Saturday, 12 August 2017

COOLEST COOLBLOG EXPERIENCE : Japanese Matcha Smoothie is BAE

Assalamualaikum



Seperti tajuk yang korang baca , harini aku nak story sikit my experience dengan coolblog sepanjang aku hidup aku dan hubungan istimewa aku dengan Japanese Matcha Smoothies diaorang . Siapa je tak kenal CoolBlog kan? sebut je CoolBlog mesti semua imagine minuman yang dikisar dengan ais kemudian ditambah dengan pelbagai topping . YUMMMM . Air diaorang semua sesedap weh ! Rugi kalau tak rasa . Even aku sendiri dah pernah buat entri tahun 2012 pasal kesedapan minuman CoolBlog ni . Nak baca? klik link bawah :



COOLBLOG IS BAE

Aku tak ingat exactly tarikh CoolBlog launch jenama mereka , tapi apa yang aku , aku memang eksited bila dengar ada jenama minuman baru keluar . Lagi-lagi jenis blended ni . Perisa pertama aku yang menjadi kegemaran bila di CoolBlog ialah Green Apple dengan topping Black Pearl . YASSSS. Green Apple sumpah sedap weh! ditambah lagi dengan pearl ummphhh , kekenyalan pearl tu membuatkan aku rasa nak beli coolblog lagi . Semenjak tu memang setiap kali pergi CoolBlog mesti aku order Green Apple dengan topping Black Pearl . 

Namun tak lama hubungan aku dengan Green Apple :( sebab awal tahun ini CoolBlog keluarkan perisa baru iaitu Japanese Matcha Smoothies . YAASSSSS lagi sekali . Rasa dia menepati dengan selera aku , rasa greentea tu , lemak dia...umpphhh sedap sangat wak . Rasa sejuk je tekak bila air tu turun dari mulut ke tekak * terliur tak korang , haha *CoolBlog ni tahu-tahu je yang aku memang BIG FAN Greentea Matcha . Korang bagilah aku apa-apa makanan yang ada Greentea , semua aku sebat . Serious HAHAHAHAHA . 



Haaa ni apa yang aku dan kakak aku order daripada CoolBlog . Harganya pulak , alahai berpatutan jah oi . Korang boleh dapat secawan minuman CoolBlog dengan harga serendah RM 3.50 sampailah RM 7.50 + . Memang berpatutan beli untuk sejukkan tekak , minum sambil study ke , memang sesuai sangat . Kakak aku pula dapatkan perisa Vanilla Oreo . Yang ni pun sedap level MAIGADDD kena rasa weh . Harga pun murah jugak tau . Selalu kalau order yang ni mesti sold out . Nasib baik harini beli ada :D 

PILIHAN PERASA DAN HARGA MURAH




Ni ha range harga dengan perisa yang ditawarkan di CoolBlog . Cool kan ? Dahla murah , sedap pulak tu . Korang cakap je dekat pekerja tu nak apa.. Smoothies blog , Milk Shake , Youghurt , Ice Blended haaa cakap je semua ada ! Korang jangan ingat CoolBlog ada minuman sejuk je , yang panas pun ada hokey . Cappuccino , Latte , Mocha pun ada . 

Untuk budak-budak pun ada , HAPPY BLOG . Alahai nama , rasa nak ada anak sekarang HAHA . Perisa pun semua yang sweet-sweet untuk budak-budak . Kot-kot anak sedara kau meragam nak tengok Didi and Friends sedangkan kau nak tengok Mr Darling Inspektor Danial , ha kau bagi je CoolBlog . Nescaya senyap mulut budak tu nanti #dahtry #berkesan . 



Saranghae CoolBlog-lah ! Buat masa sekarang kalau orang tanya apa nak cuba kalau ke coolblog , Aku akan recommend Japanese Matcha Smoothies supaya korang pun ada coolest experience dengan coolblog sebab aku dah rasa , korang bila lagi? Tapi bagi yang tak boleh minum , tekak rasa tak sesuai ke jangan risau CoolBlog ada BANYAK seleksi pilihan perisa . Kau jangan minta air sarsi , asam masin je sudah . Garu kepala pekerja tu nanti HAHA . 


FAV BRANCHES

 


Kalau cerita pasal favourite branches , pilihan aku ialah cawangan CoolBlog di dalam Billion Seri Iskandar . Staf-stafnya semua peramah . Proses dari ambil order sehingga siap air tu semuanya smooth dan cool *no pun intended* Lagi-lagi bila aku belajar dekat UiTM ni , setiap kali keluar mesti beli secawan air CoolBlog walaupun kadang-kadang terpaksa beratur panjang sebab ramai orang . * mohon CoolBlog buka banyak lagi cawangan di kawasan Ipoh , Batu Gajah , Seri Iskandar *Bagi yang tak pernah try CoolBlog *ada ke? * korang wajib cuba CoolBlog dan percayalah tak cari yang lain dah .


Ha nah seketul zakie sedang menikmati Japanese Greentea Matcha-nya

Untuk korang yang nak survey *gituh* perisa apa yang ada , outlet terdekat dekat mana , siapa pengasas CoolBlog . Korang boleh ke website CoolBlog sendiri . Tekan link bawah :


Jangan lupa tau grab secawan CoolBlog harini sebab it's worth it!