Friday, 27 September 2013

Doodle project 2nd : Doodle on frame

Assalamualaikum


Salam jumaat dan apa khabar? sihat ke wahai pembaca blog ku yang setia....

Ni semua pasal bila aku tengok event doodle for unity yang selangor fm dan universiti malaya buat baru-baru ni dimana sapa-sapa sahaja boleh hantar artwork dengan tema yang disediakan . *sila baca dengan nada sedih* Tapi...aku tak berkesempata nak join event ni , semasa page selangor fm update semua artwork ...semua artwork mereka frame-kan...huhuhu


Jadi dari sini aku dapat idea untuk frame-kan artwork aku ^_^ Kos untuk buat frame murah je , DIY dengan barang yag ada je . Aku hanya memakai mouting board , pisau , double tape...itu sahaja . Untuk pengetahuan korang , doodle yang aku framekan ni adalah artwork aku yang paling terbaru . 

layan teaser dulu

Sangat-sangat murah dan low cost . Kalau aku melukis aku pakai sketch book yang boleh dipisahkan dari 
kulitnya , dan aku cuma laminated artwork tu dan frame-kan . Maka terjadilah "doodle on frame"





haa , bawah frame tu aku letak copyright aku




Dan untuk masa sekarang ni , frame doodle ni ada di dinding ruang tamu rumah aku . Jadi silalah komen dan beri pendapat tentang projek doodle aku yang kedua ni , dan akan ada banyak lagi projek doodle menyusul kemudian . 

Assalamualaikum


Wednesday, 25 September 2013

Easy Peasy Giveaway by FD


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.

Tamat 13 Oct 13, 10 malam

Thursday, 19 September 2013

Doodle project 1st : Doodle on mug

Assalamualaikum


Niat ku memang lama sudah ku pendam , tapi kali ini baru aku dapat tunaikan.... *baca dalam nada yang penuh perasaan*

Sebagaimana yag semua tahu , memang selama ini ku idam-idamkan untuk men-doodle atas material atau benda yang selain daripada sketch book , dan kali ini aku memilih untuk men-doodle atas plain mug . Dengan kos yang rendah aku boleh buat mug yang secantik neelofa..eh? Harga mug yang aku dapati di tempat aku ialah RM 2.50 sebiji mug .



Artline yang aku guna ialah artline jenama faber castle yang sangat-sangat mahal okay . Nak tau harga ? pi
google . Dan cara -cara melukis atau mug ni sangatlah senang kacang lodeh . Pertama sekali korang lukis ikut sedap hati jiwa lara .. kemudian korang bakar dalam oven dengan suhu 360 masa 30 minit . 

Peringatan , jangan gelabah atau terkejut kalau oven korang berasap masa bakar mug ni , Cuma kalau berasap sangat tu cuba turunkan suhu atau cepatkan masa . Tujuan kita bakar untuk kekalkan artline tu , tapi aku ragu-ragu untuk memakainya takut-takut hilang lukisan tu nanti . 



Jadi telah selesai projek 1st doodle on mug  , dan ishaALLAH akan disusuli dengan projek doodle yang lain. Kalau hati berkenan nak buat tu , jangan ditahan-tahan macam aku ni , ataupun ada nak tanya apa-apa PM je kat fanpage . 




P/S : yeay esok dah cuti maka bermulah aku untuk menyiapkan tempahan