Wednesday 25 November 2015

"ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik"

Assalamualaikum
nak join klik banner
Hohohoho semangat lak nak buat entry kali ni sebab lama gila aku join giveaway . Reason kerana aku lama tak join sebab bila masuk bab nasib , bertuah ni aku mesti tak bertuah T_T asyik menangis tepi bucu katil je . Tapi disebabkan giveaway kali ni ditentukan pemenangnya oleh Cik Tanah sendiri AKA akak Zyra kita , jadi JOM KITA JOINNNEEE . 

Sebenarnya jauh disudut hati kecil ku ini , banyak sebab sebenarnya aku nak sesangat komik ni , antaranya ialah...


1. Barang FREE beb
Mana nak cari orang pemurah weh dalam dunia ni , pemurah-pemurah 7E pun dia buat promosi barang sengget je *bukan free tau* Lagipun harga komik ni boleh tahan gak costlynye , memandangkan dalam bajet 2016 aku nak beli buku sekolah lagi , alat tulis lagi , barang lukis lagi . Bagus sesangat la bila ada orang pemurah buat giveaway cenggini.

2.Jeles
Sebenarnya aku agak jeles , sebab aku langsung tak tahu bila pembikinan komik ni dibuat ... tau tau orang yang aku kenal macam kak Amna ,  Abam Aujinz , Ankel Joni dah ada karya depa dalam komik ni termasuk la kak zyra jugak . Agak seprises jugak la tapi nak buat camna dah takda rezeki , jadi fikir punya fikir kalau tak dapat karya dalam komik tu , aku dapatkan komik tu pun jadila. 


heshtag sapotlokal 
heshtag katasapot


3.Unik
Kenapa aku kata unik? sebab selalu kita tengok macam komik yang ada watak katak tu*tak mention sebab copyright* pelukis dia sorang je kan..tapi untuk komik RELOADED dengan REVOLUTION ni pelukis dia ada 32 orang!!! aku pun tak tau macam mana la abang noob nak agih payment nanti . eheh . Kalau dah 32 pelukis , korang akan dapat lihat banyak stroke-storke unik , ketebalan stroke , style melukis dan banyak lagi la sebab kalau macam lukisan kak zyra aku boleh cam dengan stroke dia yang ala-ala sambung tak sambung tu , kalau Abam Aujinz lukisan dia ala-ala anime sikit . 





haa ni bukti yang stroke kak zyra macam sambung tak sambung tu . ahaks



4. Nak Sangat
Ini adalah sebab yang terakhir . Aku bukanlah seorang  peminat pembaca buku yang tulisan dia panjang-panjang *novel* tapi kalau komik ni bagi satu jilid pun aku boleh habiskan , jadi jangan pelikla kalau aku suka tengok kamus bergambar bebudak punya tu sebab lagi menarik kot. FYI komik yang REVOLUTION tu dahla lebih kurang macam Fan Art pelukis-pelukis ni kepada kartun-kartun , sebagai seorang yang meminati kartun/animasi mestilah aku eksited nak tengok dan baca.


Eh lupa pula nak bagitau yang tarikh tamat giveaway ni 2 disember tau jadi sapa lambat pi nangis ngadap henfon*tetibe*


Assalamualaikum

Tuesday 24 November 2015

SPM 2016 AKU DATANG!

Assalamualaikum

 Haaaa , amacam cuti sekolah..best ? 
Tak best laa , rasa rindu nak sekolah balik..huhu

Kalau korang jumpa spesies tu , kahakkan saja pada mukanya . Well semua orang tahu , sekarang ni dah bermulanya cuti panjang persekolahan dimana , ada ibu bapa hantar anak diaorang pegi kem-kem la , program motivasi la , ada yang pegi vacation la dan juga ada yang mereput duduk di rumah macam aku . YEAY !! SEP SIKIT.




credit to me


Tahun depan insyaALLAH kalau dipanjangkan umur aku akan masuk 17 . Jadi bila umur korang 17 ni apa lagi yang common kalau bukan SPM . Bila SPM ni ramailah golongan -golongan yang dah habis SPM akan psyho bebudak SPM ni kata susah la , kalau kantoi gelap masa depan la dan beberapa lagi yang korang mesti pernah dengar . Sebagai seonrang calon SPM tahuN 2016 aku adalah buat beberapa list yang harus diguna pakai waktu cuti ni dan juga untuk tahun depan . Takdalah buang masa je .


1. Study subjek form 4 yang akan masuk SPM

Contoh macam Perdangangan . Perdangangan soalan untuk SPM nanti dia akan rangkul bab-bab form 4 dan juga form 5 . Jadi kalau korang seorang pelajar yang SMART boleh la , sesambil minum kopi hipstur tu boleh la selak-selak bab form 4 yaang korang dah belajar supaya fresh balik ingatan sebab masuk tahun depan dah kena habiskan silibus form 5 .



2.Kurangkan ___________

Ha , kenapa aku kosongkan selepas kurangkan tu , sebab korang sendirilah yang tentukan apa benda yang perlu korang kurangkan contohnya macam bukak smartphone , melukis , mewarna , bermain bola sepak..haih banyak lagi la. Sampaikan mak aku dah siap-siap bagitahu...


"Zakie tahun depan TAK PAYAH AMBIL TEMPAHAN DOODLE DAH .
FOKUS pada SPM."
 

My reaction be like  T_T



Takpalah , berkorban untuk setahun . Tapi aku tak berhenti melukis ye , kepada fans-fans*ade ke * boleh pergi ke IG aku @zakie.azid .



3. Konsisten hubungan dengan Maha Pencipta

Yang ini , bukanlah aku nak kata kena tahun depan baru nak jaga hubungan dengan ALLAH tapi kita sebagai manusia biasa tak pernah terlepas melakukan kesilapan tapi hari demi hari kita cubalah untuk memperbaiki diri kita , macam tu lah lebih kurang  . Apa yang guru kelas aku praktikkan masa dia nak hadapi SPM , setiap malam dia baca yassin . Jadi kita yang nakkan kejayaan ni kenalah bersungguh-sungguh meminta kepada ALLAH kerana Dia yang berkuasa.



4. Bawak-bawak la sedor diri tu nak SPM

Ni memang ditujukan kepada yang nak ambil SPM . Kita ni sebagai manusia biasa kan mudah sangat pelupa *sangattt* . Kalau dah tahu diri tu ada pekse besor bawok-bawok le bukok buku *kata orang bote* Kesedaran diri ni memang penting supaya kita tak lalai , walaupun kengkadang kita ni mudah sangat lalai bila ada benda yang seronok.


5. Ulang kaji = Belajar

Bila dah masuk tahun depan , siap sedia la untuk selalu buat ulang kaji , maksud aku , lepas habis satu bab yang kita belajar terus kita buat revision kat rumah atau buat revision sesiap untuk bab seterusnya yang cikgu nak ajar . Tips ni memang berguna , percayalah . Tetibe lak rasa macam tulis karangan tajuk "langkah-langkah menghadapi peperiksaan" haha.


Itu jelah yang aku nak kongsi malam ni , dan heharap sangat supaya si tukang taip ni akan buat apa yang dia taip . HAHA ..takut sembang je lebih . Last but not least , kepada yang akan ambil SPM tahun depan ..em senang cakap batch 1999 semoga kita semua akan peroleh kejayaan dan diberkati ALLAH.

Assalamualaikum






Ha ni lagi satu nak cerita , aku nak cadangkan kepada yang bosan waktu cuti ni bolehla baca novel RETINA ni yang ditulis oleh Lokman Hakim . Buku ni bagi aku agak berat bahan bacaannya , sebab banyak unsur-unsur kejutan diletak dan bagi para remaja yang sering mempunyai konflik , sukar untuk membuat keputusan ,bolehlah cuba baca novel ni dan cuba aplikasikan apa yang kita dapat. 

Bawak-bawak la berhenti sekejap baca novel fantasi Suamiku bla bla bla bla tu . 


Wednesday 11 November 2015

Doodle Phonecase come to you

Assalamualaikum


Selamat malam semua ! lama lama sungguh tak update blog kan . Jadi malam ni saya nak mengkhabarkan berita baik bagi yang duk bertanya :


" eh you , bila nak buat phonecase doodle "
" eh zakie , project casing dah start? "
" weh tolong lukiskan atas casing aku ni "


Ni bukan buat-buat punya dialog tau , memang ada beberapa kawan , media social friends , mak jah sebelah rumah dan lain-lain . So , pada malam yang tak berapa hening ni , nak bagitau la yang korang yang tengah menerap sambil baca post ni boleh order dah phone case doodle ni . Tapi sebelum reveal design-design yang ado , nak ceghita la sikit macam mana boleh terhasilnya phone case doodle ni . 

Ada satu company ni yang bernama Pgadget *kenal tak? femes ni * yang menghasilkan custom made casing telah melamar saya setelah cekidaut ig saya . Setelah beberapa kali perundingan dibuat*cewah* maka persetujuan telah dicapai*gitu* . Buat masa ini ada 5 design yang hok come come belako .


yang ini kalau korang beli , dapatlah mendalami detail yang saya lukis tak tido malam tu.


first batch untuk projek flowee by zakieazid.


phone case yang ni kalau couple *suami isteri* pakai mesti suweet sampai potong kaki kan?


Yang ni paling terbaru , kalau untuk adik-adik ni sesuai sangat noh


yeay ! second batch for projek flowee by zakieazid.


Eh takkkan tunjuk ini je ? bagilah sekali cara nak beli . 


Okay-okay , cara nak beli sesangat-sangatlah mudah dik non oi . Ada 2 kaedah , yang pertama korang boleh beli by website diaorang ( www.pgadget.com.my ) ataupun boleh order menggunakan whatsapp , ala yang macam visit my ig tuu . 

Untuk menggunakan whatsapp mereka ni no mereka :

016-5460532

Bila dah add tu , korang bagitau la nak order phonecase design by artist ZakieAzid ataupun tunjuk je design mana yang korang nak , lepastu bagi model smartphone korang untuk diaorang check available ataupun tak . Tapi insyaALLAH model telefon korang macam Apple , Samsung , Oppo , Sony , Nokia , Motorola , LG , Huawei banyaklah lagi . Tapi kalau nak jenguk-jenguk , korang boleh pergi ke ig diaorang yang khas untuk model smartphone :


@PGADGETCASE

untuk official ig depa : 

@PGADGET


Rasanya ini je kot yang nak ceghita malam ni . Oh kalau korang beli phone case with my design janganlah segan silu tag saya dalam ig ( @zakie.azid ).



Assalamualaikum