04 mula KPP 02 semua lulus sehingga la start calon 05 - 07 mula buat test . Budak 05 ni masa dekat titi terjatuh pulak dia *hati dah cuak ni* lepas tu kawan aku pulak dia pun sama jugak terjatuh dekat titi *bertambah cuak!!* bila sampai masa aku , aku ambil jarak yang jauh sikit dari garisan putih dan Bismillah terus start....


Fuhh alhamdullilah lepas titi tu dengan masa 8 saat sebab syarat dia kena lebih dari 7 saat . Selepas titi tu intrumen seterusnya ialah kon*yang macam orang training bola tu* part ni aku takut sikit sebab entahla macam susah nak balancekan badan nak pusingkan motor tapi alhamdullilah lepas jugak yang ni dan selepas tu ujian untuk brek kecemasan pulak dimana korang kena bawak motor lelaju lepastu brek guna brek kaki dengan brek tangan sekali .  Lepas tu kena buat pusingan 8 *macam roundabout* dan yang terakhir ialah selekoh tajam . Lepas habis je KPP 02 lega bebenor sebab sikit je lagi nak dapat P ni..haha


Untuk yang KPP 03 tu tak ada sangat yang thrillnya cuma bila nak masuk simpang ke apa-apa jangan lupa bagi signal . Kalau tak.. mandatori ataupun gagal . Dan sejurus aku berhentikan motor tanda dah habis sesi KPP 03 Pegawai tu arahkan untuk buka topi keledar dengan jaket keselamatan dan pergi ke tempat depa duduk untuk pantau dan ambil result . Jadi persoalannya adakah aku lulus?


Syukur Alhamdullilah aku lulus! : D


Jadi kepada sesiapa yang nak ambil lesen motosikal ni masa ujian JPJ nanti hati tu bawak bertenang je walaupun korang rasa nak terkeluo jantung tu kan..dan mintalah pada ALLAH sebab kita lulus atau gagal semuanya atas izinNYA.


Assalamulaikum.

Labels

aiman aziz ( 1 ) ainan tasneem ( 1 ) alergic ( 1 ) April fool ( 1 ) art trade ( 3 ) artwork ( 3 ) back to school ( 1 ) baju baru ( 1 ) baju kurung ( 1 ) baju melayu ( 1 ) bertukar ( 1 ) Best ( 1 ) blog ( 1 ) brooch ( 1 ) buah melaka ( 1 ) buku mewarna ( 1 ) button badge ( 3 ) candy buffet ( 1 ) car ( 1 ) cepat ( 3 ) CLEAR ( 1 ) commision ( 9 ) contest ( 1 ) couple ( 1 ) cutie ( 1 ) dari blogger ( 1 ) dedeq ( 1 ) denaihati ( 1 ) design sendiri ( 8 ) Digi wwwow award ( 5 ) digital doodle ( 1 ) digital potrait ( 2 ) Doodle ( 51 ) doodle bookmark ( 1 ) doodle frame ( 1 ) Doodle Malaysia ( 1 ) doodle project ( 6 ) doodle raya ( 2 ) doodle t-shirt ( 1 ) emasputih ( 5 ) excited ( 1 ) experimentdoodle ( 2 ) Fatin diana ( 2 ) featured on utusan ( 1 ) finale ( 2 ) frame ( 1 ) freebies ( 4 ) friday ( 1 ) giveaway ( 19 ) hadiah ( 1 ) hafizzy apit ( 3 ) happy ( 2 ) Hari guru ( 1 ) hari raya ( 2 ) hari sukan ( 1 ) header ( 2 ) iklan ( 1 ) illustration ( 1 ) iman syyipo ( 1 ) informasi ( 3 ) jemputan ( 1 ) jersey ( 1 ) join ( 1 ) JPJ ( 1 ) kad raya ( 4 ) kak cci ( 1 ) karya ( 1 ) ketayap ( 1 ) kuih ( 1 ) lesen motor ( 1 ) limited edition ( 1 ) logo ( 2 ) majalah ( 1 ) majalah YEZZ ( 4 ) melastik bintang ( 1 ) minta maaf ( 1 ) mohd zuhri ( 1 ) murah ( 1 ) muslimah ( 1 ) nabila medan ( 2 ) new product ( 1 ) Pallas Malaysia ( 1 ) pandan ( 1 ) paper bag ( 1 ) PBSMR ( 1 ) pengalaman test jpj ( 1 ) perkahwinan ( 1 ) peserta ( 1 ) plain mug ( 1 ) pn qalesya ( 2 ) poslaju ( 1 ) pt3 ( 1 ) ramadhan ( 3 ) raya ( 5 ) REMAJA ( 1 ) retis ( 2 ) review ( 8 ) runningman ( 1 ) sale ( 1 ) salju creative ( 1 ) segmen ( 7 ) segmen doodle ( 5 ) setiap hari ( 1 ) shida radzuan ( 3 ) shopping ( 1 ) short review ( 2 ) shortlist ( 1 ) starbucks ( 1 ) syukri tahir ( 1 ) t-shirt ( 3 ) test JPJ ( 1 ) Tips SPM ( 1 ) topup ( 1 ) trend ( 1 ) udang galah ( 1 ) updatedoodle ( 1 ) vote ( 1 ) wallet ( 1 ) wordless ( 2 ) zalora.com ( 1 )