Wednesday, 8 August 2012

Pertengahan رمضان


Asslamualaikum semua . Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan ramadan . Korang jangan plak ingat raya jer dah pertengahan ramadan nie. Bagaimana semua sudah maklum pada 10 malam terakhir , akan adanya malam ليلة القدر . Hari ini zakie nak bagii petua untukmencari malam Lailatul Qadar ini.

  1. Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.
  2. Isnin - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.
  3. Selasa atau Jumaat - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.
  4. Khamis - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.
  5. Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.

Sekarang zakie nak bagi tanda-tanda hadirnya malam Lailatul Qadar .

  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Sama-samalah kita mencari malam Lailatul Qadar ini . Ganjaran yang akan diberi adalah  pahala sebanyak 1000 bulan sama dengan kita melakukan ibadat sebanyak 83 tahun .


No comments:

Post a Comment