Thursday, 8 December 2016

Kerja Khusus Pendidikan Seni Visual SPM 2016

Assalamualaikum


Masih lagi tak boleh move on dengan #SPM2016 jadi malam ini aku nak kongsi pengalaman dengan korang selama 6 bulan macam tu proses pembikinan kerja khusus PSV termasuklah folio dengan final product.

Jadi untuk tahun ni , soalan-soalan yang dikeluarkan agak mencabar bagi aku lah sebab setiap satu tajuk ada pro dan cons bila nak buat . Cara sekolah aku , cikgu akan tetapkan satu tajuk untuk semua pelajar jadi cikgu senang nak pantau progress apa semua . Sebelum tu meh tengok soalan-soalan tahun ni

no. 1 - Pembungkusan COKLAT 
no. 2 - Model bilik penginapan Hotel Bertema 
no. 3 - Reka bentuk Korporat dan pengiklanan 
no. 4 - Penyangkut baju - ukiran kayu 
no. 5 - Arca - tema pergerakan 
no. 6 - Pasu - tembikar 
no. 7 - Penyedut Hampagas Dwifungsi 
no. 8 - Duit Kertas Malaysia edisi peringatan 
no. 9 - Cetakan Timbulan

Aku minta maaf sangat sebab tajuk yang aku bagi ni tak berapa detail , tapi untuk gambaran macam tulah tajuk-tajuknya . Dannnnn cikgu seni aku pilih tajuk no.9 . Cetakan Timbulan!! *tepuk tangan sikit* At first aku memang frust sesangat sebab aku nak sangat buat tajuk yang ada melibatkan kerja-kerja grafik macam soalan no.3 . Tapi bila cikgu dah pilih , iREDHO jelah .


Mencelah sikit, kalau belum baca entry aku berbahasa inggeris aku cerita pasal SPM 2016 sila klik SINI 

ni adalah detail soalan no.9



Sambung balik , jadi bila dah cikgu pilih tajuk maka bermulah perjalanan untuk menyiapkan kerja khusus seni 2016 ni . Sejujurnya dalam kelas memang aku sorang je yang terlebih teruja bila nak mula buat kerja khusus sebab dari form 4 dah duk berangan-angan macam manalah kerja khusus seni nanti . Suka untuk aku ingatkan disini setiap sekolah lain cara proses pembikinan folio dan final produk ye . Aku bercerita berdasarkan apa yang cikgu seni aku telah tetapkan untuk setiap pelajar.


 Sebelum hari 1 cikgu dah ingat supaya bawa sugar paper , double side tape , gunting , dan yang paling PENTING sekali fail saiz A3 . Jadi dimasa hari kejadian , cikgu telah membekalkan kepada setiap pelajar dalam 25 drawing block saiz A3 untuk digunakan dalam pembikinan folio. Folio seni ni basically korang mendokumentasikan proses korang membuat final product . Macam soalan yang cikgu seni aku dah pilih , kami diarahkan untuk membuat satu cetakan timbulan bertemakan alatan muzik. Hari pertama tak buat banyak sangat , kitaorang hanya tampal kertas soalan untuk muka depan , dan tampal gambar (printed) alatan muzik dan juga contoh2 cetakan timbulan untuk dijadikan inspirasi. Kemudian , cikgu suruh bagi yang dah siap proses menampal-nampal sila generate/hasilkan 12 jenis reka letak alatan muzik . Lepas tu cikgu akan pilih satu reka letak yang terbaik dan korang akan disuruh buat 4 salinan reka letak yang telah dipilih tu by hand ye , bukan photostate.


ni proses nak transfer lukisan nak jadikan ia songsang sebab nak mula dah buat cetakan.


Okay let me ringkaskan dulu perkara-perkara yang perlu ada dalam setiap folio pelajar. Yang akan aku senaraikan ni mengikut muka surat dari muka hadapan sampai muka belakang.


1. Koleksi contoh cetakan
2. Koleksi contoh alatan muzik
3. Lukisan realistik alatan muzik yang dipilih
4. 12 jenis reka letak alatan muzik
5. 4 salinan reka letak yang dipilih
6. 4 jenis kajian warna
7. Gambaran karya di dalam pameran
8. Gambar proses pembuatan hasil karya ( cetakan)
9. 3 hasil cetakan

So , kalau korang ada kesemua perkara tu , insyaALLAH markah folio korang akan dapat highest la . Bagi aku sendiri step 1 sampai ke step 7 tu ambil masa lebih kurang 3 bulan camtu . *tak ingat sangat susah nak refresh* Satu benda yang menarik aku nak korang tahu untuk step ke 6 tu salah satu kajian warna korang kena SEBIJIK-BIJIK sama dengan hasil final product , so kajian warna yang untuk tu akan dibuat selepas final product siap . Selepas step ke 7 tu kitaorang mulakan proses mencetak!


antara gambar yang sempat diselamatkan sebelum didelete.


Untuk menghasilkan final product ni , kitaorang guna kepingan Lino sebagai medium perantaraan untuk transfer imej cetakan dari kertas biasa ke kertas minyak sebagai final product . Setiap pelajar diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 12 cetakan. Untuk cetakan timbulan ni kitaorang guna 3 warna iaitu first layer warna kuning , kemudian warna merah dan last sekali warna hitam. Aku nak sangat terangkan cara-cara mencetak ni kat korang tapi its very-very complicated , Jadi aku share satu video ni cara-cara untuk mencetak menggunakan kepingan lino.



                         


Dah tengok dah? Haa macam tu lah kitaorang mencetak 12 lebih cetakan . Memang penat oi cuma yang bestnya bila ada masa seni je cikgu bagi bawak phone *kehkehkeh* so bila stay back boleh dengar-dengar lagu , selfie , main game sambil mencetak tu. Gambar yang akan aku masukkan ni adalah hasil cetakan aku dan telah siap diframe. Tadaaaaaa

Bersyukur sangat bila karya kita dah siap cetak apa semua.

Cuba korang teka alatan muzik apa yang ada dalam cetakan aku? bukan apa sebab bila tunjuk dekat cikgu2 lain susah betul depa nak tafsir karya aku ni . T_T . Tadi aku ada mention yang 1 daripada 4 kajian warna tu kena sama sebijik-bijik dengan final product kan? meh tengok kajian warna aku tu...

haaa sama ke idok? ni dah 95% nak siap

Pensil warna aku literally semua jadi pendek sependek-pendek yang boleh . Tapi aku berpuas hati la dengan outcome yang aku dapat . Boleh dikatakan sama la jugak kan? :D 

Jadi pada sesiapa yang akan ambil subjek PSV untuk SPM tahun depan . Abang *cewah* nak pesan dapat je tajuk please lah buat sungguh-sungguh ye . Walaupun wajarannya tak banyak tapi its help a lot untuk korang dapatkan A dalam SPM nanti . Kalau markah korang 80 ke atas korang tak payah masuk dewan jawab kertas 1 dengan 2 dah lulus dah . Kiranya korang jawab P1 dengan P2 untuk dapatkan A sahaja. Jangan malas-malas ye , sebab banyak benda kena siapkan . Kalau korang ade je masa , terus siapkan apa yang patut . Dan tanya cikgu kalau ada yang tak faham , jangan pandai-memandai mandai.


Kalau ada nak tanya apa-apa boleh DM kat insta @zakieazid


bye peeps.

6 comments:

  1. Replies
    1. Tak ambil seni ke? Takpe boleh belajar sendiri2 . ^_^

      Delete
  2. Could be guitar violin cello apa2 string instrument 😅 Tapi apa2 pun dahsyatnya proses dan hasilnya. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. very complicated yer. nampak mudah tapi susah. banyak step utk kita buat warna mengikut kehendak. memang enjoy sgt walaupun letih.. gd job

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak . yup memang complicated tapi bila dah siap tu orang kata hard work pay off

      Delete
  4. Mana nak dapat drawing block khas utk kerja kursus seni eh ? Sbb setiap brand lain saiz .

    ReplyDelete