Thursday 23 February 2012

huhuhhu NUFFANG ku hanya RM 0.00


HUHUUHHU
asslammualaikum sume
ari nie zakie nak citer cikit tentang
nuffang
korang [unyer nuffang cam ne untong ker rugi.....
zakie punyer nuffang hanya RM 0.00 ringgit
sedih nyer...ari berhitung ari same jer keputusan same 
rase mcm x menguntongkan masuk nuffang korang ade aperx2 tips untung menguntong kan nuffang
nei tensoin la...ngok kak lysaa beratusx2 duit die tau kan stok kalo macam tu
tapi aper kan daye....bagi saprerx2 yg ade tipsx2 tu sharing moring la sikit ye

byer.....asslammualaikum

Wednesday 22 February 2012

"Fast Giveway SoL& Amar


okey ini GA yg SoL & Amar buat
korang boleh usha blog nie

zakie nak tag
dan

korang ajak ramaix2
join GA nie
bagi lagii meriah dah mendapat sambutan

me kasih SoL & Amar

Tuesday 21 February 2012

SEGMEN : Saya Join, Pasti Dapat Doodle







Add caption



sapa2 yang join, pasti akan dapat doodle..
doodle yang mana? doodle atas tue lah..
Syarat-syaratnya adalah seperti di bawah :


1. Tak Wajib Follow Blog nie.. (Nak follow takper)
2. Korang Kena LIKE page kat SINI
3. Buat Entry Bertajuk : Saya Join, Pasti Dapat Doodle
4. Tempekkan banner kat atas dalam ENTRY dan sila backlink
5. Dalam entry tue korang bagi detail kat bawah nie

Nama Panggilan Anda : zakie zaki
URL belog :http://zakie11.blogspot.com
Negeri Kelahiran : PERAK
Warna Kesukaan : BIRU & HITAM

6. Diwajibkan Tag 3 rakan blogger untuk join
7. Bila Dah Siap, Publish then pastekan link entry td di komen ini
8. Korang akan dapat doodle kat atas tue beserta detail korang bagi..
9. Tarikh tutup bila-bila masa saja..cepat!
10. Sapa saja yang join, pasti dapat doodle nie!

tagged : nur aqilah
               ct masturah
        alif azli 

Tuesday 14 February 2012

FATWA HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH (VALENTINE'S DAY)



PENGENALAN

Tanggal 14 Februari setiap tahun, seluruh penduduk dunia khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing. 

Ada yang saling bertukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mendendangkan lagu-lagu cinta dan asmara, menganjurkan upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan hanya disinari cahaya lilin, meluahkan perasaan di taman-taman bunga sehingga membawa kepada adegan berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada pasangan masing-masing sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah di sisi agama yang menghalalkan mereka berbuat demikian. 

Tidak dinafikan, terdapat umat Islam di negara ini yang turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya sekadar suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut. 

” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh membawa kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tiada sebarang tindakan dibuat untuk menyedarkan dan menginsafkan mereka. 

Harus diingat, mengamalkan dan mengikut budaya asing terutamanya dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka. 


KEPUTUSAN FATWA 

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :

” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”

والله أعلم بالصواب

NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :

1. Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. 

2. Di dalam Islam, tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. 

3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam. 

4. Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day. 

5. Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. 

6. Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting dalam menghancurkan Tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka, barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui di atas kekalahan orang Islam di Sepanyol. 

7. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat. 

8. Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan mengukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan Rasul-Nya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

Monday 13 February 2012

ANGAH si kucing zakie

asslammualikum sume...ari nie zakie nak tunjuk kepade public pasal kucing zakie

doe nie kan manje tau....maklumlah maseh virgin lagii hehehehehhehe
tpi die nie kuat sangat makan kejap-kejap mintak makan...kejap lagii mintak makan lagii
kadang tu rimas tapi nak buat cam ne dah tabiat kucing
name kucing zakie nie ANGAH korang jgn pelik plak

ade dialong nie

ANGAH : meow...meow...meow.....
ZAKIE    : ANGAH nak aper ha
ANGAH  : meow...meow...meow...
ZAKIE     : ANGAH nak penyepak ker?????
ANGAH   : meow....meow.....
ZAKIE      :ANGAH nak makan ker ?????
ANGAH   : meow...meow.....
ZAKIE      : ish menyusah kan la


dari dialog nie aper korang dapat simpulkan
kesimpulannya walau aper pon kiter tanyer
kucing tetap akan jawab "meow"
korang tanyer lah aper pon jawapanyer tetap " meow"

nie ade gambar ANGAH






zakie capture gambar die nie gune webcam
so sume gamabr die ngah tido

byer......asslam

Saturday 11 February 2012

ahhhhh!!!!! banyakneyr keje school


adoi zakie ade bynk keje school
menghafal lagiii
itu lagii
ini lagiii
zakie penat!!!!nasib baek ade blog nie dpt melepaskan perasaan nie
cikgu pon x memahi langsong

rilek zakie jangan mengeluh

 k ar bye

Friday 10 February 2012

header zakie yg agak hidup



nie header zakie yg bru berbanding ngan header yg nie



yg nie bosan kan...x menarik langsong adoi!!!

korang komen mane yg lagii cantek

Thursday 9 February 2012

ha!!!!....kak lyssa teperangkap dalam blog

ha!!! kak lyssa masuk dalam blog tajuk zakie ari nie


ngok blog kak lyssa yg bru nie kreatif kan kak lysaa nie
sampaikan diri die pon boleh masuk dlm blog die sendiri
korang ade ker ha !!!
zakie pon x tau la aper jampi yg kak lyssa pakai
untuk masuk dlm blog......
kak lyssa please bgi la tuto pasal carex2
nak masuk dalam blog sendiri
hehehehehehehehheheheheheheheheheh


tema blog kak lyssa purple A.K.A pink
cantek kan.......
zakie percaye kalo kak lyssa bgi tuto
mesti lgii ramai org yg akan terperangkap dlm blog sendiri
hehhee saje jer bergurau
bye......

Wednesday 8 February 2012

diberi nafas bru


asslamualaikum stalker
lame dah zakie x update post
sebab zakie rase mls la dah la header blog burok mase tu

t[i sekarang header blog zakie cantek dah
zakie suke...macam gambar kat atas tu
se korang ngok gambar zakie 11 tu
rase pelik kan....tulisan zakie 11 tpi shadow facebook
itu biarlah rahsia

k ar zakie nak tido nie bye