Saturday 13 February 2016

Tahun ni KEIR punya!

Assalamualaikum

Happy CNY pada yang menyambutnya . Harini aku nak cerita pasal temasya sukan sekolah aku yang ke - 84 . Since tahun ni tahun last aku bersekolah *uhukhuk sedih pulok* . Sukan tahun ni secara tiba-tibanya menjadi sangat ajaib . Nak tau apa yang ajaibnya , tunggu akhir entry nanti...

Temasya sukan tahun ni berlansung pada 6.2.2016 bersamaan dengan hari sabtu minggu lepas . Tahun ni aku tak ambil apa-apa bahagian termasuklah kawad sebab aku telah ditugaskan oleh cikgu untuk menjadi photographer pada hari sukan nanti . Memang impian aku dari form 1 nak jadi photographer sekolah lagi-lagi bertugas masa hari sukan dan akhirnya dapat . Yeah!!

Untuk pengetahuan korang , sekolah aku punya nama rumah sukan unik dan memang korang tak pernah dengarlah..

KEIR - RUMAH MERAH
SULTAN - RUMAH KUNING
SHAIDALI - RUMAH HIJAU
HEAD - RUMAH BIRU

Haaa kan? memang tak pernah dengar kan?  So jom kita pergi ke hiasan rumah sukan. Oh lupa nak bagitahu yang aku adalah salah seorang ahli rumah Keir . Ok sambung balik , untuk rumah sukan semua rumah dah ada masing-masing punya tema dan tema-temanya ialah...
 


 Tahun ni Rumah Keir bertemakan istana . Dan apa yang uniknya ialah semuanya yang korang nampak di atas tu adalah daripada polistrin . Penat oo nak cat setiap bahagian sampai siap jadi camtu.


 Untuk rumah Shaidali ni aku pun tak berapa pasti tapi rasanya ala-ala rimba-rimba gitu sebab ada panda , naga hijau .


Haaa Rumah Head pulak tema macam ala-ala kelautan *ada ke istilah tu* macam tepi-tepi laut la lebih kurang sebab hiasan dalaman ada sampan , pasir-pasir.


Sorry tak perasan yang rumah Sultan punya rumah lupa nak tangkap . Tapi tema diaorang ialah Kesultanan Melayu . Interior design setiap khemah aku tak sempat tangkap sebab dalam khemah agak gelap . Ok , bab hiasan khemah dah settle , jom kita beralih pulak pada benda yang paling common bila sukan iaitu MASKOT!!!! . Sorry la , aku agak eksited sikit bila masuk bab maskot ni sebab untuk maskot rumah Keir , aku ada sepanjang pembikinannya . Untuk maskot pulak , semua rumah taknak kalah dengan maskot masing - masing tapi aku rasalah maskot yang paling kiut miut adalah rumah Shaidali . Tak caya , meh tengok...



Untuk Rumah Keir cikgu decide tahun ni kita buat singa ...AWWWwwrrr . 


 Rumah Head pulak buat rasanya watak disney Mickey Mouse kan? yang donald duck tu . Not bad la . Yang penting ada effort nak buat maskot yang terbaik.


Haaa ni yang aku bagitau kiut miut tu . Rumah Shaidali memang tak pernah gagal untuk buat maskot yang comel-comel ni . Pandangan pertama korang mesti jatuh cintalah dekat maskot ni.


Last but not least , rumah Sultan . Tahun ni maskot diaorang aku pun tak berapa pasti tapi rasanya macam lebih kepada cosplay sebab memperagakan baju tradisional Kesultanan Melayu . 



Overall untuk maskot , kudos kepada semua cikgu dan pelajar yang terlibat nak siapkan maskot sebab semuanya kreativiti sendiri .  Macam tahun lepas maskot terbaik jatuh kepada rumah Head ,tapi untuk tahun ni korang tunggu last entry nant... . 

Selepas acara kawad kaki , bermulalah acara padang pula . Bermula daripada acara larian bersama sekolah lain , sampailah ke acara lari 100 meter antara rumah sukan , Dan apa yang memeranjatkan ialah tuan rumah sendiri iaitu sekolah aku  yang bolot semua johan untuk larian dengan sekolah lain . Ok jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa hari kejadian*cewah*

Sahabt baik aku..




geram betul aku dengan panda ni..




Ni waktu perasmi periksa setiap perbarisan . Oh lagi satu perasmi ni dulu bekas pelajar SYS.


Pandai betul panda ni cari kamera aku , mana-mana ada je dia . #pandaiseverywhere



Classmate aku yang tetibe , eh zaki tolong tangkap gambar kiteorang" haha



 Pengetua baru sekolah aku . Very motivated punya orang.


Huh , bukan nak bangga la , tengok la rumah mana yang mendahului...hekhek
 
Ini untuk acara tarik tali which is final round antara Keir dengan Shaidali dan pemenangnya adalah Shaidali. Emm fun fact , untuk acara tarik tali , Shaidali adalah pasukan yang comfirm masuk Final.

Dah puas tengok semua gambar? dan alhamdullilah tahun ni tahun KEIR!! sebab apa? sebab KIER adalah rumah sukan yang paling terbanyak mengutip pingat emas and plus olahragawan dan olahragawati dari rumah KIER! Fyi tahun ni macam ajaib sesangat sebab selama aku bersekolah 5 tahun ni , tahun ni lah baru KEIR nak merasa tittle juara tu . Aku pun rasa macam kemenangan ni memberi kenangan indah bila aku habis sekolah nanti .


Assalamualaikum.



Oh lupa bagitau untuk maskot terbaik dengan hiasan khemah terbaik jatuh kepada rumah Sultan.