Monday 29 June 2015

Lazada Ni Mengada Ngada

Assalamualaikum 

hohoho , kemain lama tak update blog ye . Ekceli harini takda mood nak update karya tapi harini nak ceghita pasal jenama gedung beli belah terbesar di Malaysia . Jadi sapa yang tak kenal dengan gedung beli belah terbesar di Malaysia ni Lazada kan? Hampir setiap hari aku akan menjenguk atau window shopping dekat Lazada ni , tapi window shoppping menengok depan skrin laptop jelah. 

Lazada ni mengada-ngada sangat suka buat sale dekat gadjet , lepastu ada orang share pulak tu ! mana la tak terleleh tiga lapisan air liur aku ni masa-masa bulan ramadhon ni.

Hari-hari bukak Lazada sebenarnya mana tau ada sale dekat smarthphone ke ? dekat gopro ke ? dekat baju jubah ke atau mana-manalah . Ekceli jugak sempena raya ni Lazada buat SALE gila-gila kamahen kau . Jadi dah terbisasalah bagi aku untuk letak wishlist barang-barang yang berkenan , tapi lepastu nangis tepi bucu meja jelah . haha . 

Nak dapatnye mak cakap , belajar sungguh-sungguh lepastu masuk universiti dan kemudian kerja helok-helok dapat gaji besar hantar mak ayah pergi umrah lepastuh barulah boleh shopping kat Lazada ni . Masa tu Britney Spears pun dah takda agaknya *takda kena-mengena*.


1. Nikon D3300 24.2MP Black

Ni ha Nikon D3300 . Nak jadi photog tu taklah kot , tapi teringin bebenor nak memiliki sebuah kamera digital yang megapixel dia lebih dari 5mp . Kalau dapat ni gambar doodle lepas ni cantik-cantik la . Klik la oi sini kalau nak craving nikon bersama saya



2. GoPro HERO4 Black Edition Camera 

Ha ni pun sama jugak , Walaupun dah bersepah kat pasaran luar jenama lain action cam ni . Saya masih setia menunggu GoPro ni datang jumpa saya *haha* wellknown GoPro ni kan wide lens so setahu sayalah wide lens ada effect buat kita kurus . Betul ke tak jangan tanya hahaha. Lelagi nak raya ni kan , mestilah nak selfie pepuas dengan sepupu sepapat sepopot semua .  Kalau tekan link ni nescaya korang akan terbatal puasa sebab meleleh air liuq tengok GoPro ni



3. BINQAREEM Af Thobe Grey

Takyah nak bergetar tulang rusuk sangat ei perempuan di luar sana tu . Ni nak tunjuk jubah Binqareem ni . Lawo betul dia punya design dengan material dia . Nowdays raya macam semua orang dah beralih kepada jubah instead of baju melayu hipster semua tu kan? Yelah pakai jubah ni , pergi beraya semata-semata nak melantak pun takpe ,  tak macam baju melayu , ada pulak yang kena bukak kancing seluar sebab dah ketat sangat. haha . Hampa nak tengok detail kat jubah ni klik link ni

---------------------------------------------------


Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 


Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :




Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 






------------------------------------------------------------------

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST  



1 comment:

  1. bestnye klu dpt kamera tu kan, tp bile tgk harganya tension plak rasa

    ReplyDelete