Saturday 8 June 2013

knowledge : FOMCA di ambang 40 tahun

Assalamualaikum


Haa , mesti korang tertanya-tanya apa itu FOMCA kan ? Meh aku terangkan sikit pasal FOMCA ni. Fomca ialah Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia , ia telah ditubuhkan pada 10 Jun, 1973 di Alor Star, Kedah , dan yang menariknya FOMCA akan menyambut ulangtahunnya yang ke-40 , macam doodle yang kat atas tu . Untuk masa sekarang , FOMCA mempunyai 15 ahli gabungan di negeri-negeri yang mengfokuskan dalam isu-isu pengguna tau .

Banyak ceritakan aku ? jom tengok objektif FOMCA ni  :

  • Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.

  • Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.

  • Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.

  • Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia


Apa yang menarik lagi pasal sambutan ambang FOMCA ke-40 tahun ni , dieorang ada menyediakan aplikasi telefon pintar .


Dalam aplikasi ni , FOMCA telah memuatkan beberapa aplikasi seperti aduan , berita , kempen , dan penerbitan serta latar belakang FOMCA . Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android serta menggunakan sistem iOS [iphone] . Masa sidang media pelancaran aplikasi percuma ni , Datuk Marimuthu Nadason, presiden FOMCA, Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA dan Puan Siti Rahayu Zakaria, Naib Presiden FOMCA. Turut hadir ialah ahli Majlis Tertinggi FOMCA.


Aku sebagai seorang pelajar sangat berminat kempen yang FOMCA pernah adakan iaitu kempen bulan kewangan berhemat . Dieorang adakan kempen ni pada bulan Oktober 2011 tak silap la . Ruginya aku tak tahu pasal kempen ni dulu . Kalau tak mesti dan berkepuk tabung aku dengan duit hihikhihkhik . Sebagai seorang pelajar yang berhemah aku harus menyimpan untuk membeli barang-barang aktivi doodling aku . Aku harap kempen ni boleh diteruskan lagi . Oh , ini adalah cara aku menabung .



P/S : Haaa korang mesti dapat menimba ilmukan ? dengan entry kali ni . Untuk pengetahuan lanjut sila lawat laman web FOMCA


3 comments: