Tuesday, 25 April 2017

TIPS TEMUDUGA SENI LUKIS DAN SENI REKA UITM [ 2017 ]

Assalamualaikum



Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk sebab dipenuhi dengan beberapa sesi temuduga jadi masa nak menulis takda . Jadi minggu ni baru free sikit dan aku nak ambil peluang nak bagi a few tips dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik spm batch 2017 yang nak ambil kos seni lukis dan seni reka next year sebab sabtu lepas aku telah menghadiri sesi temuduga bagi kos tersebut di UiTM Seri Iskandar.

Little story time masa aku semak yang aku dapat panggilan temuduga ni happy-nya tu hanya Allah sahaja yang tahu . Impian aku hampir tercapai gitu . Alhamdullilah kawan-kawan seperjuangan aku juga dapat temuduga ni . Jadi kami bertiga pergi ke temuduga ni. 

Aku , Noni dan Fadhil


Masa yang dinyatakan pada surat 8:30 . Aku datang dengan ayah sebab mama dengan kakak ada hal pagi tu . Jadi kami pun bertolak dalam pukul 7:20 macam tu . Masa sampai pun pintu dewan belum dibuka lagi. Oh , untuk pengetahuan semua tahun ni sesi temuduga dengan sesi melukis semuanya dilakukan di dewan utama UiTM Seri Iskandar . Jadi jom kita dive in tips-tips yang aku nak bagi berdasarkan pengalaman aku pada hari Sabtu lepas.

||---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------||

Secara umumnya kepada adik-adik yang nak ambil kos ni , korang akan menduduki dua sesi temuduga iaitu sesi pertama ialah ujian melukis dan sesi kedua ialah sesi temuduga dengan lecturer bagi pecahan kos-kos yang terdapat di uitm Seri Iskandar . 

Sebelum korang nak pergi temuduga tu , pastikan baca betul-betul arahan dalam surat panggilan temuduga dan sediakan segala dokumen yang diperlukan . Jangan ada tertinggal atau terlupa bawa sebab masa aku pergi ada calon terlupa bawa dokumen . Alatan melukis pun sila bawa mengikut surat arahan yang disediakan oleh pihak uitm.

SESI UJIAN MELUKIS

Bagi yang berhasrat nak memohon kos ni , make sure korang letak kos ni sebagai pilihan pertama di dalam UPU . Peluang untuk dipanggil temuduga lebih besar daripada yang letak sebagai second or third choice . Selain itu rajin-rajinkanlah diri untuk belajar melukis live action atau kata senangnya korang melukis benda yang korang nampak supaya masa ujian melukis nanti tak kekok atau cemas sebab tak biasa.

Ok , bagi ujian melukis ni korang bascially akan ditempatkan dengan beberapa calon lain di dalam bilik atau macam tahun ni di dalam dewan dan korang akan duduk secara bulatan/petak . Di dalam bulatan tersebut akan terdapat beberapa objek untuk dilukis . Macam tahun ni objek yang diletakkan oleh pihak UiTM Seri Iskandar ialah kerusi banquet yang diletakkan kain di atasnya dan terdapat kotak kosong dibawah kerusi banquet tu.

ha ni adalah kumpulan aku  dan itulah objeknya.


Dalam gambar di atas ada aku *hekhekhek kalau terer cuba cari* Masa yang diberi pula adalah selama 1 jam . I jam tu bagi aku sebenarnya cukup untuk lukis plus dengan shading segala bagai. Masa ni korang memang akan insecure dengan calon sebelah korang sebab yang datang temuduga ni memang yang power-power melukis *termasuk aku hehe* jadi korang fokus je pada lukisan korang , kalau nak tengok-tengok orang sebelah pun sikit-sikit je . Nanti dia akan mentally touture korang dan membuatkan korang rasa lukisan korang buruk etc . Lagi satu jangan gunakan pemadam banyak sangat , memadam akan memakan masa . Jadi berhemah sikit bila melukis tu , jangan silap je memanjang.

Lecturer-lecturer dalam tu pun buat lawak bagi calon-calon tenang dan diaorang juga akan komen sikit-sikit lukisan korang betulkan apa yang salah . Lepas je korang habis sesi melukis , akan datang satu kertas pada korang sebab sekarang tiba masanya pula untuk ujian kreativiti . 

Ujian kreativiti ? Apa tu ?

Ujian kreativiti ni adalah ujian dimana di dalam kertas tu terdapat beberapa siri garisan yang pelbagai dan korang harus mencipta sesuatu melalui garisan-garisan tu . Tak kisah la nak bentukkan dia jadi motor je , pemandangan ke , kartun ke , apa-apa jelah . Nama pun kreativiti kan...

PRE TEMUDUGA

Dalam sesi ni sebenarnya korang akan diberi taklimat oleh lecturer2 bagi setiap program yang terdapat macam grafik , fashion , fine art dan beberapa lagi . Tujuannya adalah untuk selepas selesai ujian kreativiti korang akan diberi sehelai kertas lagi untuk list down 1-9 program yang paling korang berminat sampailah yang korang kurang berminat . Kesemua program dalam fakulti seni lukis dan seni reka ni ada 9 . Nak tau kesemua ? meh aku senaraikan...

-Seni Halus
-Grafik 
- Fashion 
- Fotografi
- Seni Logam Halus
- Seramik
- Tekstil
-Percetakan
-Perindustrian

Untuk lebih lanjut bagi setiap program tu korang boleh google . Jadi korang akan diberi membuat pilihan program mana yang korang paling minat , tapi kalau korang diterima masuk ke fakulti AD ni tak semestinya korang akan dapat program yang korang nak kan tu ya . 

SESI TEMUDUGA

keadan luar dewan . Ayah2 dan ibu hebat menanti anak-anak mereka


Selepas korang selesai ujian melukis dengan ujian kreativiti tibalah pula masa yang paling ditakuti oleh semua calon iaitu sesi temuduga . Tapi sebenarnya korang relax je , jangan tunjuk gelabah tu sebaliknya tunjukkan yang korang nakkan sangat kos ni dekat muka lecturer tu .

PROTIP :

- Sila bawa segala hasil kerja anda di rumah tu , yang jenis doodle ke , abstract ke . Apa jenis segala lukisan bawa untuk impress-kan lecturer . 

- Bagi yang nak mohon untuk macam fashion , photografi , grafik atau fineart sila bawa hasil kerja yang berkaitan dengan program yang korang nak . Peluang untuk korang dapat program tu lebih besar , kira harapan cerah la . 

- Yang buat kurus seni sila bawa folio korang dan juga hasil kerja akhir korang . 

Ok , selesai protip meh sambung balik . Bagi tahun ni memandang calon yang nak ditemuduganya ramai jadi sesi temuduga pun dibuat di dalam dewan yang sama . Terdapat lebih kurang 30 panel tak silap untuk menemuduga calon . Setiap panel ada lebih kurang 2 orang penemuduga . Aku dapat panel ke 6 manakala kawan aku dua orang tu dapat panel yang sama , panel 4 * tak aci >_< * Make sure sebelum korang ke panel penemuduga , korang dah keluarkan segala dokumen yang diperlukan nak bagi pada penemuduga , jangan kang dah sampai ke panel baru terhegeh-hegeh bukak beg nak ambil dokumen . 

Sampai-sampai pada panel , aku dapat penemuduga perempuan . Manis je mukanya . Bagi salam sebelum duduk ya adik-adik . Adab tu harus ada . Kalau diaorang tak suruh duduk jangan duduk lagi atapun minta untuk duduk . Jangan main duduk je . Maka bermulalah sesi temuduga . Di bawah ni aku senaraikan beberapa soalan yang ditanya pada aku..

" Ok sila perkenalkan diri awak "
"Ada bawak karya-karya ? boleh saya tengok "
" Apa yang awak tahu tentang grafik ? boleh terangkan "
" Skop kerja grafik kan banyak , kalau awak , awak nak pilih yang mana ? "

Lebih kurang macam tu soalan yang ditanya . Yang lawaknya separuh masa temuduga tu tetibe dia cakap saya ni sepatutnya interview awak dalam bahasa inggeris sebab kat sini belajar dalam kelas , exam semua dalam bahasa inggeris . Maka separuh lagi masa tu dia soal aku dalam bahasa inggeris dan aku pun jawab dalam bahasa inggeris . So , make sure english korang power tau . Jangan pula cemas , tergagap-gagap bila dia soal dalam bahasa inggeris . Buat cool je . 

Habis je sesi temuduga penemuduga akan buat ujian buta warna pula . Senang je , cuma kena fokus jangan memainkan pulak . Benda senang patut boleh jawab korang tak boleh jawab pula . Lepas selesai ujian buta warna , kalau penemuduga dah suruh pergi , korang kemas balik karya-karya korang tu , kalau boleh salam , sila salam dan beransur pergi . Jangan lupa ucap terima kasih Puan/Tuan .

Di bawah ini akan aku letak update kalau aku dapat kos ini , dan kalau aku tak dapat pun aku seronok sebab dapat kongsi pengalaman aku dengan orang lain dan aku harap apa yang aku kongsi ni memberi faedah kepada yang mencari maklumat pasal kos ni.

Kalau adik-adik atau sesiapa nak tanya lebih lanjut pasal proses temuduga ni boleh la DM aku di Instagram @zachieazid . Bye , Assalamualaikum

----------------------- || UPDATE || ------------------------

Alhamdullilah , aku terpilih untuk program Grafik dalam kos Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Seri Iskandar

---------------------------------------------------------------




Saturday, 8 April 2017

ZAKIE'S RANT : RADIO KEGEMARAN SIAPA?

Assalamualaikum



Selamat petang semua , Sebenarnya lama dah aku nak kongsi ni dengan korang semua *ada yang baca ke* pasal radio . Nampak macam subjektif bukan? tapi kalau kita "dive into it " lagi kita akan jumpa banyak benda-benda pelik , benda unik , annoying pasal sesuatu radio . Aku rasa maybe bagus kita mulakan dengan radio kegemaran mak ayah aku . So since depa lahir dulu daripada aku obviuosly taste muzik diaorang sangatlah lain dengan aku . 


Parent : Old song - Melayu song - 60s - 90s - mengamit memori - 
Aku : Current pop song - EDM - English song - Rap *lil bit* -


See ? Memang aku dengan parent aku tak sehaluan bila pasal radio dan taste muzik haha . So mama dan ayah punya favourite radio ialah radio negeri . Radio negeri ? apa tu ? kan setiap negeri ada radio masing-masing jadi radio favourite diaorang ialah radio Perak FM . 


Ok , how do I start this . Macam ni , bila kemana-mana dengan parent aku especially berjalan jauh memang aku terseksa jiwa raga *over exaggrated * sebab radio akan dikawal sepenuhnya oleh pemandu kereta dan di dalam situasi ini pemandu kereta adalah ayah aku . Jadi apa lagi memang sepanjang perjanlanan tu radio perak FM lah yang dibukanya ataupun kalau bosan mesti tukar kepada Klasik FM . Which is also not  my type . Sebenarnya bukanlah aku annoy dengan lagu-lagu yang diputarkan sebab hati aku still terbuka juga lah nak terima lagu lama cuma the whole radio thing dekat perak FM ni tak kena dengan selera aku . Diaorang punya team make the radio sounds really old . Dari bunyi-bunyi-an , nama segmen , macam-macam lagilah . Macam kau duduk zaman jefri din , rafeah buang  tengah popular meletop-letop gitu . First of all mana ada dah DJ bercakap  tengah-tengah lagu sedang main kan ? Jangan risau Perak FM still do it . I just can't . Sebab itu lah earphone sentiasa bersama aku dan juga playlist aku dalam JOOX . 

Second things that bugged me were adanya " Segmen bersama ........ " . Pertama sekali aku faham since diaorang radio kerajaan jadi dana untuk radio  tak banyak dikeluarkan . Jadi terpaksalah diaorang buka slot " Segmen bersama PENAJA " Segala produk daripada produk kesihatan , katil , nak cantik , nak kurus , produk kosmetik , jus-jus apa ntah semuanya masuk dalam segmen bersama tu . Annoying dia tu tak payah cakap la , macam aku cakap dengan radio tu..

|| Aku nak dengar lagu lah , dah kenapa ada jual produk pulak dalam radio ni . SMH ||


Lagi sekalilah ear bud dimasukkan ke dalam lubang telinga dan lagu dari JOOX dimainkan . Haha . Itu baru segmen - segmen tau belum lagi iklan-iklan pasal produk , servie yang macam old school punya style . Tapi dalam menyampah aku dengan radio Perak FM ni ada juga baiknya iaitu Segmen Ceramah . Dah berhibur-hibur tu tak ha kau tarbiah sikit diri kau tu * macamtohh* Selalunya slot ceramah dalam pukul 2 dan pukul 6 petang . Bagusnya sebab dekat radio lain macam era FM atau hot FM tak dapatnya kau nak dengar ceramah pasal maulidur rasul contohnya tetibe kau dalam kereta . Haha 

Okay move next to antara radio kegemaran rakyat Malaysia iaitu radio Hot FM . Takda banyak pun aku nak komen pasal Hot FM sebab aku bolehlah layan jugak radio ni . Kengkadang kalau radio favourite aku lagu dah bosan sangat aku tukar kepada Hot FM . 




Lagu-lagu yang dimainkan pula okaylah . Takda yang overplayed SEPUPOH JUTA kali sehari . Overall aku suka radio Hot FM . Adik beradik aku terutamanya kakak kembar aku memang suka radio ni . Segmen  favourite aku dalam Hot FM ialah segmen petang bersama Jejaka D.I.A ( Deen , Isei dan Ammar) . Segmen yang menarik dan bolehlah korang dengar kalau terkandas dalam jam lepas balik kerja tu kan . Selepas Hot FM , next aku akan share pendapat aku terhadap Era FM . Radio favourite aku dulu . 




Semenjak tahun lepas lagi aku perasanlah * from my POV * era FM dah macam kurang seri / Aura yang aku rasa dulu-dulu . Terutama dalam segmen JOHARA . Dulu that's the most enjoyable segmen kot bila aku dengar Era FM . Tapi sekarang tak lagi sebab dj-dj nya tends to over exaggrate apa yang diaorang bualkan dengan gelak yang terbahak-bahak dan kuat gila . Sometimes they're even laugh at their joke macam lawak gila sedangkan takda benda yang lawak pun . That's triggered me dan buat aku terfikir diaorang ni sengaja buat macam ni atau tak sedar . Dan benda ni bukannya aku je perasan , kalau korang pergi page Era FM memang sentiasa ada je komen-komen dari pendengar macam dj ni syok sendiri kinda thing . Korang pun rasa macam tu ke ? *komen kat bawah*

Segmen-segmen lain pun dah macam kurang seri . Aku sebenarnya rindu masa ira mohd amin , adi , zahid jadi dj Era FM . They're more authentic and natural . Segmen yang aku enjoy pun Carta 40 Era dengan Nabil setiap hari sabtu .




 

Now it's time for my favourite radio FLY FM !! Korang pernah dengar tak Fly FM ? salah satu radio di bawah kelolaan Media Prima macam Hot FM . Sebenarnya baru juga aku (mula tahun lepas) dengar Fly FM ni . Semuanya inisiatif untuk memperbaiki english aku dari segi grammar , dan fluently-nya aku dalam bercakap bahasa inggeris . Even kalau dalam youtube , memang penuh video yang bahasanya inggeris sebab aku layan ramai youtubers berbahasa inggeris . Nak tengok siapa yang aku layan? klik bawah ni


Seleksi lagu yang diputarkan pun menarik . Kepada sesiapa yang memang niat nak improve english dia aku memang recommend untuk dengar Fly FM lagi-lagi segmen pagi diaorang bersama Hafiz dan Guiboo . Lagi authentic dan real daripada JOHARA pagi era nun . Cuma kengkadang Fly FM ni selalu over played lagu sampai sehari tu kau boleh dengar lagu yang sama dalam 4 - 5 kali . Antara lagu-lagu yang over played sekarang ni Bruno Mars - 24K Magic dengan The Weeknnd - Starboy . Bila dah lagu sama je dimainkan aku pun sumbatlah ear bud aku dan dengar playlist aku dalam JOOX . 


Korang jangan salah sangka pulak kata ni entry sponsor oleh JOOX eh . Aku memang suka JOOX sebab bila nak dengar lagu selain daripada youtube , JOOX ialah tempatnya juga nak stream lagu . Rasanya itu je kot rant aku malam ni . Oh lupa nak bagitahu segala komen aku terhadap radio-radio di atas adalah pendapat aku semata-mata sebagai pendengar . Janganlah pulak ada yang offended dengan komen yang aku berikan ye .

Assalamualaikum n bye peeps !