Assalamuaalaikum
Yeay harini hari Isnin dan esok selasa dimana masih bersekolah T_T
Ni sebenarnya cerita 31 ogos haritu , 2 orang kakak sepupu aku berkahwin . Orang sibuk sambut merdeka aku sibuk buat candy buffet untuk dieorang . Masa bincang-bincang time sebelum majlis , kakak sepupu aku ada cakap pasal candy buffet yang menarik perhatian aku . Zaman sekarang candy buffet telah menjadi trend untuk sesebuah perkahwinan .
Sehari sebelum majlis berlansung , aku telah ditugaskan untuk mereka , menghias candy buffet yang akan dibuat . Aku dah design dahulu macam mana rupa candy buffet tu . Tema warna biru + kuning . Maka terhasillah sebuah candy buffet yang comei + oshem + comei tak kakton .
pandangan hadapan
syurga coklat
Kos untuk buat candy buffet ni taklah semahal mana , tapi mahallah jugak . Bekas-bekas tu bersepah kat ikea ade , kedai tupperware pun banyak , nasihat aku beli yang plastik jangan beli yang kaca , takut budak bertolak-tolak ambil coklat nanti . Coklat , jajan semua tu , kat kedai pemborong coklat ada , yang jual coklat banyak-banyak tu . Satu tips aku nak bagi kat hampa..meh telinga tu...
JANGAN SEDIAKAN PINGGAN ATAU MANGKUK ATAU BENDA YANG BOLEH MENGISI MAKANAN DIDALAMNYA .
Ini kerana , kita nak elakkan pembaziran , kalau perhatikan budak-budak ni , kalau ada pinggan or mangkuk tu , satu jenis coklat tu seggengam tangan dia ambik habaq hang . Bila dah kenyang buang . Even korang still nak letak pinggan mangkuk jugak , incharge seseorang untuk jaga candy buffet tu .
Aku harap ini dapat membantu korang sedikit sebanyak bagi yang nak buat candy buffet ni .
Assalamualaikum