Thursday 11 July 2013

Cerita digi wwwow awards 2013

Assalamualaikum

Hai , dah 2 hari puasa , korang okay ke lagi ? . So harini aku nak ceritakan pengalaman yang takkan pernah aku lupakan iaitu pergi ke majlis digi wwwow awards!! excited tak ? . Jadi meh aku kenalkan orang yang berdamping dengan aku pada haritu .

klik kalau rabun .


Jadi orang yang mendampingi aku semasa digi wwwo awards ialah sudah semestinya mak ayah aku , adik aku , mak sedara , 2 orang kakak sedara . Haa meriah satu kampung aku buat starbucks tu . Untuk pengetahuan korang , tahun ni digi wwwow awards diadakan lain macam daripada yang dulu dimana sebanyak 5 starbuck di KL tu dijadikan tempat penyampaian hadiah dan di HQ mereka sebagai main stage , jadi mereka saling berhubung menggunakan google hangout tak silap . Bagi hadiah kateogori aku telah disampaikan di starbucks bukit bintang . Nasib baik la kakak sedara aku yang duduk KL ni tau mana tempat dia .


nampak tak muka aku yang berseri-seri tu..ekeke




Kiteorang decide untuk naik LRT untuk kesana , dan sampai dalam pukul 1.00 macam tu . Time tu belum ramai orang lagi , dan orang yang aku jumpa pertama sekali ialah Iman Syippo . Seriusly aku memang minat dengan vlog dia , dan dia ni peramah tau . 

sorry , doodle aku pun nak interframe gambar ni :p

Jadi event tu start dalam pukul 1.40 macam tu , bermulalah sesi penyampaian hadiah , dan bila time kateogori aku ....

The winner goes to........


Yang pasti bukan aku , aku kalah tahun ni . Tapi sebenarnya aku taklah sesedih nak telan ais batu . Cuma agak terkilan sedikit , tapi takpa yang penting tu pengalaman . Bukan semua yang boleh dapat pengalaman macam ni , jadi bila dah dapat ,kita kenalah hargai sebaik mungkin . Dan kat bawah ni gambar sekitar majlis berlaku .


yang hujung tu pemenang bagi kateogori aku .

sumber gambar dan aku . 

So , itulah yang dapat aku ceritakan , kang kalau cerita lebih-lebih korang cakap over plak , menang pun tak . Tapi takpa segala yang berlaku pasti ada hikmahnya , dan tahniah kepada semua pemenang .

      
  • Blogger Of The Year 
- IRINE NADIA
  • Shorty Blogger of The Year 
- JUSTIN TAN WEI JIN

  • Fave Entertainment Blog 
- MOHD IDRIS (kakigosip.com)

  • Fave Tech Head 
- ARIF ISHAK (mrpiratz.com)

  • Online Shop of The Year 
- ARTHUR LOH DIEN LUN

  • Fave Video of The Year 
- MAT LUTFI

  • Most Inspiring Internet For Good Award 
- HEIDY QUAH

  • Top Online Over-Achiever Under 16
 - RUTH KEZIA HOPE a/p MUTHU

  • App of The Year 
- AMOK (The Villain Heroes)

  • Photostory of The Year
 - RONAN TAN

  • Breakthrough Youtube Star
 - AMRITA SOON

  • Social Media Gathering of The Year 
- CYRIL

  • Fave Makan Makan Expert 
- TEO CHEE SENG

  • People’s Choice Award 
- MYHAZMAN.COM

  • Best of the Best 
- MAT LUTFI

So tahniah kepada pemenang , dan kalau ada rezeki lagi tahun depan , kita cuba lagi . Oii dah nak dekat berbuka ni . Assalamualaikum .

20 comments:

  1. ceria muka adik zaki. hehe. tak pa, rezeki ada dimana2. inshaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. budak lagi ko ni ye..ingatkan dah geng bapak2..ok la tu dik..pengalaman..tahun depan masuk lagi ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. choii ar abang nie..kateogori under 16 kot...takkan geng bapakx2....nie geng muda mudi

      Delete
  3. seronoklah awak dpt pergi event ni kan..kita xdijemput pun..huhu..

    ReplyDelete
  4. tak apa zakie...next year zakie punya turn lak...next year akak undi banyak2! chaiyook! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ma kasih kak....tahu depan..kita vote habis-habisan!

      Delete
  5. xppa tahniah sbb dpt top 5 pun susah oooo

    ReplyDelete
  6. fuuuu~ Mat Lutfi 2kali menang.. dah macam Rosyam Nor plak. ehehehe. tahniah zaki, pgalaman ni tak semua org dpt.

    ReplyDelete
  7. xpe . next time boleh cuba lagi . mana la tawu ada rezeki nak menang nanti :)

    ReplyDelete
  8. tahniah zaki apa2 pun zaki dah bt tbaik..inshaallah ade pluang lg next time.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boi tu kak...saye dah buat yang terbaik..kalau tahun dpn ade rezeki..join lagii

      Delete
  9. Zaki usha la blog pemenang tu..tgk2 content dia..awat dia menang..so tahun depan improve..insyallah ade rezeki lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah usha...dan dah buat strategi yang baik untuk tahun depan..jeng..jeng

      Delete