Tuesday 24 November 2015

SPM 2016 AKU DATANG!

Assalamualaikum

 Haaaa , amacam cuti sekolah..best ? 
Tak best laa , rasa rindu nak sekolah balik..huhu

Kalau korang jumpa spesies tu , kahakkan saja pada mukanya . Well semua orang tahu , sekarang ni dah bermulanya cuti panjang persekolahan dimana , ada ibu bapa hantar anak diaorang pegi kem-kem la , program motivasi la , ada yang pegi vacation la dan juga ada yang mereput duduk di rumah macam aku . YEAY !! SEP SIKIT.




credit to me


Tahun depan insyaALLAH kalau dipanjangkan umur aku akan masuk 17 . Jadi bila umur korang 17 ni apa lagi yang common kalau bukan SPM . Bila SPM ni ramailah golongan -golongan yang dah habis SPM akan psyho bebudak SPM ni kata susah la , kalau kantoi gelap masa depan la dan beberapa lagi yang korang mesti pernah dengar . Sebagai seonrang calon SPM tahuN 2016 aku adalah buat beberapa list yang harus diguna pakai waktu cuti ni dan juga untuk tahun depan . Takdalah buang masa je .


1. Study subjek form 4 yang akan masuk SPM

Contoh macam Perdangangan . Perdangangan soalan untuk SPM nanti dia akan rangkul bab-bab form 4 dan juga form 5 . Jadi kalau korang seorang pelajar yang SMART boleh la , sesambil minum kopi hipstur tu boleh la selak-selak bab form 4 yaang korang dah belajar supaya fresh balik ingatan sebab masuk tahun depan dah kena habiskan silibus form 5 .



2.Kurangkan ___________

Ha , kenapa aku kosongkan selepas kurangkan tu , sebab korang sendirilah yang tentukan apa benda yang perlu korang kurangkan contohnya macam bukak smartphone , melukis , mewarna , bermain bola sepak..haih banyak lagi la. Sampaikan mak aku dah siap-siap bagitahu...


"Zakie tahun depan TAK PAYAH AMBIL TEMPAHAN DOODLE DAH .
FOKUS pada SPM."
 

My reaction be like  T_T



Takpalah , berkorban untuk setahun . Tapi aku tak berhenti melukis ye , kepada fans-fans*ade ke * boleh pergi ke IG aku @zakie.azid .



3. Konsisten hubungan dengan Maha Pencipta

Yang ini , bukanlah aku nak kata kena tahun depan baru nak jaga hubungan dengan ALLAH tapi kita sebagai manusia biasa tak pernah terlepas melakukan kesilapan tapi hari demi hari kita cubalah untuk memperbaiki diri kita , macam tu lah lebih kurang  . Apa yang guru kelas aku praktikkan masa dia nak hadapi SPM , setiap malam dia baca yassin . Jadi kita yang nakkan kejayaan ni kenalah bersungguh-sungguh meminta kepada ALLAH kerana Dia yang berkuasa.



4. Bawak-bawak la sedor diri tu nak SPM

Ni memang ditujukan kepada yang nak ambil SPM . Kita ni sebagai manusia biasa kan mudah sangat pelupa *sangattt* . Kalau dah tahu diri tu ada pekse besor bawok-bawok le bukok buku *kata orang bote* Kesedaran diri ni memang penting supaya kita tak lalai , walaupun kengkadang kita ni mudah sangat lalai bila ada benda yang seronok.


5. Ulang kaji = Belajar

Bila dah masuk tahun depan , siap sedia la untuk selalu buat ulang kaji , maksud aku , lepas habis satu bab yang kita belajar terus kita buat revision kat rumah atau buat revision sesiap untuk bab seterusnya yang cikgu nak ajar . Tips ni memang berguna , percayalah . Tetibe lak rasa macam tulis karangan tajuk "langkah-langkah menghadapi peperiksaan" haha.


Itu jelah yang aku nak kongsi malam ni , dan heharap sangat supaya si tukang taip ni akan buat apa yang dia taip . HAHA ..takut sembang je lebih . Last but not least , kepada yang akan ambil SPM tahun depan ..em senang cakap batch 1999 semoga kita semua akan peroleh kejayaan dan diberkati ALLAH.

Assalamualaikum






Ha ni lagi satu nak cerita , aku nak cadangkan kepada yang bosan waktu cuti ni bolehla baca novel RETINA ni yang ditulis oleh Lokman Hakim . Buku ni bagi aku agak berat bahan bacaannya , sebab banyak unsur-unsur kejutan diletak dan bagi para remaja yang sering mempunyai konflik , sukar untuk membuat keputusan ,bolehlah cuba baca novel ni dan cuba aplikasikan apa yang kita dapat. 

Bawak-bawak la berhenti sekejap baca novel fantasi Suamiku bla bla bla bla tu . 


4 comments:

  1. hahahha terhibur sungguh ina baca entry ni. btw kita ni sebaya zakie! good luck for your spm next year. wish you the best of luck :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terima kasih dan harap dapat la sedikit sebanyak input dari entry ni . wish you gud luck for next year :D

      Delete
  2. Add math spm 2016 susah..bkn nk takutkan tapi better bagi paham leklok dlm klas..ssnan pon dah tukar

    ReplyDelete