Tuesday 16 December 2014

featured on Berita Harian

Assalamualaikum



Alhamdullilah terima kasih kepada kak Arina Azlan kerana beri aku peluang keluar dalam berita harian ruangan Minda untuk personaliti . Asalya aku ditemuramah untuk ruangan blogger remaja , tetapi selepas aku cerita tentang minat aku yang mendalam dengan doodle ni , kak arina masukkan aku dalam ruangan personaliti.





Kebetulan pulak tarikh keluar artikel ni sama dengan tarikh hari Malaysia iaitu 16/9/2014 , so dia macam senang la nak imbau kembali kenangan , hehehehe . Photoshoot pulak aku buat di kampung dengan sepupu yang memang ada dslr . Tu pasal latar belakang aku macam kedesaan sikit . 









Assalamualaikum

cari idea nak menulis!

Assalamualaikum


hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha


ko dah kenapa zakie , gelak je dalam entry kau ? haha


Hai semua , akhirnya aku berjaya mengupdate blog ! *ceh macam kene merentas lautan api je* sebenarnya tujuan aku update blog ni adalah untuk mengupdate karya-karya picisan aku yang berjaya di bawa oleh kable USB dari telefon . Aku sebenarnya sekarang aktif di dalam instagram dan semua karya-karya aku dimasukkan di dalam instagram . So jom mulakan pameran !




Ha yang ini aku buat sempena buku lukis aku yang pertama dah habis , so lukisan ni dalam buku lukis aku yang kedua . Mencuba sedikit kelainan iaitu mewarna! lama sungguh aku tak usik kaler pensil ataupun krayon . Tetibe keras tangan nak blendkan 2 warna .









Emmm , yang ini sebab dah gian sangat . Eheh takdalah , aku dah lama peratikan benda ni plain je kan so capai sharpie dan doodling!!! jadilah cenggitu . Ha tu lah citenyee








Ini yang terakhir la , aku kira yang ini satu benda yang agak unik . Beli pinggan plastik ni kat kedai RM2 dan jadikan ia ekslusif . 100 % menggunakan sharpie termasuk sharpie neon yang pertama kali aku pakai . Sudu dengan garfu tu prop je :D


Sabtu ni ada suprise sikit untuk pembaca , nantikan eh 





Friday 17 October 2014

Blog bersawang

Assalamualaikum 




Huawwwwrrrgghhhh . Akhirnya berjaya jugak update blog ni .


Seperti yang semua tahu , kami yang ambil PT3 ni dah merdeka ! . Alhamdullilah . Memang dari nak pt3 aku memang tak update blog , cuma update instagram je . banyak lagi sebernarnya aku nak cerita kat blog ni tambah-tambah lagi haritu aku keluar dalam berita harian , yang tu nanti aku cerita . Untuk entry kali ni aku cuma nak cerita pasal kehidupan selepas habis periksa . Semua pelajar dah macam takda haluan bila periksa dah habis . 


Al maklumlah cikgu pun berapa kerat je masuk , jadi memang pelajar-pelajar berkeliaran seluruh sekolah . Jadi aku bukanlah jenis suka berkeliaran tak tentu hala ni . Aku banyak habiskan masa dengan melukis . Memang habis je PT3 terus aku masuk kelas dan melukis . 



Inilah yang terkeluar dalam minda aku lepas habis PT3 . Tak fikir banyak , ambil artline terus lukis-lukis dan lukis , jadilah macam gambar kat atas . Erm nak cerita lagi , beberapa bulan lepas , aku punya moleskin yang pertama dah tamat dikhatamkan*dah habis* . dan sekarang aku guna buku sketch pad *yang dalam gambar *






Sebenarnya , banyak lagi lukisan , sketch cuma yang lain-lain tu semua tak senonoh . yang kat atas ni je yang sedap mata dipandang . Apa lagi nak cerita eh? 


Itu jelah dulu untuk malam ni , nanti lain masa aku update entry lain . Assalamualaikum .



Friday 26 September 2014

Mohon vote dari korang

Assalamualaikum


Hai semua , lama betul tak update blog . Jadi malam ni rasa nak update bloglah . Sebenarnya tujuan aku update kali ni nak mohon vote daripada korang sebab aku ada join pertandingan doodle kebeersihan oleh antabax . Mungkin ada yang dah tau so bagi yang tak tau tu meh aku ajar cara-cara nak vote .

langkah-langkah


1. korang kene klik link ni :


2. lepas tu korang kena cari doodle aku dan klik vote disebelah kanan .

tu doodle aku 


Tolong sesangat bagi yang belum vote tu untuk vote aku . Kalau ada masa lapang tu kan , apa salahnya ? sebab tinggal lagi lebih kurang 4 hari untuk vote . 





Sunday 24 August 2014

suka-suka jadi kerjaya

Assalamualaikum



"Dulu saya buat benda ni suka-suka je , alhamdullilah sekarang dah jadi satu sumber pendapatan saya"


Korang mesti pernah dengar kan ayat kat atas tu , dan perkara tu sekarang terjadi pada aku . Kalau aku di sekolah , hampir setiap masa aku bersama buku sketch , so bila pergi pusat sumber atau ada masa free , aku akan melukis , doodling dan lain-lain . 

Bila aku buat segala-segala benda tu , kawan-kawan akan memerhati , sebab sambil-sambil bersembang dengan depa , sambil tu tangan aku melukis . Jadi selalulah kawan-kawan aku tanya , :apa kau lukis tu" aku pun cakap "doodle" . Semua jadi tercengang and it was like "what is doodle ha?" aku yang melukis pun jadi bingung nak jawab apa benda doodle ni . Kadang-kadang tu ada yang jenis suka memerli , suka terjerit-jerit doodle..noodle...doodle...noodle . 


Tapi aku cuma diamkan diri dan terus melukis , sampailah satu hari ada budak perempuan kelas aku , minta lukis nama dia pastu ada doodle-doodle sekeliling nama tu . Aku pun yang tengah tunggu masa untuk lisan bahasa melayu , terus terima tawaran tu dan lukis , dan tak sangka esoknya dia minta lagi doodle nama pada kertas saiz A4 dan "kau buat la , "nanti aku bayar " . Syukur sangat bila ada orang sedar yang seni doodle ni sangat-sangat berharga . Semenjak tu , aku ada la jugak terima tempahan doodle name dari kawan-kawan aku dan entry kali ni , aku nak tunjuk first commision aku . Tapi aku bukanlah sampai jadi kerjaya , sebab aku masih belajar .




















Terima kasih sangat - sangat kepada kawan-kawan aku yang sudi tempah doodle name dengan aku . Lain kali order lagi ye ^_^


Assalamualaikum

P/S : Mood nak exam trial PT3 . wish me luck !!

Friday 15 August 2014

prepared for exam

Assalamualaikum


hoho , kerlass tajuk mat soleh . Sebenarnya banyak benda aku kena persiapkan untuk peperiksaan kali ni . Lagipun aku kan batch pertama PT3 , jadi segala kemungkinan boleh berlaku . Cikgu di sekolah pun dah memulakan gerak gempur *peng!! peng!!* bukan hat tu , ni gerak gempur supaya kami yang nak ambil periksa ni lebih bersedia dari segala aspek rohani dan jasmani . 


Di dalam kesibukkan aku nak menghadapi peperiksaan ni , tak lupa juga aktiviti mendoodle . Some opinion kata , bila nak periksa besar , hang kena stop segala benda yang hang suka macam melayari internet and so on . Tapi bagi aku , kenapa nak kena stop segala benda yang korang suka bila ada periksa besar ? sebab segala benda-benda tu , kita yang buat jadi kita da kupayaan untuk mengawalnya . Jadi tak kira la korang periksa besar ke periksa kecil ke , just follow the flow and enjoy it ! 


Sebenarnya , minggu lepas aku ada buat macam series #eksperimendoodle , kalau di insta boleh cari #eksperimendoodle . Jadi , aku dah buat doodle frame dan diy doodle casing . 









dan yang ini pulak , diy doodle phone case . Aku adalah jenis yang tak boleh tengok sesuatu permukaan kosong je , mesti jari jemari ni gatal nak menconteng . Maka terhasilah diy phone case ni . Mudah je lukis dan spray "clear spray" supaya lukisan tak tanggal . 

sorry gambar tak clear sangat . kamera murah . hoho 



Assalamuaalaikum



Thursday 7 August 2014

Segmen Reka & Menang Button Badge 2 by Huda

Assalamualaikum



Harini aku nak join segmen yang aku dah pernah join dulu . segmen reka & menang button badge 2 by huda!!


kalau nak join , klik banner okay


So inilah design button badge aku :D





harap-harap menang la . Amin


experimentdoodle : doodle t-shirt

Assalamualaikum



Hai!!! hoho macam biskut kan aku , kejap ada kejap takda . Takdalah sapa yang follow aku ada je nampak aku wujud di laman sosial ni :D

Sebenarnya ni aktiviti aku masa cuti raya haritu . Disebabkan terpengaruh dengan kawan doodler lain yang buat doodle t-shirt . Aku gigihkan juga keluarkan duit raya dengan hati rela tak rela untuk beli bahan-bahan . Bahan dia ?? senang je . Marker fabrik dengan t-shirt kosong . 

ni marker yang aku guna sharpie stained . RM 16.50 



Maka bermulalah aktiviti aku mendoodle dengan rakusnya!! hohoho


          dan hasilnya .........


pertama kali pakai . kembang hidung hang tau!! hehe




full view doodle t-shirt 

t-shirt tag . kengkonon


InshaALLAH akan buat lagi doodle t-shirt ni masa akan datang dan mungkin akan mengambil tempahan *sape tau kan?* ohh lupa nak bagitau , t-shirt boleh dibasuh seperti biasa tapi dengan air sejuk . takkan luntur punya!

P/S : minta doa yang baca entry ni supaya aku lancar ujian lisan PT3 bahasa melayu okay . 

Saturday 26 July 2014

Aidilfitri bersama ZakieAzid

Assalamualaikum



Salam malam Sabtu semua , haa lagi satu hari je lagi kita nak menyambut Aidilfiri . Harini sangat penat tahap kameha-meha sebab all out segala tenaga untuk mengemas rumah , tapi aku gigihkan juga tulang berkerat-kerat aku ni nak menaip entry . 


Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfirti maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini , yang tak pernah lupa lawat blog ini . Kawan-kawan facebook aku , kawan-kawan blogger , doodler yang mengenali aku . Aku mohon maaf kalau selama kita menjalinkan persabatan aku ada sakitkan hati korang ye . InshaALLAH selepas ni , akan banyak lagi doodle dan freebies dekat blog ni . Tapi kalau nak tengok daily doodle boleh follow aku kat instagram @zakie_azid . 



Selamat hari raya , jangan main mercun :3


Assalamuaalaikum


------opss!! bagi yang nak freebies doodle couple raya boleh klik bawah --------


Friday 25 July 2014

Freebies : Doodle couple raya

Assalamualaikum


Haa , Ramadan dah nak habis :(


Salam Jumaat semua , lagi 2 hari ramadan akan meninggalkan kita dan raya menjelma!! Hooyeah . Seperti tradisi blog ni *ececece tradisi* akan memberi freebies doodle raya pada korang . Pada tahun ni aku buat doodle couple tak macam tahun lepas doodle single . Ada 7 warna dan silalah ambil buat e-kad raya ke , header blog sempena raya ke , apa-apa je lah .


















Freebies ni aku buat cepat-cepat memandangkan esok dah sibuk nak make-up rumah ni dan buat biskut raya sikit . Cuma kalau ambil jangan lupa komen kat bawah , dan kreditkan pada aku okay ^_^



Assalamualaikum

Friday 18 July 2014

PT3 & Random doodle

Assalamualaikum


Haish , semakin jarang aku update blog sekarang ni . Semuanya untuk fokus kepada PT3 , dan yang gembiranya ialah PT3 bagi subjek Sejarah dengan Geografi dah siap !! *tepuk tangan sikit* . Sekarang ni calon -calon PT3 tengah tunggu untuk ujian mendengar dengan ujian bertulis . Untuk subjek sejarah PT3 kami diarahkan supaya membuat rencana dan geografi pulak kena buat macam folio ringkas gitu  .

Cukup dulu cerita pasal PT3 . Bila datang bulan ramadan ni kan kita tak makan . Apa lagi perkara yang berfaedah yang boleh dibuat masa rehat selain mendoodle kan? Jadi aku ada la buat beberapa doodle yang simple dan sapa yang ada dalam group Doodle Malaysia , mesti selalu nampak aku post doodle-doodle aku.



nama aku di dalam jawi ^_^





Latest doodle . pray for MH17


Itu jelah yang aku nak cerita harini . Selamat menyambut raya yang akan datang dan jangan lupa kejar 10 malam terkahir tau . Asasalamualalikum

Friday 27 June 2014

Hari sukan SMK Sultan Yussuf

Assalamualaikum



Haa gitu tajuk entry macam dalam blog sekolah pulak . Saja buat tajuk camtu mana tau boleh dapat trafik tinggi . 


Bertarikh 28 Jun , sekolah aku mengadakan hari sukan !! untuk kali ke 82 . Bila hari sukan ni , tau-tau jelah semua orang sibuk melakukan persiapan supaya hari sukan nanti sempurna , termasuk aku . Tahun ni aku tak ambil acara atau masuk perbarisan , cuma aku tolong-tolong hias khemah rumah sukan . Rumah sukan aku ialah....


KEIR!!

Untuk pengetahuan anda , anda semua . Keir adalah rumah sukan warna Merah . Jadi aku menolong menghias khemah rumah Keir . Tahun ini Keir membawakan tema flora dan fauna , back to nature gituu . Rumah-rumah sukan lain pun menghias khemah diaorang . Ada Head (biru) Sultan(kuning) dan Shaidali (hijau) . Jadi inilah hasilnya ...




Sekolah korang pun ada jugak  menghias khemah rumah sukan kan ? Biasalah kalau nak menghias khemah rumah sukan ni , satu je halangannya iaitu angin dan hujan . Selalunya semua rumah sukan akan mula menghias petang sebelum esoknya hari sukan . 


The most favourite things dalam hari sukan ialah maskot untuk perbarisan rumah sukan . Tahun ni Keir menaruhkan maskot rama-rama , tapi aku tak dapat nak tangkap gambar sebab rama-ramanya asyik lari-lari je . Bagi rumah Sultan depa buat Pooh , rumah Head pulak buat kapten Head (macam captain amerika) rumah Shaidali pulak buat maskot macam burung rio *kengkonon fifa * 


Haa tu la Pooh nya . Kalau korang boleh nampak la , dan dia sangat peramah :3





tak tau rama-rama kier ni macam badmood sikit.





ni lah yang aku kata tadi , burung rio *acah-acah fifa world cup*





captain Head la kot (macam captain amerika)





 Tahun ni punya hari sukan sangat meriah . Perkara-perkara macam ni lah yang akan jadi kenangan bila aku dah habis sekolah nanti . Korang share lah nama rumah sukan sekolah korang kat komen ok .






my fellow friends




Tu je . Assalamualaikum


Selamat berpuasa jugak kepada umat islam semua yang membaca blog ni . jangan puasa yok-yok tengahari bukak periuk pulak tau :p



Saturday 14 June 2014

Friday project ^_^

Assalamualaikum



Hohohohoho , cuti sekolah dah nak habis!!


Hai korang , cuti sekolah berbaki lagi satu hari T_T . Bukan pasal tu yang aku nak cerita tapi pasal aktiviti aku semalam . Korang pernah tengok tak bag pisang goreng ?? yang ni ha 




Jadi disebabkan bag pisang goreng ni banyak sangat di rumah aku . Why not we create inovasion ? *eceh inovasion* takda la , aku memang pantang kalau nampak benda yang plain di depan mata . Ringan ja tangan ni nak doodling . So....inilah hasilnya !!


jangan lupa !! #smile #itssunah

aku tak tahu kenapa , doodle must have love .

jangan sesedih k . #latahzan

ececece . kengkonon tribute untuk kak #fynnjamal anak dia #arjunabeta


Ha , itulah jelah yang aku nak cerita petang-petang sore ni . Takda apa pun menarik kat blog ni selain doodle . Kalau nak cuci mata tengok doodle meh la !! :D


Assalamualaikum