Tuesday 6 August 2013

Dengan setulus ikhlas

Assalamualaikum


k fine jangan gelak dengan tajuk entry kali ni -..-


Esok dah raya , rasa sekejap je kita puasa ni . Pejam celik..pejam celik..pejam tak celik dah nak raya . Korang punya tema baju raya tahun ni warna apa ? aku punya..lain kali aku bagitau . Tahun ni agak sedih sebab tak dapat nak exchange kad raya dengan blogger , doodler . Tapi tahun depan comfirm aku akan buat kad raya inshaALLAH . 


Dalam kesempatan yang diberi ni , aku nak ucapkan Selamat hari raya kepada semua blogger yang aku pernah berurusan , yang pernah tempah doodle dengan aku , yang jadi silent readers blog picisan ni dan semua yang mengenali aku . Mintak maaf sangat kalau selama aku berblogging ni aku ada TERbuat hati korang sakit hati atau TERsentap dengan entry aku sebelum-sebelum ni , mintak maaf sangat . 


Aku cuba untuk menjadi sebaik mungkin hari demi hari , tapi apakan daya aku hanya insan yang lemah , dan tidak berdosa * muntah hijau * ni sentiasa berubah . Dalam dunia blogging aku akan cuba ramah dan mesra dengan blogger yang lain . Tegur je aku , inshaALLAH aku akan tegur balik . Untuk pengetahuan korang aku dah siap bagi freebies raya untuk korang , sila culik dan komen ye .





P/S : Blog ini akan offline selama beberapa hari bermula 10/8/2013 dan beberapa hari selepas itu . oii aku pun nak raya jugak macam korang ! .

7 comments: