Monday 29 July 2013

Ramadhan Giveaway by ZZ

Assalamualaikum

klik banner nak join


Hadiah untuk pemenang:

Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)
Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)
Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)
Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)
Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)
5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10


Actually , ada sorang kakak blogger tag aku , so kenalah aku join GA ni . Takpa kalau menang boleh bagi kat ibu .

Sunday 28 July 2013

Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu

Assalamualaikum

klik banner kalau nak join

Join GA lagi , hikhikhihkhik . Semua hadiah menarik dan 50 peserta terawal akan dapat free brooch rekaan sendiri 1 biji . 

Saturday 27 July 2013

Simple Segment by Fatin Diana

Assalamualaikum

klik kalau nak join


Mood still nak join segmen , GA sebab otak buat masa sekarang tengah blurr dan jam , takdak idea nak update apa . So hadiah yang aku pilih ialah : 


button badge I LOVE BLOGGING !!

harap-harap aku adalah salah satu yang bertuah ^_^



Thursday 25 July 2013

Segmen Simple Giler!!


KLIK BANNER

Tarikh : 25.07.2013 - 24.08.2013

Segmen simple giler dianjurkan oleh www.anisforeveralone.com dan disponsor oleh LS DESIGN , Atie Atiqah , Nasha Ridzuan , Najihah , Norhaziqah , Chocolate AM & The great Little Summer


Segmen ni simple je , Hanya follow , Like , Share & Menang hadiah menarik . 
Jom join :)

28 Hadiah menanti korang !!

Monday 22 July 2013

Giveaway Rahmatnya Ramadhan



klik banner kalau nak join

Assalamualaikum

Mood nak join GA kembali semula , sebenarnya aku join ni semata-mata untuk memeriahkan lagi industri blog kite , *muntah sikit . Sebenarnya mohd zuhri ni kawan aku , so kita kena la support kawan blogger kita . Harap-harap menang le

Friday 19 July 2013

featured on REMAJA


Assalamualaikum


Pertama sekali korang bukak blog diatas , sebab blogger ni la aku tau yang blog picisan ni masuk majalah REMAJA . Agak terkezut sebab , aku taktau apa-apa pun . 


Alhamdullilah , syukur kepada Allah SWT kerana beri aku peluang lagi untuk menaip entry . Tadi aku bukak laptop , kemudian check kat fanpage ada messege berbunyi 

takde bunyi pun


Aku terharu dan suprise sehingga rasa macam nak muntah balik makanan berbuka tadi . Terima kasih kepada blogger asnawi sebab bagitau pasal ni , cepat-cepat ajak ayah pegi kedai uncle jual majalah tu , tak pandang lain dah , terus ambil majalah REMAJA isu bulan JULAI .  

Puas hati sangat dengan review yang diberikan oleh majalah REMAJA . Markah yang dieorang bagi pun 4.5 daripada 5 . Antara ayat review yang depa letak  ....

Pemilik blog bernama zakie azid bijak mencuri perhatian para pembacanya . Remaja ini mengakui , awalnya dia menulis entry untuk suka-suka..........





Nak baca lagi , jom pegi kedai beli majalah REMAJA isu JULAI okay . Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog picisan ini , kerana tanpa korang , siapalah aku dan tak mungkin aku mampu berdiri kukuh seperti sekarang . Terima kasih sangat . Assalamualaikum

jangan lupa beli tau 

Friday 12 July 2013

Review: makanan ramadhan by zakieazid

Assalamualaikum


Ha korang , memandangkan kita sekarang berada di bulan ramadhan , jadi aku nak review makanan feveret ramadhan aku . So calon-calonya ialah ..


Ketayap


Seriusly inilah kuih yang paling aku suka , pertama sekali sebab mak aku selalu buat,ekkeke . Yang keduanya tekstur ketayap tu yang lembut-lembut manja membolehkan orang tua takda gigi pun boleh makan . Lagi satu inti kelapa gula merah tu memang rasa nikmat . Kalau manis lagi sedap tapi janganlah manis sangat opah oii . 


talam pandan


Dasar talam dua muka..ekekeke gurau je . Ni nama dia kuih talam pandan . Kuih ni ada 2 layer , layer pertama warna hijau , layer kedua warna putih . Semestinya yang warna hijau tu manis dan yang warna putih tu kurang manis . Kuih ni lebih kurang macam kuih LIMAS , kuih apa tu , pegi google sekarang . 


 buah melaka


Haa , ini yang terakhir . Kuih buah melaka . Kuih ni menggunakan gula melaka sebagai inti sebab tu dipanggil buah melaka . Sapa yang duduk Melaka macam kak Dysha mesti kenai kuih ni . Kuih ni sangat manis dan sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut . Sedap boh ! .

Sekian review makanan ramadhan daripada aku . Kalau korang membeli dan belah di bazar ramadhan tu , janganlah membazir , belilah sekadar yang cukup , jangan jadi bazir ramadhan sudah :3 .Assalamualaikum . 






short review : Blog Melastik Bintang

Assalamualaikum

Salam ramadhan yang ke 5 . Harini aku sahut cabaran oleh melastik bintang siapa yang berani reveiw blognya . So remaja 14 tahun ini menyahut cabaran anda..ekekeke .

Jadi , jom kita usha blog melastik bintang ni dari atas sampai bawah .



Haaa , tengok tu terpampang besar MELASTIK BINTANG . Sebenarnya aku jarang lawat blog melastik bintang ni , tapi tu sebelum aku join group denaihati network . Design header yang sagat menarik , sebab header adalah subjek penting dalam sesebuah blog , kerana header akan menarik pembaca .


Tengok tu , ada 4 menutab yang boleh korang usha , antaranya biografi penulis , info blog dan lain-lain . Menutab ni akan memudahkan pembaca untuk mengenali blog , dan penulis blog . Untuk pengetahuan korang , melastik bintang ni seorang geng bapak-bapak sebab dah ada anak . 

mendekatkan lagi dengan pembaca

Semua tahu , bila ada blog mesti ada fanpage , official twitter dan macam-macam lagi . Bila diletakkan di blog , mudah untuk pembaca LIKE fanpage dan follow cerita blog korang macam melastik bintang . 

latest update


Hoi , benda ni paling penting dalam blog , latest update . Mudah untuk readers membaca latest entry korang , tindakan melasting bintang ni memang betul . Kalau ada latest entry ni , readers boleh membaca 2..3 entry dalam satu masa . So sekian saja short review daripada blog picisan dan blog pinggiran ini. Sembah patik harap diampun . Assalamualaikum . 




Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!


hara-harap dapat >_<

Thursday 11 July 2013

Giveaway Ramadhan By NabilaMedan



GIVEAWAY RAMADHAN BY NABILAMEDAN
TEKAN BANNER UNTUK SERTAI
Giveaway ini dianjurkan oleh NabilaMedan dan turut dibantu oleh Chocolate A MJOM Singgah Shoppe, SiGadis Yuyu, Ash SiKutu, Puteri Elaika, Fya Pelangi dan Farhan.
Hadiah-Hadiah Giveaway ini Chocolate Oreo X 1 ,Tasbih Digital X 5, RM10 *cash* X 10, Tafsir Al-Quran (Terjemahan Melayu) X 1, Tudung Bawal X 3, Special Kad Raya + Duit Raya X 4, Kad Raya Special By NM X 5, Barangan Angry Birds X 1
30 PEMENANG DICARI. MUNGKINKAH ANDA?

Cerita digi wwwow awards 2013

Assalamualaikum

Hai , dah 2 hari puasa , korang okay ke lagi ? . So harini aku nak ceritakan pengalaman yang takkan pernah aku lupakan iaitu pergi ke majlis digi wwwow awards!! excited tak ? . Jadi meh aku kenalkan orang yang berdamping dengan aku pada haritu .

klik kalau rabun .


Jadi orang yang mendampingi aku semasa digi wwwo awards ialah sudah semestinya mak ayah aku , adik aku , mak sedara , 2 orang kakak sedara . Haa meriah satu kampung aku buat starbucks tu . Untuk pengetahuan korang , tahun ni digi wwwow awards diadakan lain macam daripada yang dulu dimana sebanyak 5 starbuck di KL tu dijadikan tempat penyampaian hadiah dan di HQ mereka sebagai main stage , jadi mereka saling berhubung menggunakan google hangout tak silap . Bagi hadiah kateogori aku telah disampaikan di starbucks bukit bintang . Nasib baik la kakak sedara aku yang duduk KL ni tau mana tempat dia .


nampak tak muka aku yang berseri-seri tu..ekeke




Kiteorang decide untuk naik LRT untuk kesana , dan sampai dalam pukul 1.00 macam tu . Time tu belum ramai orang lagi , dan orang yang aku jumpa pertama sekali ialah Iman Syippo . Seriusly aku memang minat dengan vlog dia , dan dia ni peramah tau . 

sorry , doodle aku pun nak interframe gambar ni :p

Jadi event tu start dalam pukul 1.40 macam tu , bermulalah sesi penyampaian hadiah , dan bila time kateogori aku ....

The winner goes to........


Yang pasti bukan aku , aku kalah tahun ni . Tapi sebenarnya aku taklah sesedih nak telan ais batu . Cuma agak terkilan sedikit , tapi takpa yang penting tu pengalaman . Bukan semua yang boleh dapat pengalaman macam ni , jadi bila dah dapat ,kita kenalah hargai sebaik mungkin . Dan kat bawah ni gambar sekitar majlis berlaku .


yang hujung tu pemenang bagi kateogori aku .

sumber gambar dan aku . 

So , itulah yang dapat aku ceritakan , kang kalau cerita lebih-lebih korang cakap over plak , menang pun tak . Tapi takpa segala yang berlaku pasti ada hikmahnya , dan tahniah kepada semua pemenang .

      
  • Blogger Of The Year 
- IRINE NADIA
  • Shorty Blogger of The Year 
- JUSTIN TAN WEI JIN

  • Fave Entertainment Blog 
- MOHD IDRIS (kakigosip.com)

  • Fave Tech Head 
- ARIF ISHAK (mrpiratz.com)

  • Online Shop of The Year 
- ARTHUR LOH DIEN LUN

  • Fave Video of The Year 
- MAT LUTFI

  • Most Inspiring Internet For Good Award 
- HEIDY QUAH

  • Top Online Over-Achiever Under 16
 - RUTH KEZIA HOPE a/p MUTHU

  • App of The Year 
- AMOK (The Villain Heroes)

  • Photostory of The Year
 - RONAN TAN

  • Breakthrough Youtube Star
 - AMRITA SOON

  • Social Media Gathering of The Year 
- CYRIL

  • Fave Makan Makan Expert 
- TEO CHEE SENG

  • People’s Choice Award 
- MYHAZMAN.COM

  • Best of the Best 
- MAT LUTFI

So tahniah kepada pemenang , dan kalau ada rezeki lagi tahun depan , kita cuba lagi . Oii dah nak dekat berbuka ni . Assalamualaikum .

Monday 8 July 2013

review : baju baru blog denaihati

Assalamualaikum.


Hai korang , lama tak buat entry . So harini aku nak buat short review blog denaihati , sape yang tak kenal denaihati kan ? kalau tak kenal baik korang takyah jadi blogger ..hehehhe . Untuk pengetahuan korang , blog denaihati ni baru sahaja menukarkan baju blognya , supaya menjadi lebih kemas dan cantik.



Pemilihan font yang sangat sesuai dan besar , supaya pembaca tak pening dan menyampah bila baca blog , even warna font pun pandai denaihati padankan , supaya menarik pembaca . Isi-isi dalam blog denaihati pun semuanya berkualiti , dan bukan entry yang merepek kerepek macam sesetengah blogger tu . 

Cuba korang tengok kat atas tu , ARTIKEL TERKINI . Mudah untuk blogger baca entry terkini atau entry-entry yang dah lama...lama..lama..tu . sebab ada sesetengah blogger , tak letak pun blog archive so , susah nak stalk entry lama . 

tengok kan aku dah bagitau , font yang besar supaya mudah orang nak baca . 


Sekian sahaja ulasan/review blog daripada hamba blogger picisan ini . Sembah patik harap diampun ...ekekekeke Bye . Assalamualikum . 

Tuesday 2 July 2013

Jemputan ke Digi wwwow internet for all awards finale

Assalamualaikum



korang , hari ni aku nak cite yang aku telah mendapat jemputan ke digi wwwow internet for all awards finale kat starbucks bukit bintang . 

Diadakan pada sabtu ni 6 june , tapi masih terfikir nak pergi ataupun tak , sebab-sebab...

1. Aku ni budak sekolah
2. baju , aku mane biase pergi event yang macam ni so taktau nak pakai ape
3.Aku asal dari perak jadi nak pergi KL tu kena kira macam-macam


Mungkin aku akan pergi , jadi dalam beberapa hari ni aku akan fikirkan yang terbaik . :D