Friday 27 June 2014

Hari sukan SMK Sultan Yussuf

Assalamualaikum



Haa gitu tajuk entry macam dalam blog sekolah pulak . Saja buat tajuk camtu mana tau boleh dapat trafik tinggi . 


Bertarikh 28 Jun , sekolah aku mengadakan hari sukan !! untuk kali ke 82 . Bila hari sukan ni , tau-tau jelah semua orang sibuk melakukan persiapan supaya hari sukan nanti sempurna , termasuk aku . Tahun ni aku tak ambil acara atau masuk perbarisan , cuma aku tolong-tolong hias khemah rumah sukan . Rumah sukan aku ialah....


KEIR!!

Untuk pengetahuan anda , anda semua . Keir adalah rumah sukan warna Merah . Jadi aku menolong menghias khemah rumah Keir . Tahun ini Keir membawakan tema flora dan fauna , back to nature gituu . Rumah-rumah sukan lain pun menghias khemah diaorang . Ada Head (biru) Sultan(kuning) dan Shaidali (hijau) . Jadi inilah hasilnya ...




Sekolah korang pun ada jugak  menghias khemah rumah sukan kan ? Biasalah kalau nak menghias khemah rumah sukan ni , satu je halangannya iaitu angin dan hujan . Selalunya semua rumah sukan akan mula menghias petang sebelum esoknya hari sukan . 


The most favourite things dalam hari sukan ialah maskot untuk perbarisan rumah sukan . Tahun ni Keir menaruhkan maskot rama-rama , tapi aku tak dapat nak tangkap gambar sebab rama-ramanya asyik lari-lari je . Bagi rumah Sultan depa buat Pooh , rumah Head pulak buat kapten Head (macam captain amerika) rumah Shaidali pulak buat maskot macam burung rio *kengkonon fifa * 


Haa tu la Pooh nya . Kalau korang boleh nampak la , dan dia sangat peramah :3





tak tau rama-rama kier ni macam badmood sikit.





ni lah yang aku kata tadi , burung rio *acah-acah fifa world cup*





captain Head la kot (macam captain amerika)





 Tahun ni punya hari sukan sangat meriah . Perkara-perkara macam ni lah yang akan jadi kenangan bila aku dah habis sekolah nanti . Korang share lah nama rumah sukan sekolah korang kat komen ok .






my fellow friends




Tu je . Assalamualaikum


Selamat berpuasa jugak kepada umat islam semua yang membaca blog ni . jangan puasa yok-yok tengahari bukak periuk pulak tau :p



Saturday 14 June 2014

Friday project ^_^

Assalamualaikum



Hohohohoho , cuti sekolah dah nak habis!!


Hai korang , cuti sekolah berbaki lagi satu hari T_T . Bukan pasal tu yang aku nak cerita tapi pasal aktiviti aku semalam . Korang pernah tengok tak bag pisang goreng ?? yang ni ha 




Jadi disebabkan bag pisang goreng ni banyak sangat di rumah aku . Why not we create inovasion ? *eceh inovasion* takda la , aku memang pantang kalau nampak benda yang plain di depan mata . Ringan ja tangan ni nak doodling . So....inilah hasilnya !!


jangan lupa !! #smile #itssunah

aku tak tahu kenapa , doodle must have love .

jangan sesedih k . #latahzan

ececece . kengkonon tribute untuk kak #fynnjamal anak dia #arjunabeta


Ha , itulah jelah yang aku nak cerita petang-petang sore ni . Takda apa pun menarik kat blog ni selain doodle . Kalau nak cuci mata tengok doodle meh la !! :D


Assalamualaikum


Sunday 1 June 2014

.:: doodle bookmark for sale ::.

Assalamualaikum


Hai dan selamat petang semua . Sebenarnya projek doodle bookmark ni lama dah aku nak buat cuma takda masa yang sesuai . Jadi bila ada cuti panjang sikit ni , aku nak curi peluang . Malas cakap banyak , meh tengok contoh-contoh yang aku buat .


sorry gambar "terlalu cantik"



another pic


Jadi ini adalah detail pasal doodle bookmark ni :

Size : 16cm x 5cm
Kualiti : laminated paper

Kalau sesiapa berminat , ke korang baca buku takda bookmark boleh order sekarang!!
kalau ada deisgn sendiri pun lagi bagus . Sila whatsapp nombor di bawah :

013-4709918*only for business*

------------------------------------------------------------


Sebenarnya khamis lepas aku dan keluarga bercuti ke cameron highland . Saja nak bagitau :p





Assalamualaikum . bye