Thursday 31 October 2013

Doodle Frame for sale

Assalamualaikum


woot..woot esok dah cuti , sila jeles okay

Malam ni aku nak promote sikit projek terbaru aku yang akan diteruskan masa cuti panjang nanti iaitu Doodle frame !! . *sila tepuk tangan sikit* 


nampak ketara gambar 1 dan 2 sebab aku malas nak edit :p

Ngeh..ngeh sebenarnya aku baru mula perniagaan ni secara sekecil-kecilnya . Doodle frame di atas adalah untuk dijual , hanya ada 1 pieces , jadi kepada sesiapa yang berminat sila PM aku di fanpage aku . Harga? meh PM dulu , kita open table dulu..ekekekeke



Adatlah kalau limited edition ni , siapa cepat dia yang dapat , dan inshaALLAH akan ada lagi banyak frame doodle dalam masa yang akan datang . Korang kenalah follow aku di fanpage*bajet retis* .  Ingat siapa yang berminat sila PM aku sepantas kilat okay . 

Sunday 27 October 2013

commision : Couple doodle

Assalamualaikum


Hai kureng semua..ekekekeke . Pada malam yang hening ini , aku nak update commision yang paling latest aku dapat daripada kak gee . Belia inginkan doodle couple yang simple untuk dibuat sulaman . Sulaman tu ape? korang boleh usha FB kak gee , dia ambil banyak tempahan sulaman KAK GEE*klik* . 


Thanks for grab one doodle from Belog ZakieAzid

COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid



Warna yang dikehendaki ialah pink gelap-gelap sikit , agak susah nak buat tempahan kali ni sebab , kak gee telah beri satu gambar untuk aku jadikan panduan hidup  nak buat doodle ni , tapi alhamdullilah berkat kegigihan aku , dapat juga siapkan commision ni . 

Assalamualaikum

Saturday 26 October 2013

Pelanggan DOODLE yang bijak

Assalamualaikum

YEAYYYY!!! i'm free..bhahahahahahaha aku dah habis final exam....


Hai semua , memandangkan esok cuti . Jadi aku nak buat entry tentang pelanggan yang bijak . Pelanggan yang bijak?? sila scroll ke bawah k . 

Sapa yang pernah baca blog ni mesti tau pasal entry aku Inspirasi Candy Buffet*klik* Aku buat candy buffet ni semasa perkahwinan kakak sepupu aku , jadi mereka telah mengguna servis aku untuk membuat doodle bagi mereka . Sebenarnya ada 2 pasangan pengantin , jadi aku kena buat 2 pasang doodle . 

So , let start the point , "pelanggan yang bijak" kakak sepupu aku telah menggunakan doodle itu hampir di setiap barang perkahwinannya . Antaranya...


haa!! comei tak kakton



Antaranya ialah banner , kan dah jadi trend sekarang bila nak kahwin mesti buat banner or bunting kan? Jadi doodle aku telah diletakkan di bunting perkahwinan mereka . Seterusnya ialah....

ini sangat special


Ok , ini sangat special , bayangkan artwork aku diprint pada t-shirt..oomaiiii *pengsan* memang senyum sampai telinga masa aku dapat tau t-shirt ni dah siap!! semasa aku menaip entry ini , aku tengah pakai tshirt tu ^_^ . 


stiker


Hohohohoho ini pun feveret jugak ! stiker . Sangat comel bila doodle aku ni di-stikerkan . Aku hanya design doodle , yang stiker tu dia upah kat orang lain :) . The next ialah...




Ini pulak , lebih kurag macam stiker jugak la , diletakkan pada guest book pengantin yang lagi satu . Sebenarnya ada lagi satu , dekat kad kahwin tapi aku lupa nak snap gambar . 


Jadi disini aku nak simpul menyimpul bahawa kalau beli doodle ni takde erti membazir pun , dah dibuktikkan pun , boleh diletakkan di mana-mana sahaja yang korang berkenan . Kalau nak order doodle meh PM aku ye ^_^


P/S : InsyaALLAH nanti ada product baru Belog ZakieAzid





Wednesday 23 October 2013

Art Trade with Angiela

Assalamulaikum

woowoot !! ceq terlebih excited sebab final exam DAH NAK HABIS...

hai korang , sungguh lama aku tak ber-art trade dengan blogger . Sebenarnya art trade ni dah lama tapi aku dok lengah-lengahkan *teruk sungguh ceq ni * Tapi nasib baik kakak tu setia hujung nyawa   menunggu art trade daripada aku . Maka terhasillah dolly yang pestime aku buat T_T


beso dok? ekekekekkeke
hanya kak angiela yang berhak atas dolly di atas


Terimalah wahai kak angiela dolly yang tak seberapa ni . Aku sangat kekok bila buat dolly ni , kene sangat detail okey . Sapa yag berminat untuk art trade sila PM di fanpage okay .



P/S : final exam....huh lagi 2 hari

Friday 18 October 2013

commision : specky girl

Assalamualaikum


Rindu dengan blog!!! *jerit kuat-kuat* jom jerit ssma-sama

Lama sungguh aku tak buat entry semenjak dua menjak ni . Busy sampai tak menang tangan . Pada hari sabtu yang sungguh murni dan cerah ini aku nak update commision aku yang telah di-order beberapa bulan yang lepas . Doodle remaaja perempuan yang berkaca mata berbaju hijau . 


Thanks for grab one doodle from Belog ZakieAzid

COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid



Aku sangat-sangat bersyukur dengan tempahan doodle yang aku terima walaupun bukan sentiasa  aku tetap akur dengan apa yang ada , dan kalau berminat boleh PM aku sahaja di facebook .

----------------Advertisement-----------------------


Doodle ready made : Muslimah kimono girl  
Harga : RM10.00
Pembayaran : BANK IN
berminat? sila PM SINI . Siapa cepat dia dapat . 

Thursday 17 October 2013

Segmen Follow Me By Sha & FD

Assalamualaikum


klik banner kalau nak join


Jom meriahkan segmen ni , mana tau rezeki korang .

Wednesday 9 October 2013

Segmen Reka & Menang Button Badge by Huda

Assalamualaikum


klik banner kalau nak join

Hai semua . tujuan aku buat entry kali ini adalah untuk meng-joinkan diri satu segmen yang memerlukan kreativi korang . Segmen design button badge daripada huda . Aku cuba se-kreatif boleh untuk menang segmen ni . 

Jadi..*bunyi drum* persembahkan design button badge daripada zakieazid!!!


Itu je yang mampu aku buat dengan idea yang tak berapa ada buat masa sekarang . Harap-harap menang . 


P/S : Final exam dah nak dekat >_<



Thursday 3 October 2013

Commision : Doodle team car & logo

Assalamualaikum


Lama tak bersua kat blog ni , mesti bersawangkan? takkan bersawang punya sebab blog aku ni dihiasi dengan doodle-doodle yang comei lotte dan cute ^_^


Malam ni aku nak update commision yang terbaru yang ditempah oleh kak syuhada . Beliau inginkan 4 doodle dengan satu kereta yang oshem bersama logo . 






Thanks for grab one doodle from Belog ZakieAzid

COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid