Friday 28 September 2012

1st segmen : Saya nak Vector daripada zakie11

Asslamualaikum


Hari ni saya buat segmen yang macam blogger lain buat tapi segmen saya ni special kerana siapa yang bertuah akan dapat vector dan doodle daripada saya.




LANGKAH - LANGKAH

1. Buat satu entry yang bertajuk " Saya nak Vector daripada zakie11"
2. Sila tempek banner di atas.
3. Sila nyatakan korang nak apa antara doodle dengan vector.
4. Jika doodle sila nyatakan warna.
5. Tag at least 2 rakan blogger korang.

Tarikh tamat segmen "suka hati saya nak tamat bila" jadi selagi belum tamat segmen korang boleh je join . Selepas siap buat enrty tu sila tinggalkan link entry di ruagan komen .

Saya akan pilih 3 orang bertuah menggunakan random.org Siapa yang bertuah nanti tunggu je la pengumuman daripada saya.....Asslamualaikum.

Memperkenalkan kawan saya 2012

Asslamualaikum


Hai salam hari jumaat harap korang semua sihat yang gebu-gebu :) hari ni saya nak cerita pasal kawan saya di 2012 sebab saya ni form 1 jadi semuanya kawan baru la . AL-kisahnya kawan-kawan di kelas tu dah tahu yang saya ni ada blog jadi mereka ugut suruh cerita pasal diorang kat blog saye .....heheheh bergurau je.      Saya mula dengan kawan saya yang paling saya sayang yang pasti seorang lelaki .

Nama diberi Ikran Haiqal Bin Hasan . Dia ni kawan saya daripada saya kecik lagi dan kami tak pernah berpisah sampailah form 1 nie . Ikram ni seorang yang banyak mulut kalau korang jumpa dengan ikram ni mesti korang tak cukup mulut punya :) . Ikram ni lagi otak dia sangatlah genius , saya pun tak tahu kenapa otak dia sangat genius .


Nama diberi Sofia Munirah Binti Zaki Albar . Sofia ni memang saya kenal tahun 2012 dia ni dulu sekolah rendah convent batu gajah . Biasalah perempuan mesti ada sifat gedik bukan saya nak mengutuk tapi ini adalah KENYATAAN!! dia memang gedik tetapi kadang-kadang la . Sofia ni berasal dari keluarga yang berada juga la . Untuk pengetahuan korang dia ni seorang yang rabun . Jadi dia pakai kaca mata . Nak ADD facebook dia tekan sini.


Sofia Munirah Zaki Albar

Nama diberi Aiman Najwa Binti Osman . Seorang yang mulut bising jugak dan seorang yang tahap  
pemalunya kurang . Tapi dia seorang yang serius bila buat sesuatu kerja . Kawan karib dia sofia tu. Aiman ni pun seorang yang pandai . Datang dari sekolah yang sama convet masa sekolah rendah. Nak ADD facebook dia tekan sini

Aiman Najwa

Nama diberi Muhammad Asyraf Bin Adnan . Acap ni seorang yang pendiam berlainan dengan aiman tadi dan acap ni smad la . Tapi kalau satu kelas gelak dia pun gelak same . Datang dari sekolah sk sempoi ..pelikkan nama sekolah tu . Nak ADD facebook dia tekan bawah ni.

Mohd Asyraf

Diberi nama Muhammad Haziq Bin Ahmad Nazari . Seorang yang pelat 'R' kalau korang suruh dia cakap perkataan yang berunsurkan 'R' mesti akan pelat tang 'R' memamg lawak la . Saya suka menyakat dia suruh cakap Baskin 'R'obin . Dia ni ramai peminat kat sekolah ramai senior yang suka kat dia . Nak ADD facebook dia tekan bawah ni.

Haziq Nazari

Diberi nama Nur Faezy Binti Suhaimi . Faezy ni orangnya kecil je comel lotte kate orang . Tapi suara dia memang lantang kalau menjerit senyap terus kelas ...garang ouu orangnya . Faezy pun seorang yang rabun dan memakai kaca mata . Dia ni penolong ketua kelas kat kelas saya . Nak ADD facebook dia tekan bawah ni.

Faezy Suhaimi

Nama diberi Nur Syahidah Binti Shahar . Seorang yang pendiam juga la tapi dalam fb perghh kecih bila chat dengan saya . Syahidah ni pandai sangat sampai bahasa arab pun dapat 100% . Saya suka cari gaduh syahidah ni . Dia ni cool je....orang ejek pun buat tak tau je . Nak ADD facebook dia tekan bawah ni.


Nur Syahidah Shahar

Ini yang terakhir . Nama diberi Muhammad Faris Bin Zulkifly . Saya memang nak puji si faris ni ..dia ni kalau orang mengejek dia...dia buat tak dengar je dan tak layan . Allah telah mwngurniakan faris ni sebiji otak yang pandai . Dia selalu tolong saya bila saya ada masalah pembelajaran . 



Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

maksudnya :

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Nabi sendiri pun menyuruh kita bermanis muka dengan kawan atau sahabat jadi bila bergaduh tu cepat-cepat la minta maaf ......Asslamualaikum












Thursday 27 September 2012

dapat tempahan blog

Asslamualaikum


Hai semua , salam hari khamis diharapkan korang semua sihat dan gebu-gebu belaka :) lamakan saya tak update blog?? maafla saya sibuk sikit 2-3 minggu ni sebab saya dapat tempahan blog . Mungkin korang tak percaya tapi ini adalah hakikat . Mungkin ada orang kata saye ni apalah sangat.


HAMBA ALLAH : HA!! blog zakie11 tu ke.....dah la x cantik , buat doodle pon tak kemas...adoii sapelah yang tak bertuah tu....ish...ish
Takpa...mulut orang siapa yang boleh tutupkan?? kecuali pemilik mulut tu sendiri . Kisahnya bermula dengan seorang kakak yang ADD saya di facebook dan kemudian akak tu request header daripada saya . Saya pun blogger baru belajar jadi...terimalah je lah . Kakak tu tanya saya nak bayaran atau tidak.....memandangkan ini pertama kali saya mendapat tempahan jadi saya bagi FREE je lah . Kalau nak tengok hasil headernya boleh pergi ke link :

http://mieshymeoww.blogspot.com/


Dalam beberapa minggu selepas saya siapkan header kakak tu , kakak tu cakap ada tempahan lagi *senyum lebar saya lepas kakak tu cakap tempahan lagi* kali ni saya buat design untuk blog yang bernama Erin gadis blogger . Saya kiranya design blog tu full template la sebab semua benda dalam blog tu saya ubah , decorate dan tacap sikit . Kali ni tempahan blog saya ambil caj macam blogger lain la . Baru sahaja tadi kakak tu cakap duit tu dah di bank in . Kalau nak tengok hasilnya pergi :


http://beudylady.blogspot.com

Okeylah esok nak pergi bank dan tengok duit yang dah di bank in tu......Assalamualaikum



Friday 14 September 2012

AimanAziz's Giveaway 2012"



Asslamualaikum


Salam hari Sabtu semua . Harap sihat-sihat belaka , hari ni zakie nak join GA daripada abang Aiman Aziz .


Dalam entry GA bro aiman ni menyuruh kita mengkritik blognya yang bernama Aiman Aziz . Jom kita kritik blog dia tapi kritikan yang membina je la yee .

Kritikan


Blog Aiman aziz memang popular sehingga pengikut fanpage pun sudah 16,308 wow banyakkan ?? blog  ni juga memaparkan cerita-cerita menarik yang dibacanya di mana-mana dan kemudian membuat enrty kisah yang dibaca tadi . Gambar-gambar yang di dalam enrty pun menarik boleh membuat orang ketawa . Follower blog ni pun banyak atau kata lain bersepah-sepah iaitu 1387 sesiapa yang dapat followers macam tu kompen banggakan . Sekadar itu sahaja kritikan atau cacian daripada zakie . 


"Giveaway ini Ditaja oleh Ahmooyy Chantekk , Mk Syahir , Cadar Murah , Izumi Shop , Mizzs Ninie , Greennpanda Craft , Izzah Ismail ,Hosting Rajawali dan Dianjurkan oleh Aiman Aziz"


"Maaf kalau korang menyampah rase nak muntah dengar ayat formal dalam entry ni"                    
                                                                                                       
                                                                                                                                                               

Thursday 13 September 2012

Belajar ...?? masih gagal

Asslamualaikum 


Salam hari khamis semua . Banyak individu yang mempersoalkan tentang "Aku dah belajar sungguh-sungguh tapi result aku tetap failed gak!!" Ramai bercakap sebegitu tapi bagi zakie usaha tangga kejayaan jadi kenalah rajin berusaha.


ini contoh result seseorang yang dah study hard tapi keputusan tak memuaskan.


Dipetik daripada I Luv Islam , setiap manusia mempunyai tahap kesabaranya tersediri tetapi dalam bab belajar ni kita kena kuat berusaha kerana Allah itu maha Adil kepada hambanya . Pasti akan ramai terfikir sejenak " kenapalah bukan time form 1 aku sedar yang aku tidak berusaha selama ni !!" Tapi pecayalah hakikatnya saat kita berputus asa itulah waktu kita benar-benar gagal dalam bidang yang kita ceburi.


Ingatlah juga bahawa setiap ujian Allah itu adalah qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah.Setakat

  ini zakie tak pernah tengok lagi pelajar yang study hard dan study smart dalam peperiksaan yang diambilnya.Sesungguhnya Allah ingin melihat kegigihan hambanya dalam mencapai sesuatu yang dikehendakinya . 



Cuba korang muhasabah diri balik dan fikir kenapa Allah menguji kita dengan perkara yang kita tidak suka?? cuba fikir-fikirkan dan korang akan dapat jawapanya . Cuba korang bayangkan kalau Thomas Edison Fedup untuk menghasilkan mentol.....Dunia ni akan gelap ooo!!!  Minta sangat korang ubah mind setting korang bahawa Allah itu maha adil . 


Apa yang penting ialah kita mestilah bersyukur dengan apa yang sudah kita perolehi dalam dunia ni . Terimalah dengan hati terbuka dan lebih berusaha untuk mendapat keputusan atau natijah yang lebih baik pasa masa hadapan . Jangan mudah putus asa dan Lebih baik gagal setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.


Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha Adil. Ingatlah satu pepatah 

" What You give, you get back "


"Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada surah Al-Baqarah ayat 195


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik)."


Tuesday 11 September 2012

Giveaway: Muaz Faris dan Google Adsense


Asslamualaikum


Giveaway lagi...mari mari mari...sertainya sementara peluang masih terbuka dan  masa masih ada. Satu lagi giveaway dari blogger abang Muaz Faris. Tak susah pun, senang saja, hadiah yang ditawarkan pun menarik perhatian zakie

Kalau korang tengok di blog beliau, memang banyak iklan Google Adsense ini, jadi memang tidak salah lagi, beliau dapat menjana pendapatan melalui iklan - iklan tersebut. Di blog ini juga boleh didapati tips - tips tentang menggunakan iklan Google Adsense di blog Bahasa Melayu.

Tips tersebut amat sesuai untuk zakie, mungkin boleh dicuba selepas ini. Sebelum ini zakie ingat iklan tersebut hanya untuk blog berbahasa inggeris, nampaknya blog berbahasa melayu pun boleh untuk mencuba, cuma perlu tahu apa tips yang sesuai.



Hadiah-hadiahnya sangatlah masyuk poket korang :

  • Buku “Blog + Google AdSense = Duit” tulisan Shamsuriyadi.

  • Hadiah Misteri x1 (RMXXX)

  • Hadiah Misteri x1 (RMXX)

  • Topup RM10 (Celcom, Maxis, DiGi)



  • Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris. Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

    Thursday 6 September 2012

    Projek vector ku....

    Asslamualaikum

    Hai semua , lama zakie tak buat postkan?? sebenarnya zakie dah lama simpan bende ni dan zaki segan nak tunjuk kat korang . Tapi selepas vector yang zakie buat semakin baik zakie pon nak tunjuk kat korang dan tolong sangat komen.



    vector di atas adalah pertama kali zakie buat vector .



    yang di atas zakie punya skill melukis vector sudah semakin baik :)


    di atas ialah lukisan vector yang zakie buat untuk kakak zakie


    dan yg ini paling latest dan paling cantik bagi zakie.Vector seorang artis remaja iaitu najwa latif . Even najwa latif pon cakap cantik*perasan*



    Kesemua vector di atas ialah usaha gigih zakie sendiri . Ada jugakla vector yang zakie mintak opinion   daripada blogger popular macam kak Lyssa , kak Shida dan Abang Apit.



    Monday 3 September 2012

    hari bisu : puasa enam

    Assalamualaikum.


    Semalam zakie mula berpuasa 6 , ye la tengah mood raya ni lebih baik zakie mula puasa enam. Dapat pahala lebih. Maklumlah bak kate ustaz zakie......rasulullah tinggalkan kita yang wajib sikit je tapi yang sunat terlalulah banyak.



    Harap korang pon boleh mulakan puasa enam ni. Banyak pahala kot ...kalau korang buat puasa enam jangan buat kerana zaki tapi kerana ALLAH.

    Sunday 2 September 2012

    Blog ini berubah wajah


    Assalamualaikum semua , selamat hari hujung minggu. Sorry sangat sebab zakie jarang update blog sekarang ni kerana exam kian hampir so kene mengadap buku....buku...dan buku.Oh tension nya.Mase terluang ni zakie dah ubah blog ni menjadi lebih cantik kot.Segale jadah zakie dah ubah dalam blog ni.Dari tempalate hingga la advanced nya.

    kalau rabun double klik gambar.


    Al-kisahnya macam ni , kakak zakie telah membawa adik zakie iaitu notebook kesayang ku ke Melaka kerana ingin membuat kerja assigmentnya.Bila dah tak ade notebook tu, pakai je la apa yang ada. Banyak template yang zakie cuba time tu, tak de satu pun yang mengikut kehendak hati dan perasaan ni.

    Mule-mule zakie test pakai template Denim, template ni hot owww. Banyak la zakie dengar pasal template ni. Tetapi......sangatlah susoh bagi zakie. Nak kene koding sini..koding sana. Buat sakit kepale,sakit otak,sakit kaki dan macam-macam lagi sakit.... Akhirnya zakie pilih tempate picture window.

    header blog , simple je.......kenape salah ke??