Sunday, 29 December 2013

entry back to school + PBSMR

Assalamualaikum



ini adalah my daily uniform ke sekolah . 



Hai semua , macam semua tahu lagi beberapa hari je kita nak ke tahun 2014 , dan itu bermaksud sekolah dah nak mula!!!


Berbaul perasaan dalam hati ni bila sekolah nak mula , tak tau kenapa -.- Bagi aku persiapan sekolah tahun ni simple-simple ja , yelah dah sekolah menegah kan..barang yang masih elok boleh pakai , yang betul-betul tak elok je perlu ditukar . Cuma dah plan awal-awal masa beli alat tulis nanti , nak mintak ayah belanje artline 2 ketul . 


Dan yang paling "mengeksited" aku ialah PBSMR !! *bunyi drum*  Al maklumlah batch 98 adalah batch terakhir yang menduduki PMR dan bermula batch 99 iaitu aku akan menduduki PBSMR . Sebenaqnya aku pun masih kurang jelas dengan sistem baru ni , takpalah kita tunggu dan usaha je sehabis baik.Yang ni susah sikit ,tahun depan jugak aku akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan online facebook , blog dan lain-lain . 


Aku harap , pembaca blog ni sentiasa doakan aku supaya aku berjaya untuk sesi persekolahan tahun depan dan moga aku cemerlang menduduki PBSMR tahun depan . Selalu entry aku gelak-gelak je kan ,tapi kali ni aku mengharapkan doa-doa kalian yang membaca blog ni mahupun yang mengenali aku . 

Assalamualaikum

Thursday, 26 December 2013

Blog bertukar!!

Assalamualaikum


Sempena nak tahun baru ni , aku tengok banyak blog yang edit dan bertukar wajah sempena tahun baru . Jadi aku rasa blog cabuk ni pun perlu di-edit untuk tatapan fans yang setia *bajet sungguh aku* . Kali ni aku buat perubahan yang agak berlainan daripada sebelum ni aku edit blog , iaitu aku membiarkan background blog aku plain atau lebih dikenali sebagai warna putih . Amboi kemain skema ayat hahaha . 






Sebenarnya memang aku ada niat nak tukar background jadi plain dari dulu lagi , tapi aku tahankan dulu nafsu tu , dan inilah masa yang sesuai untuk aku berubah . Baru ada ngupe blog seorang lelaki yang matang ye dok?  hehe sebab ramai cakap blog aku macam blog pompuan , sebab ada doodle ek? 

Font untuk header pun aku pakai font yang simple gile adoi ter be . Malas nak font yang fancy-fancy sangat , kang nampak macam girlish pulok = = '




Menutab pun aku dah drag ke sidebar dan buat sendiri , lagi puas hati :D Saje letak font yang macam cakar ayam tu , rasa macam unik pulak . Aku sangat mengharapkan feedback daripada korang tentang perubahan blog aku ni , sedikit sebanyak boleh aku perbaiki kalau ada yang tak kena . 



P/S : Terima kasih la sudi baca entry pendek ni , kalau rasa suka boleh drop komen kat bawah . Sekolah dah nak start woi!!









Monday, 23 December 2013

commision : Single doodle ala-ala princess

Assalamualaikum


oh..ayahanda dimanakah putera idaman ku... ?? erkk

Sebenarnya dialog diatas nak feeling commision yang baru aku dapat . Semenjak dua menjak ni , ada beberapa orang digitizer tempah doodle dengan aku . Huk oloh digitizer ni orang yang buat sulaman cara moden , pakai mesin bukan tangan . Jadi ada sorang akak ni minta aku buat doodle ala-ala princess muslimah gituu . Jadi aku cuba sedaya upaya nak buat doodle tu seakan-akan princess .




Thanks for grab doodle from Belog ZakieAzid

COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid



2013 dah nak melabuhkan tirainya , dan coming soon 2014 ....erghh PBSMR first batch