Tuesday, 22 December 2015

Lesen Oh Lesen!

Assalamualaikum





Hai semua dan selamat pagi hari rabu . Common things bila korang berada di tingkatan 4 ni adalah...

"Weh bila nak ambil lesen motor?"
"Ambil dengan aku nak tak?"
Eh ujian komputer lulus tak?"
"Macam mana JPJ? lulus ke tak?"


Tapi yang fokus sebenarnya adalah AMBIL LESEN MOTOSIKAL . Serius aku bagitau , sepanjang sekolah tahun ni kawan sekelas , kelas sebelah semua dok cerita pasal lesen , lesen , lesen  , lesen sampai naik muak aku dengar . Jadi masa dekat-dekat nak habis sekolah tu mama bagitau suruh ambil lesen sebab senang tahun depan naik motor je pegi sekolah plus aku ni seorang yang busy di sekolah *gitu* jadi aku pun pergilah daftar di driving school dekat pekan batu gajah ni dan kebetulan ada program Mylesen which is depa buat promosi untuk mengambil lesen motosikal iaitu dari harga asal RM399 jadi kepada RM299 sahaja.


Aku pun tak kisah la Mylesen ke apa ke asalkan lesen tu nanti dapat supaya aku ni halal membawa motosikal di jalan raya. Sejurus selepas dengar ceramah , pihak driving school tu suruh kami peserta Mylesen ni pilih tarikh untuk ujian komputer jadi tarikh yang aku pilih lebih kurang 2 minggu sebelum sekolah habis . Jadi nak cerita pasal ambil ujian komputer ni , seminggu sebelum aku ambil ujian komputer tu aku buat latihan guna simulasi ujian komputer yang korang boleh download kat internet ni *google je* so aku memang buat latihan dalam tu sampai muntah dan akhirnya aku lulus ujian komputer dengan markah 45/50 .


Selepas lulus ujian komputer tu , korang kena bawa gambar ukuran lesen dengan slip keputusan yang korang lulus tu kepada JPJ boleh kepada driving school tu pun boleh . Aku hantar kepasa driving school jadi dapat lesen L tu lambat sikit , masa nak mula belajar baru depa bagi lesen L aku. Sepanjang tempoh korang pegang lesen L ni korang hanya boleh bawak motosikal seorang diri je lah , tak boleh bawa penumpang , kalau kena tahan dengan JPJ nasib la kau , kenyit la mata nanti kat pakcik JPJ tu nanti , haha .


 yeay dah ada lesen L !!



Ok , sekarang masuk bab nak test dengan JPJ untuk dapatkan lesen P....


Jadi untuk pengetahuan semua , ada 2 bahagian yang akan diuji iaitu KPP 02 dan KPP 03 . Untuk KPP 02 ada 5 instrumen antaranya ialah meniti , kon , brek kecemasan , pusingan lapan , dan selekoh tajam manakala untuk KPP 03 pula dia macam praktikal di jalan raya contohnya bagi signal untuk membelok , berhenti kat traffic light , macam tu lah lebih kurang .

Hari Isnin bertarikh 21/12/2015 adalah tarikh aku ambil test JPJ . Sehari sebelum test lagi aku dah start cuak dan cara aku menghilangkan cuak tu adalah tengok video-video tutorial ujian JPJ kat dalam youtube dan tanya kawan-kawan aku yang dah lulus ujian JPJ . Tapi alhamdullilah la tidur malam tu still lagi lena cuma bila bangun hati dah tak keruan . Pagi tu mama dengan ayah yang hantar aku ke driving school dan diaorang pun tunggu aku sampai aku habis test.


Prosedur pertama adalah pergi daftar kat pejabat dan ambil no giliran . Jadi no giliran akan ialah 07 manakala kawan aku 06 . Lupa nak bagitau yang aku ada kawan sorang masa test JPJ tu *kawan masa dekat KAA dulu*. Lepas dah daftar diaorang suruh tunggu dalam bilik menunggu untuk tunggu kehadiran pegawai JPJ . Belum lagi pegawai JPJ masuk aku dengar ada orang terjerit-jerit suruh masuk cepat , rupanya pengawai tu yang menjerit suruh calon yang melepak-lepak kat luar supaya masuk. Masuk-masuk je pengawai JPJ tu , tengok muka macam baik nama dia YEOP *yang terpapar pada nametag dia* pangkat dia dengan aku macam pakcik la tapi masa test aku panggil dia tuan. Dia pun mula la menerangkan prosedur yang akan berlaku sepanjang test hari ini. Pegawai Yeop ni dia uruskan untuk test KPP 02 manakala untuk KPP 03 pulak diuruskan oleh Pegawai A.Suhardi .


Masa nak test dia akan panggil dalam 4 calon sekali gus sebab motor yang digunakan untuk test ada 4 ke 5 macam tu . Tapi sebelum calon-calon yang baru nak test ni pergi , diaorang bagi orang-orang yang nak buat repeat test untuk test dulu . Selepas habis orang yang repeat test tu baru calon-calon yang baru ni mula buat test . Masa calon 01 sampai 04 mula KPP 02 semua lulus sehingga la start calon 05 - 07 mula buat test . Budak 05 ni masa dekat titi terjatuh pulak dia *hati dah cuak ni* lepas tu kawan aku pulak dia pun sama jugak terjatuh dekat titi *bertambah cuak!!* bila sampai masa aku , aku ambil jarak yang jauh sikit dari garisan putih dan Bismillah terus start....


Fuhh alhamdullilah lepas titi tu dengan masa 8 saat sebab syarat dia kena lebih dari 7 saat . Selepas titi tu intrumen seterusnya ialah kon*yang macam orang training bola tu* part ni aku takut sikit sebab entahla macam susah nak balancekan badan nak pusingkan motor tapi alhamdullilah lepas jugak yang ni dan selepas tu ujian untuk brek kecemasan pulak dimana korang kena bawak motor lelaju lepastu brek guna brek kaki dengan brek tangan sekali .  Lepas tu kena buat pusingan 8 *macam roundabout* dan yang terakhir ialah selekoh tajam . Lepas habis je KPP 02 lega bebenor sebab sikit je lagi nak dapat P ni..haha


Untuk yang KPP 03 tu tak ada sangat yang thrillnya cuma bila nak masuk simpang ke apa-apa jangan lupa bagi signal . Kalau tak.. mandatori ataupun gagal . Dan sejurus aku berhentikan motor tanda dah habis sesi KPP 03 Pegawai tu arahkan untuk buka topi keledar dengan jaket keselamatan dan pergi ke tempat depa duduk untuk pantau dan ambil result . Jadi persoalannya adakah aku lulus?


Syukur Alhamdullilah aku lulus! : D


Jadi kepada sesiapa yang nak ambil lesen motosikal ni masa ujian JPJ nanti hati tu bawak bertenang je walaupun korang rasa nak terkeluo jantung tu kan..dan mintalah pada ALLAH sebab kita lulus atau gagal semuanya atas izinNYA.


Assalamulaikum.

Friday, 4 December 2015

Obsesi Buku Mewarna untuk Dewasa

Assalamualaikum


Ha , kemahen tajuk macam tajuk artikel BH  pulak . Malam ni nak cerita la sikit , kalau anda yang baca entry ni perasan , sekarang ni negara kita tengah melanda "Obsesi terhadap Buku Mewarna ". Tapi yang version dewasa punya . Actually aku pun tak pasti kenapa digelar dewasa , mungkin sebab corak/pattern yang ada dalam buku tu bukan kartun tapi dia ala-ala mandala , nature , building dan corak-corak abstrak.


yang ini daripad Johanna Basford . Quite femes akak ni



haaa , yang ini karya daripada Kerby Rosanes , doodler terkenal di seluruh dunia dan boleh kata buku dia ni dah worldwide yang tersangat worldwide *famous*


Yang ini karya anak tempatan kita , abang Rizal Paperbag Head . Korang boleh dapat buku ini melalui FB beliau.

RIZAL PAPERBAG HEAD
Basically apa yang aku boleh kata tentang buku mewarna dewasa ni adalah , lukisan dia adalah TERSANGAT DETAIL ye kawan-kawan , jadi memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mewarnanya tambahan lagi buku dia agak pricey so golongan dewasa ni kan mempunyai sumber kewangan untuk beli buku ni . Tapi ada je yang murah . Ikut selera masing-masing. Oh sebagai bukti yang lukisan buku mewarna ni TERSANGAT DETAIL meh aku bagi contoh yang terang lagi bersuluh


Nah tengok ni , kalau pensil warna korang tak tajam , comot la jawabnye buku mewarna korang . Kalau korang la , agak-agak berapa masa nak ambil siapkan mewarna satu page ni? komen kat bawah . Dan lagi satu , yang aku nampak ada di kedai stationary dekat tempat aku adalah buku Secret Garden daripada Johanna Basford , harga pun dalam RM 3.00 macam tu.


Tapi tak berbeli-beli lagi , keh keh keh


Tapi disebabkan aku ni jenis yang tak berapa gemar benda detail-detail ni , aku decide untuk lukis sendiri ikut citarasa aku dan aku warna sendiri . Maka terhasilah Diy Buku Mewarna ! *tepuk tangan*


Ini yang lama punya dan apa yang mengejutkan ialah aku tak siap lagi warna yang ini T_T

Antara yang siap aku warna adalah salah satu #projekA4 yang aku buat masa ketiadaan sketch book . Tapi , baru-baru ni aku lukis lagi satu Diy buku mewarna dan doakan supaya akan siap diwarna. Haha



ini yang latest dan akan diwarna.

Jadi jumpa next entry la , dan tengok aku berjaya siapkan atau tidak , tapi kalau korang nak tengok update yang lebih cepat boleh follow instagram aku @zakie.azid . Gambar selfie takdalah. Dan insyaALLAH kalau aku rajin *KALAU* aku akan bagi free template yang aku lukis ni untuk korang print dan mewarna sekali . Yeay!