Assalamualaikum
Selamat petang semua! *ada ke orang baca? ehek* btw hari ini aku nak blog tour . Ala-ala room tour yang ramai orang buat dalam youtube tu . As you can see blog aku dah bertukar wajah setelah hampir setahun tidak ditukar sebab aku nak menghadapi SPM.
|| Btw nak baca pengalaman SPM aku tahun ni yang banyak drama klik SINI ||
Ok sambung , untuk kali ni punya makeover*gitchuuu* aku pilih untuk jadikan blog aku lebih minimal dan ada aesthetic vibe . Jadi aku pilih tema marble . Bagi yang tak tahu , marble theme memang sangat IN untuk tahun 2016 . Even dekat youtube pun banyak gila tutorial/room tour untuk jadikan bilik/barang korang marble. Memang rambang mata tengok weh! Korang search je . Tapi sebenarnya tak banyak pun elemen marble yang aku masukkan lagi , buat masa sekarang hanya header dengan top button sahaja yang aku marble-kan.
Untuk header bagi yang perasan lah , seminggu dua ni aku kerap tukar header nak tengok mana yang berkenan dihati . Aku cuba tema galaxy , plain colour tapi bila cuba tema marble ni , dia dah berjaya menawan hati aku <3 , dan yup aku edit header aku menggunakan photoscape . I'm really happy dengan header sekarang sebab dari 2011 sampailah 2016 ni aku dapat tengok kematangan header aku tahun demi tahun.
Semakin meningkat tahun semakin simple header aku . Tak macam dulu , header kemain fancy , dah macam pokok krismas weh , hiasan kiri kanan , atas bawah . Memang cringing kalau ingat balik. Tapi itu lah masa mematangkan kita.
|| fun fact : aku pernah letak stokin sebagai main objek dalam header aku . dan tajuk header aku masa tu "Stokin Zakie 11" *i know its soo dumb -_-' ||
Move on to benda-benda basic macam Date , Post tittle , dan sidebar . Macam untuk yang lepas aku guna warna biru sebagai warna rasmi blog aku tapi untuk kali ni aku pilih BnW . Yup , black and white . Tapi ni mungkin korang tak perasan aku gunakan banyak shade of black supaya tak nampak boring kepada si pembaca dan si pemilik blog yang update blog 60 tahun sekali . haha .
Aku juga nak bagi penghargaan kepada blog Lyssa Secret dan blog Mira Rasidi sebab dengan blog-blog diaoranglah aku boleh edit blog ni . Blog Lyssa Secret memang aku guna dari awal-awal aku mula berblog dulu . Banyak tutorial yang disediakan untuk korang kemaskan blog atau semak-kan blog . Pandai-pandai buat pilihan bila nak mengedit blog . Janganlah terlalu fancy , crowded bila mengedit blog sebab pembaca tak suka *believe me , aku dah rasainya*
Sedikit pembaharuan aku buat dimana aku letak blogger info . Sebelum ni tiada so why not kenalkan diri aku sikit pada korang kan? Tak banyak pun sebenarnya yang aku ubah untuk sidebar ni aku hanya tambah border dan tukar font sidebar. Tadi aku ada mention Top button kan? ini lah bendanya..
korang tak perasan? cuba usha sebelah kanan blog aku ni 👀
Kalau korang scroll blog aku sampai bawah mungkin korang akan perasan aku dah tukar footer aku .
Sekian itu sahaja blog tour kali ini . Oh untuk pengetahun korang yang baru nak catching up dengan blog aku , aku juga ada tulis beberapa entry dalam bahasa inggeris demi nak mempertingkatkan grammar skills aku yang aku berterabur macam iman korang tu ha bila duk tweet pasal abang cendol kat ipoh ni EH . hahaha.
Assalamualaikum n bye peeps!