Friday 17 October 2014

Blog bersawang

Assalamualaikum 




Huawwwwrrrgghhhh . Akhirnya berjaya jugak update blog ni .


Seperti yang semua tahu , kami yang ambil PT3 ni dah merdeka ! . Alhamdullilah . Memang dari nak pt3 aku memang tak update blog , cuma update instagram je . banyak lagi sebernarnya aku nak cerita kat blog ni tambah-tambah lagi haritu aku keluar dalam berita harian , yang tu nanti aku cerita . Untuk entry kali ni aku cuma nak cerita pasal kehidupan selepas habis periksa . Semua pelajar dah macam takda haluan bila periksa dah habis . 


Al maklumlah cikgu pun berapa kerat je masuk , jadi memang pelajar-pelajar berkeliaran seluruh sekolah . Jadi aku bukanlah jenis suka berkeliaran tak tentu hala ni . Aku banyak habiskan masa dengan melukis . Memang habis je PT3 terus aku masuk kelas dan melukis . 



Inilah yang terkeluar dalam minda aku lepas habis PT3 . Tak fikir banyak , ambil artline terus lukis-lukis dan lukis , jadilah macam gambar kat atas . Erm nak cerita lagi , beberapa bulan lepas , aku punya moleskin yang pertama dah tamat dikhatamkan*dah habis* . dan sekarang aku guna buku sketch pad *yang dalam gambar *






Sebenarnya , banyak lagi lukisan , sketch cuma yang lain-lain tu semua tak senonoh . yang kat atas ni je yang sedap mata dipandang . Apa lagi nak cerita eh? 


Itu jelah dulu untuk malam ni , nanti lain masa aku update entry lain . Assalamualaikum .