Tuesday, 22 December 2015

Lesen Oh Lesen!

Assalamualaikum





Hai semua dan selamat pagi hari rabu . Common things bila korang berada di tingkatan 4 ni adalah...

"Weh bila nak ambil lesen motor?"
"Ambil dengan aku nak tak?"
Eh ujian komputer lulus tak?"
"Macam mana JPJ? lulus ke tak?"


Tapi yang fokus sebenarnya adalah AMBIL LESEN MOTOSIKAL . Serius aku bagitau , sepanjang sekolah tahun ni kawan sekelas , kelas sebelah semua dok cerita pasal lesen , lesen , lesen  , lesen sampai naik muak aku dengar . Jadi masa dekat-dekat nak habis sekolah tu mama bagitau suruh ambil lesen sebab senang tahun depan naik motor je pegi sekolah plus aku ni seorang yang busy di sekolah *gitu* jadi aku pun pergilah daftar di driving school dekat pekan batu gajah ni dan kebetulan ada program Mylesen which is depa buat promosi untuk mengambil lesen motosikal iaitu dari harga asal RM399 jadi kepada RM299 sahaja.


Aku pun tak kisah la Mylesen ke apa ke asalkan lesen tu nanti dapat supaya aku ni halal membawa motosikal di jalan raya. Sejurus selepas dengar ceramah , pihak driving school tu suruh kami peserta Mylesen ni pilih tarikh untuk ujian komputer jadi tarikh yang aku pilih lebih kurang 2 minggu sebelum sekolah habis . Jadi nak cerita pasal ambil ujian komputer ni , seminggu sebelum aku ambil ujian komputer tu aku buat latihan guna simulasi ujian komputer yang korang boleh download kat internet ni *google je* so aku memang buat latihan dalam tu sampai muntah dan akhirnya aku lulus ujian komputer dengan markah 45/50 .


Selepas lulus ujian komputer tu , korang kena bawa gambar ukuran lesen dengan slip keputusan yang korang lulus tu kepada JPJ boleh kepada driving school tu pun boleh . Aku hantar kepasa driving school jadi dapat lesen L tu lambat sikit , masa nak mula belajar baru depa bagi lesen L aku. Sepanjang tempoh korang pegang lesen L ni korang hanya boleh bawak motosikal seorang diri je lah , tak boleh bawa penumpang , kalau kena tahan dengan JPJ nasib la kau , kenyit la mata nanti kat pakcik JPJ tu nanti , haha .


 yeay dah ada lesen L !!



Ok , sekarang masuk bab nak test dengan JPJ untuk dapatkan lesen P....


Jadi untuk pengetahuan semua , ada 2 bahagian yang akan diuji iaitu KPP 02 dan KPP 03 . Untuk KPP 02 ada 5 instrumen antaranya ialah meniti , kon , brek kecemasan , pusingan lapan , dan selekoh tajam manakala untuk KPP 03 pula dia macam praktikal di jalan raya contohnya bagi signal untuk membelok , berhenti kat traffic light , macam tu lah lebih kurang .

Hari Isnin bertarikh 21/12/2015 adalah tarikh aku ambil test JPJ . Sehari sebelum test lagi aku dah start cuak dan cara aku menghilangkan cuak tu adalah tengok video-video tutorial ujian JPJ kat dalam youtube dan tanya kawan-kawan aku yang dah lulus ujian JPJ . Tapi alhamdullilah la tidur malam tu still lagi lena cuma bila bangun hati dah tak keruan . Pagi tu mama dengan ayah yang hantar aku ke driving school dan diaorang pun tunggu aku sampai aku habis test.


Prosedur pertama adalah pergi daftar kat pejabat dan ambil no giliran . Jadi no giliran akan ialah 07 manakala kawan aku 06 . Lupa nak bagitau yang aku ada kawan sorang masa test JPJ tu *kawan masa dekat KAA dulu*. Lepas dah daftar diaorang suruh tunggu dalam bilik menunggu untuk tunggu kehadiran pegawai JPJ . Belum lagi pegawai JPJ masuk aku dengar ada orang terjerit-jerit suruh masuk cepat , rupanya pengawai tu yang menjerit suruh calon yang melepak-lepak kat luar supaya masuk. Masuk-masuk je pengawai JPJ tu , tengok muka macam baik nama dia YEOP *yang terpapar pada nametag dia* pangkat dia dengan aku macam pakcik la tapi masa test aku panggil dia tuan. Dia pun mula la menerangkan prosedur yang akan berlaku sepanjang test hari ini. Pegawai Yeop ni dia uruskan untuk test KPP 02 manakala untuk KPP 03 pulak diuruskan oleh Pegawai A.Suhardi .


Masa nak test dia akan panggil dalam 4 calon sekali gus sebab motor yang digunakan untuk test ada 4 ke 5 macam tu . Tapi sebelum calon-calon yang baru nak test ni pergi , diaorang bagi orang-orang yang nak buat repeat test untuk test dulu . Selepas habis orang yang repeat test tu baru calon-calon yang baru ni mula buat test . Masa calon 01 sampai 04 mula KPP 02 semua lulus sehingga la start calon 05 - 07 mula buat test . Budak 05 ni masa dekat titi terjatuh pulak dia *hati dah cuak ni* lepas tu kawan aku pulak dia pun sama jugak terjatuh dekat titi *bertambah cuak!!* bila sampai masa aku , aku ambil jarak yang jauh sikit dari garisan putih dan Bismillah terus start....


Fuhh alhamdullilah lepas titi tu dengan masa 8 saat sebab syarat dia kena lebih dari 7 saat . Selepas titi tu intrumen seterusnya ialah kon*yang macam orang training bola tu* part ni aku takut sikit sebab entahla macam susah nak balancekan badan nak pusingkan motor tapi alhamdullilah lepas jugak yang ni dan selepas tu ujian untuk brek kecemasan pulak dimana korang kena bawak motor lelaju lepastu brek guna brek kaki dengan brek tangan sekali .  Lepas tu kena buat pusingan 8 *macam roundabout* dan yang terakhir ialah selekoh tajam . Lepas habis je KPP 02 lega bebenor sebab sikit je lagi nak dapat P ni..haha


Untuk yang KPP 03 tu tak ada sangat yang thrillnya cuma bila nak masuk simpang ke apa-apa jangan lupa bagi signal . Kalau tak.. mandatori ataupun gagal . Dan sejurus aku berhentikan motor tanda dah habis sesi KPP 03 Pegawai tu arahkan untuk buka topi keledar dengan jaket keselamatan dan pergi ke tempat depa duduk untuk pantau dan ambil result . Jadi persoalannya adakah aku lulus?


Syukur Alhamdullilah aku lulus! : D


Jadi kepada sesiapa yang nak ambil lesen motosikal ni masa ujian JPJ nanti hati tu bawak bertenang je walaupun korang rasa nak terkeluo jantung tu kan..dan mintalah pada ALLAH sebab kita lulus atau gagal semuanya atas izinNYA.


Assalamulaikum.

Friday, 4 December 2015

Obsesi Buku Mewarna untuk Dewasa

Assalamualaikum


Ha , kemahen tajuk macam tajuk artikel BH  pulak . Malam ni nak cerita la sikit , kalau anda yang baca entry ni perasan , sekarang ni negara kita tengah melanda "Obsesi terhadap Buku Mewarna ". Tapi yang version dewasa punya . Actually aku pun tak pasti kenapa digelar dewasa , mungkin sebab corak/pattern yang ada dalam buku tu bukan kartun tapi dia ala-ala mandala , nature , building dan corak-corak abstrak.


yang ini daripad Johanna Basford . Quite femes akak ni



haaa , yang ini karya daripada Kerby Rosanes , doodler terkenal di seluruh dunia dan boleh kata buku dia ni dah worldwide yang tersangat worldwide *famous*


Yang ini karya anak tempatan kita , abang Rizal Paperbag Head . Korang boleh dapat buku ini melalui FB beliau.

RIZAL PAPERBAG HEAD
Basically apa yang aku boleh kata tentang buku mewarna dewasa ni adalah , lukisan dia adalah TERSANGAT DETAIL ye kawan-kawan , jadi memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mewarnanya tambahan lagi buku dia agak pricey so golongan dewasa ni kan mempunyai sumber kewangan untuk beli buku ni . Tapi ada je yang murah . Ikut selera masing-masing. Oh sebagai bukti yang lukisan buku mewarna ni TERSANGAT DETAIL meh aku bagi contoh yang terang lagi bersuluh


Nah tengok ni , kalau pensil warna korang tak tajam , comot la jawabnye buku mewarna korang . Kalau korang la , agak-agak berapa masa nak ambil siapkan mewarna satu page ni? komen kat bawah . Dan lagi satu , yang aku nampak ada di kedai stationary dekat tempat aku adalah buku Secret Garden daripada Johanna Basford , harga pun dalam RM 3.00 macam tu.


Tapi tak berbeli-beli lagi , keh keh keh


Tapi disebabkan aku ni jenis yang tak berapa gemar benda detail-detail ni , aku decide untuk lukis sendiri ikut citarasa aku dan aku warna sendiri . Maka terhasilah Diy Buku Mewarna ! *tepuk tangan*


Ini yang lama punya dan apa yang mengejutkan ialah aku tak siap lagi warna yang ini T_T

Antara yang siap aku warna adalah salah satu #projekA4 yang aku buat masa ketiadaan sketch book . Tapi , baru-baru ni aku lukis lagi satu Diy buku mewarna dan doakan supaya akan siap diwarna. Haha



ini yang latest dan akan diwarna.

Jadi jumpa next entry la , dan tengok aku berjaya siapkan atau tidak , tapi kalau korang nak tengok update yang lebih cepat boleh follow instagram aku @zakie.azid . Gambar selfie takdalah. Dan insyaALLAH kalau aku rajin *KALAU* aku akan bagi free template yang aku lukis ni untuk korang print dan mewarna sekali . Yeay!



Wednesday, 25 November 2015

"ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik"

Assalamualaikum
nak join klik banner
Hohohoho semangat lak nak buat entry kali ni sebab lama gila aku join giveaway . Reason kerana aku lama tak join sebab bila masuk bab nasib , bertuah ni aku mesti tak bertuah T_T asyik menangis tepi bucu katil je . Tapi disebabkan giveaway kali ni ditentukan pemenangnya oleh Cik Tanah sendiri AKA akak Zyra kita , jadi JOM KITA JOINNNEEE . 

Sebenarnya jauh disudut hati kecil ku ini , banyak sebab sebenarnya aku nak sesangat komik ni , antaranya ialah...


1. Barang FREE beb
Mana nak cari orang pemurah weh dalam dunia ni , pemurah-pemurah 7E pun dia buat promosi barang sengget je *bukan free tau* Lagipun harga komik ni boleh tahan gak costlynye , memandangkan dalam bajet 2016 aku nak beli buku sekolah lagi , alat tulis lagi , barang lukis lagi . Bagus sesangat la bila ada orang pemurah buat giveaway cenggini.

2.Jeles
Sebenarnya aku agak jeles , sebab aku langsung tak tahu bila pembikinan komik ni dibuat ... tau tau orang yang aku kenal macam kak Amna ,  Abam Aujinz , Ankel Joni dah ada karya depa dalam komik ni termasuk la kak zyra jugak . Agak seprises jugak la tapi nak buat camna dah takda rezeki , jadi fikir punya fikir kalau tak dapat karya dalam komik tu , aku dapatkan komik tu pun jadila. 


heshtag sapotlokal 
heshtag katasapot


3.Unik
Kenapa aku kata unik? sebab selalu kita tengok macam komik yang ada watak katak tu*tak mention sebab copyright* pelukis dia sorang je kan..tapi untuk komik RELOADED dengan REVOLUTION ni pelukis dia ada 32 orang!!! aku pun tak tau macam mana la abang noob nak agih payment nanti . eheh . Kalau dah 32 pelukis , korang akan dapat lihat banyak stroke-storke unik , ketebalan stroke , style melukis dan banyak lagi la sebab kalau macam lukisan kak zyra aku boleh cam dengan stroke dia yang ala-ala sambung tak sambung tu , kalau Abam Aujinz lukisan dia ala-ala anime sikit . 





haa ni bukti yang stroke kak zyra macam sambung tak sambung tu . ahaks



4. Nak Sangat
Ini adalah sebab yang terakhir . Aku bukanlah seorang  peminat pembaca buku yang tulisan dia panjang-panjang *novel* tapi kalau komik ni bagi satu jilid pun aku boleh habiskan , jadi jangan pelikla kalau aku suka tengok kamus bergambar bebudak punya tu sebab lagi menarik kot. FYI komik yang REVOLUTION tu dahla lebih kurang macam Fan Art pelukis-pelukis ni kepada kartun-kartun , sebagai seorang yang meminati kartun/animasi mestilah aku eksited nak tengok dan baca.


Eh lupa pula nak bagitau yang tarikh tamat giveaway ni 2 disember tau jadi sapa lambat pi nangis ngadap henfon*tetibe*


Assalamualaikum

Tuesday, 24 November 2015

SPM 2016 AKU DATANG!

Assalamualaikum

 Haaaa , amacam cuti sekolah..best ? 
Tak best laa , rasa rindu nak sekolah balik..huhu

Kalau korang jumpa spesies tu , kahakkan saja pada mukanya . Well semua orang tahu , sekarang ni dah bermulanya cuti panjang persekolahan dimana , ada ibu bapa hantar anak diaorang pegi kem-kem la , program motivasi la , ada yang pegi vacation la dan juga ada yang mereput duduk di rumah macam aku . YEAY !! SEP SIKIT.




credit to me


Tahun depan insyaALLAH kalau dipanjangkan umur aku akan masuk 17 . Jadi bila umur korang 17 ni apa lagi yang common kalau bukan SPM . Bila SPM ni ramailah golongan -golongan yang dah habis SPM akan psyho bebudak SPM ni kata susah la , kalau kantoi gelap masa depan la dan beberapa lagi yang korang mesti pernah dengar . Sebagai seonrang calon SPM tahuN 2016 aku adalah buat beberapa list yang harus diguna pakai waktu cuti ni dan juga untuk tahun depan . Takdalah buang masa je .


1. Study subjek form 4 yang akan masuk SPM

Contoh macam Perdangangan . Perdangangan soalan untuk SPM nanti dia akan rangkul bab-bab form 4 dan juga form 5 . Jadi kalau korang seorang pelajar yang SMART boleh la , sesambil minum kopi hipstur tu boleh la selak-selak bab form 4 yaang korang dah belajar supaya fresh balik ingatan sebab masuk tahun depan dah kena habiskan silibus form 5 .



2.Kurangkan ___________

Ha , kenapa aku kosongkan selepas kurangkan tu , sebab korang sendirilah yang tentukan apa benda yang perlu korang kurangkan contohnya macam bukak smartphone , melukis , mewarna , bermain bola sepak..haih banyak lagi la. Sampaikan mak aku dah siap-siap bagitahu...


"Zakie tahun depan TAK PAYAH AMBIL TEMPAHAN DOODLE DAH .
FOKUS pada SPM."
 

My reaction be like  T_T



Takpalah , berkorban untuk setahun . Tapi aku tak berhenti melukis ye , kepada fans-fans*ade ke * boleh pergi ke IG aku @zakie.azid .



3. Konsisten hubungan dengan Maha Pencipta

Yang ini , bukanlah aku nak kata kena tahun depan baru nak jaga hubungan dengan ALLAH tapi kita sebagai manusia biasa tak pernah terlepas melakukan kesilapan tapi hari demi hari kita cubalah untuk memperbaiki diri kita , macam tu lah lebih kurang  . Apa yang guru kelas aku praktikkan masa dia nak hadapi SPM , setiap malam dia baca yassin . Jadi kita yang nakkan kejayaan ni kenalah bersungguh-sungguh meminta kepada ALLAH kerana Dia yang berkuasa.



4. Bawak-bawak la sedor diri tu nak SPM

Ni memang ditujukan kepada yang nak ambil SPM . Kita ni sebagai manusia biasa kan mudah sangat pelupa *sangattt* . Kalau dah tahu diri tu ada pekse besor bawok-bawok le bukok buku *kata orang bote* Kesedaran diri ni memang penting supaya kita tak lalai , walaupun kengkadang kita ni mudah sangat lalai bila ada benda yang seronok.


5. Ulang kaji = Belajar

Bila dah masuk tahun depan , siap sedia la untuk selalu buat ulang kaji , maksud aku , lepas habis satu bab yang kita belajar terus kita buat revision kat rumah atau buat revision sesiap untuk bab seterusnya yang cikgu nak ajar . Tips ni memang berguna , percayalah . Tetibe lak rasa macam tulis karangan tajuk "langkah-langkah menghadapi peperiksaan" haha.


Itu jelah yang aku nak kongsi malam ni , dan heharap sangat supaya si tukang taip ni akan buat apa yang dia taip . HAHA ..takut sembang je lebih . Last but not least , kepada yang akan ambil SPM tahun depan ..em senang cakap batch 1999 semoga kita semua akan peroleh kejayaan dan diberkati ALLAH.

Assalamualaikum






Ha ni lagi satu nak cerita , aku nak cadangkan kepada yang bosan waktu cuti ni bolehla baca novel RETINA ni yang ditulis oleh Lokman Hakim . Buku ni bagi aku agak berat bahan bacaannya , sebab banyak unsur-unsur kejutan diletak dan bagi para remaja yang sering mempunyai konflik , sukar untuk membuat keputusan ,bolehlah cuba baca novel ni dan cuba aplikasikan apa yang kita dapat. 

Bawak-bawak la berhenti sekejap baca novel fantasi Suamiku bla bla bla bla tu . 


Wednesday, 11 November 2015

Doodle Phonecase come to you

Assalamualaikum


Selamat malam semua ! lama lama sungguh tak update blog kan . Jadi malam ni saya nak mengkhabarkan berita baik bagi yang duk bertanya :


" eh you , bila nak buat phonecase doodle "
" eh zakie , project casing dah start? "
" weh tolong lukiskan atas casing aku ni "


Ni bukan buat-buat punya dialog tau , memang ada beberapa kawan , media social friends , mak jah sebelah rumah dan lain-lain . So , pada malam yang tak berapa hening ni , nak bagitau la yang korang yang tengah menerap sambil baca post ni boleh order dah phone case doodle ni . Tapi sebelum reveal design-design yang ado , nak ceghita la sikit macam mana boleh terhasilnya phone case doodle ni . 

Ada satu company ni yang bernama Pgadget *kenal tak? femes ni * yang menghasilkan custom made casing telah melamar saya setelah cekidaut ig saya . Setelah beberapa kali perundingan dibuat*cewah* maka persetujuan telah dicapai*gitu* . Buat masa ini ada 5 design yang hok come come belako .


yang ini kalau korang beli , dapatlah mendalami detail yang saya lukis tak tido malam tu.


first batch untuk projek flowee by zakieazid.


phone case yang ni kalau couple *suami isteri* pakai mesti suweet sampai potong kaki kan?


Yang ni paling terbaru , kalau untuk adik-adik ni sesuai sangat noh


yeay ! second batch for projek flowee by zakieazid.


Eh takkkan tunjuk ini je ? bagilah sekali cara nak beli . 


Okay-okay , cara nak beli sesangat-sangatlah mudah dik non oi . Ada 2 kaedah , yang pertama korang boleh beli by website diaorang ( www.pgadget.com.my ) ataupun boleh order menggunakan whatsapp , ala yang macam visit my ig tuu . 

Untuk menggunakan whatsapp mereka ni no mereka :

016-5460532

Bila dah add tu , korang bagitau la nak order phonecase design by artist ZakieAzid ataupun tunjuk je design mana yang korang nak , lepastu bagi model smartphone korang untuk diaorang check available ataupun tak . Tapi insyaALLAH model telefon korang macam Apple , Samsung , Oppo , Sony , Nokia , Motorola , LG , Huawei banyaklah lagi . Tapi kalau nak jenguk-jenguk , korang boleh pergi ke ig diaorang yang khas untuk model smartphone :


@PGADGETCASE

untuk official ig depa : 

@PGADGET


Rasanya ini je kot yang nak ceghita malam ni . Oh kalau korang beli phone case with my design janganlah segan silu tag saya dalam ig ( @zakie.azid ).



Assalamualaikum

Monday, 29 June 2015

Lazada Ni Mengada Ngada

Assalamualaikum 

hohoho , kemain lama tak update blog ye . Ekceli harini takda mood nak update karya tapi harini nak ceghita pasal jenama gedung beli belah terbesar di Malaysia . Jadi sapa yang tak kenal dengan gedung beli belah terbesar di Malaysia ni Lazada kan? Hampir setiap hari aku akan menjenguk atau window shopping dekat Lazada ni , tapi window shoppping menengok depan skrin laptop jelah. 

Lazada ni mengada-ngada sangat suka buat sale dekat gadjet , lepastu ada orang share pulak tu ! mana la tak terleleh tiga lapisan air liur aku ni masa-masa bulan ramadhon ni.

Hari-hari bukak Lazada sebenarnya mana tau ada sale dekat smarthphone ke ? dekat gopro ke ? dekat baju jubah ke atau mana-manalah . Ekceli jugak sempena raya ni Lazada buat SALE gila-gila kamahen kau . Jadi dah terbisasalah bagi aku untuk letak wishlist barang-barang yang berkenan , tapi lepastu nangis tepi bucu meja jelah . haha . 

Nak dapatnye mak cakap , belajar sungguh-sungguh lepastu masuk universiti dan kemudian kerja helok-helok dapat gaji besar hantar mak ayah pergi umrah lepastuh barulah boleh shopping kat Lazada ni . Masa tu Britney Spears pun dah takda agaknya *takda kena-mengena*.


1. Nikon D3300 24.2MP Black

Ni ha Nikon D3300 . Nak jadi photog tu taklah kot , tapi teringin bebenor nak memiliki sebuah kamera digital yang megapixel dia lebih dari 5mp . Kalau dapat ni gambar doodle lepas ni cantik-cantik la . Klik la oi sini kalau nak craving nikon bersama saya



2. GoPro HERO4 Black Edition Camera 

Ha ni pun sama jugak , Walaupun dah bersepah kat pasaran luar jenama lain action cam ni . Saya masih setia menunggu GoPro ni datang jumpa saya *haha* wellknown GoPro ni kan wide lens so setahu sayalah wide lens ada effect buat kita kurus . Betul ke tak jangan tanya hahaha. Lelagi nak raya ni kan , mestilah nak selfie pepuas dengan sepupu sepapat sepopot semua .  Kalau tekan link ni nescaya korang akan terbatal puasa sebab meleleh air liuq tengok GoPro ni



3. BINQAREEM Af Thobe Grey

Takyah nak bergetar tulang rusuk sangat ei perempuan di luar sana tu . Ni nak tunjuk jubah Binqareem ni . Lawo betul dia punya design dengan material dia . Nowdays raya macam semua orang dah beralih kepada jubah instead of baju melayu hipster semua tu kan? Yelah pakai jubah ni , pergi beraya semata-semata nak melantak pun takpe ,  tak macam baju melayu , ada pulak yang kena bukak kancing seluar sebab dah ketat sangat. haha . Hampa nak tengok detail kat jubah ni klik link ni

---------------------------------------------------


Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 


Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :




Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 






------------------------------------------------------------------

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday dengan ke link ini : LINK CONTEST  



Saturday, 13 June 2015

Life Update

Assalamualaikum


Hai semua , sihat semua ? ekceli tengah buat assignment IT , so ambil take 5 kejap update blog . jadi harini saya nak memberitahu beberapa life update . Pertama sekali , rumah saya alhamdullilah dah siap direnovate dan dah besar dan sekarang saya dah ada bilik sendiri.


weeehuueeeeeeee

Keduanya ialah , dah bulan 6 maksudnya tinggal lagi beberapa bulan saya akan masuk ke kancah form 5 dan menduduki SPM tapi tahun depan laaa . And last but not least nak update sikit karya . Karya nak tengok daily update karya silalah follow IG saya --> @zakie.azid .



Jadi yang diatas ni adalah karya dimana asalnya nak buat mandala dalam font Z . Tapi bila dah siap kurang memuaskan . InshaALLAH saya akan buat lagi doodle yang macam ni. Saya selalu macam pelik macam mana artist lain buat mandala lawa je bulatannye dan saya ambil iniasitif guna mangkuk segala mangkuk yang ada kat dapur. Ahaha




For your information , saya adalah seorang pengawas pusat sumber * untung pss sekolah dapat saya* kemahen  , nak dijadikan cerita dinding depan pintu masuk ni memang dah lama dibiarkan putih jadi cikgu minta saya doodlekan dinding ni bagi nampak berisi sikit la lebih kurang . Jadi itulah hasilnya! tapi yang itu belum lagi diwarna , tapi saya hanya warnakan font tu supaya nampak penegasan dalam lukisan tu . 



Haaa yang ini pula *macam buat presentation depan cikgu pulak* karya untuk majalah sekolah . Dari tahun ke tahun nak hantar karya pada majalah sekolah..tapi tak dapat-dapat , jadi tahun ini heharap dapatlah hantar karya ni pada majalah sekolah . Mohon sekolah bangga ada doodler macam saya *kembang hidong* ahahaha.




This is will be the last . A reward to my self . Selalu buat nama orang , so kali ni buat nama sendiri pulak . Yang ini akan diframekan dan digantung pada dinding bilik. 


Habis sudeh update kali ni , inshaALLAH lepas ni saya akan buat tutorial doodle bergambar. So lets wait!


Assalamualaikum

Saturday, 21 March 2015

Update karya

Assalamualaikum


Selamat malam semua , ada ke lagi yang baca blog ni ? kalau ada alhamdullilah . Sebenarnya tujuan saya menulis entry kali ini adalah untuk mengupdate karya-karya saya . Walaupun hanya karya picisan , tapi saya nak jadikan blog ini sebagai medium orang ramai dapat melihat seni lebih luas*cenggitu ha*















Yang bawah ni masih W.I.P lagi . tunggulah kalau ada rezeki saya update lagi hasil terakhir.





sekolah dah nak buka . ya ahli sekolah-sekolah sekalian , kerja sekolah dah siap?


Tuesday, 17 March 2015

featured on Utusan : Blogger Pilihan

Assalamualaikum



Sebenarnya cerita yang aku bakal ceritakan ini , cerita lama , tapi korang buat-buat baru ye.


Alhamdullilah , pada tahun lepas , blog aku telah dipilih untuk masuk dalam kolum blogger pilihan sisipan .COM dalam Utusan . Beberapa hari sebelum tu , wartawan Utusan abang dhiya call aku . Walaupun tak buat live interview , kami buat interview guna email , dan bagi gambar pun guna email . Impian aku selama ini , akhirnya direalisasikan . Banyak aku cerita tentang doodle dalam artikel tersebut , siapa yang sempat baca tahniah , anda seorang pengikut aku yang setia . Ehehehehe








Zakie Azid pelopor doodle , ewah . Harap-harapnya begitulah . Ada yang kata aku seorang pro dalam doodle , sedangkan banyak lagi yang aku kena belajar tentang doodle , Cuma kalau ada yang nak minta pendapat tentang doodle yang dibuat atau minta tips tu boleh la aku tolong.


Assalamualaikum


InshaALLAH nanti kalau ada rezeki , aku akan bermural doodle pada dinding bangunan Pusat Sumber sekolah aku , Wish me luck!

Saturday, 28 February 2015

Update commision

Assalamualaikum


Selamat pagi hari Ahad . Ahad yang sangat busan dan tak memproduktifkan -_- . Minggu depan exam untuk penggal satu dah mula dan selasa minggu depan jugak ada pertandingan bahas . Aduh sakitnya di otak ku ini . 

Tapi dalam kesibukkan aku mengalami hidup di zaman serba serbi moden ni . Allah masih berikan aku rezeki , tak banyak tapi alhamdullilah masih boleh buat aku tersenyum . Jadi hari ini aku nak update sikit commision yang aku dapat . 









Thanks for grab doodle from Belog ZakieAzid

COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid
Instagram : @zakie.azid


Kepada sesiapa yang teringin nak ada doodle sendiri bolehlah meng-hire aku . Jangan risau tentang harga , inshaALLAH  paling rendah dalam pasaran *gituuu* . 


Assalamualaikum


Dulu aku ingat menjelang zaman 2020 ada kereta terapung , motor terbang , rumah siap sendiri . Tapi yang aku nampak hanya aiskrim pasu -_-




Saturday, 14 February 2015

impian atau angan-angan

Assalamualaikum


haih , lamanya tak update blog . Sebenarnya niat tu ada tapi hanya tinggal niat lah . Jadi sesiapa yang baca entry ni tolong eh bagi tips cara-cara untuk menhilang saka malas dalam diri ni . tolong ye sesiapa. Lagi satu , sapa yang perasan header blog dah bertukar , lagi simple dan kemas lagipun less is more ye dok ? lagipun pemikiran seseorang akan menjadi lebih matang so aku rasa sesuai la kot header ni dengan umur aku sekarang.


Salam pagi sabtu semua , minggu depan dah nak mula cuti raya cina , jadi sekolah pun cuti . Aku sebenarnya lama dah simpan hasrat nak buat baju yang bercorak doodle , tapi printed la kalau hand made mau lembik tulang-tulang jari ni . Jadi aku adalah scan beberapa karya dan cuba padankan kalau menjadi baju .


















Jadi inilah yang dimaksudkan oleh aku . Manalah tau ada orang nak kolaberasi ke kan? tapi insyaALLAH kalau ada rezeki mesti Allah permudahkan . Bagi yang belum follow instagram aku , bolehlah boleh @zakie.azid .

Nak minta tips doodling ke , pasal jenis pen ke , semua boleh asalkan beradap . 


Assalamualaikum