Friday, 14 June 2013

Aku ditipu oleh sponsor

Assalamualaikum

Hai korang , harini aku ada berita sedih dimana Mini Ga aku mungkin dibatalkan . Pertama sekali baca INI untuk fahamkan cerita .

Pertama sekali , sponsor mini GA aku hanya sorang abang ni dan aku . Dalam mesej di FB abang tu nak sponsor RM 100 x2 dan perfume 5x . 

time first time chat dengan aku



Lepas tu , aku tanya apa syarat yang abang nak ? dia jawab ...

time ni aku okay je


Kemudian, aku rasa tak adil kalau aku tak letak syarat sebab , dia menggunakan blog aku sebagai GA yang die nak sponsor , so aku pun letak syarat vote aku dalam digi awards .

nampak tak ?



Pada awal dia risau , takde peserta kalau aku letak syarat vote tu , kemudian aku yakinkan dia , dan dia balas 'OH OK' pada pendapat korang , mesti korang ingat dan setuju kan ? tengok ni plak



Gambar di atas , dimana aku tunjukkan entry mini GA aku tu , dan dalam entry tu dah ada syarat vote aku dalam digi awards tu . Selepas tu , aku tak expect apa-apa pon . Jadi mini GA aku semakin mendapat sambutan dan vote digi aku pun semakin meningkat . Pastu blogger emas putih tanya aku..betul ke dia tu serius nak sponsor RM 100 untuk x2 , jadi aku tanya balik pada abang tu . 


Dia bagitau dia serius . Jadi aku pun buat OKAY je la . Semalam dia bagi message kat fb aku berbunyi macam ni

korang baca message bewah sekali tu

HAH!! secara tiba-tiba dia marah dan batalakan penajaan , Aku cuma tertanya kenapa dia marah aku letak syarat vote digi tu , sedangkan dia dah bagitau oke je letak , even takde peserta pun yang merungut dengan syarat tu . Lepas tu aku nak kepastian , aku tanya balik abang tu .

masa ni bilangan peserta dah nak mencecah 100 orang


Masa ni aku sangat terkejut sebab nak dibatalkan sponsor , dah la peserta semakin ramai . Aku pun tanya kenapa nak batalkan sponser , die menjawab

untuk pengetahuan korang , dia jugak sponsor GA zuhri .

Kenapa baru sekarang dia nak batalkan , kenapa bukan time peserta sikit ? memang nak malukan aku ek .
Kemudian dia jawab "TERLEPAS PANDANG HARITU"



Itukan jawapan yang paling terbaik dia boleh berikan ? ha !! kemudian bila aku nak balas chat tetibe jadi gini ..

Jadi aku sekali lagi nak minta maaf kepada semua peserta yang join , dan yang dah vote aku dalam digi awards ni . Jika aku tidak mendapat sponsor lain, maka mini GA aku ini terpaksa dibatalkan . Nasihat aku pada sesiapa yang rancang nak buat GA tu , selidik tu para sponsornye , takut kene tipu macam aku :(


P/S : Kepada sesesiapa  yang ingin sponsor hadiah apa-apa sahaja , dan sanggup tiada syarat dikenakan sila PM aku secepat mungkin . di SINI



Sekali lagi maaf kupinta kepada semua .










Saturday, 8 June 2013

knowledge : FOMCA di ambang 40 tahun

Assalamualaikum


Haa , mesti korang tertanya-tanya apa itu FOMCA kan ? Meh aku terangkan sikit pasal FOMCA ni. Fomca ialah Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia , ia telah ditubuhkan pada 10 Jun, 1973 di Alor Star, Kedah , dan yang menariknya FOMCA akan menyambut ulangtahunnya yang ke-40 , macam doodle yang kat atas tu . Untuk masa sekarang , FOMCA mempunyai 15 ahli gabungan di negeri-negeri yang mengfokuskan dalam isu-isu pengguna tau .

Banyak ceritakan aku ? jom tengok objektif FOMCA ni  :

  • Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.

  • Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.

  • Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.

  • Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia


Apa yang menarik lagi pasal sambutan ambang FOMCA ke-40 tahun ni , dieorang ada menyediakan aplikasi telefon pintar .


Dalam aplikasi ni , FOMCA telah memuatkan beberapa aplikasi seperti aduan , berita , kempen , dan penerbitan serta latar belakang FOMCA . Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android serta menggunakan sistem iOS [iphone] . Masa sidang media pelancaran aplikasi percuma ni , Datuk Marimuthu Nadason, presiden FOMCA, Dato’ Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA dan Puan Siti Rahayu Zakaria, Naib Presiden FOMCA. Turut hadir ialah ahli Majlis Tertinggi FOMCA.


Aku sebagai seorang pelajar sangat berminat kempen yang FOMCA pernah adakan iaitu kempen bulan kewangan berhemat . Dieorang adakan kempen ni pada bulan Oktober 2011 tak silap la . Ruginya aku tak tahu pasal kempen ni dulu . Kalau tak mesti dan berkepuk tabung aku dengan duit hihikhihkhik . Sebagai seorang pelajar yang berhemah aku harus menyimpan untuk membeli barang-barang aktivi doodling aku . Aku harap kempen ni boleh diteruskan lagi . Oh , ini adalah cara aku menabung .



P/S : Haaa korang mesti dapat menimba ilmukan ? dengan entry kali ni . Untuk pengetahuan lanjut sila lawat laman web FOMCA


Monday, 3 June 2013

Mohon budi baik VOTE ZakieAzid ! !

Assalamualaikum

Harini zakie nak minta budi baik korang VOTE zakie dalam DIGI WWWOW AWARDS dalam kateogory TOP ONLINE OVER-ACHIEVER UNDER 16 .


cara-cara nak vote

klik link ni --> VOTE ZAKIEAZID

Login via facebook , Twitter

Tekan VOTE






p/s : Minta tolong sangat dengan korang ..vote zakie setiap hari