Assalamualaikum
Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk sebab dipenuhi dengan beberapa sesi temuduga jadi masa nak menulis takda . Jadi minggu ni baru free sikit dan aku nak ambil peluang nak bagi a few tips dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik spm batch 2017 yang nak ambil kos seni lukis dan seni reka next year sebab sabtu lepas aku telah menghadiri sesi temuduga bagi kos tersebut di UiTM Seri Iskandar.
Little story time masa aku semak yang aku dapat panggilan temuduga ni happy-nya tu hanya Allah sahaja yang tahu . Impian aku hampir tercapai gitu . Alhamdullilah kawan-kawan seperjuangan aku juga dapat temuduga ni . Jadi kami bertiga pergi ke temuduga ni.
Aku , Noni dan Fadhil
Masa yang dinyatakan pada surat 8:30 . Aku datang dengan ayah sebab mama dengan kakak ada hal pagi tu . Jadi kami pun bertolak dalam pukul 7:20 macam tu . Masa sampai pun pintu dewan belum dibuka lagi. Oh , untuk pengetahuan semua tahun ni sesi temuduga dengan sesi melukis semuanya dilakukan di dewan utama UiTM Seri Iskandar . Jadi jom kita dive in tips-tips yang aku nak bagi berdasarkan pengalaman aku pada hari Sabtu lepas.
||---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------||
Secara umumnya kepada adik-adik yang nak ambil kos ni , korang akan menduduki dua sesi temuduga iaitu sesi pertama ialah ujian melukis dan sesi kedua ialah sesi temuduga dengan lecturer bagi pecahan kos-kos yang terdapat di uitm Seri Iskandar .
Sebelum korang nak pergi temuduga tu , pastikan baca betul-betul arahan dalam surat panggilan temuduga dan sediakan segala dokumen yang diperlukan . Jangan ada tertinggal atau terlupa bawa sebab masa aku pergi ada calon terlupa bawa dokumen . Alatan melukis pun sila bawa mengikut surat arahan yang disediakan oleh pihak uitm.
SESI UJIAN MELUKIS
Bagi yang berhasrat nak memohon kos ni , make sure korang letak kos ni sebagai pilihan pertama di dalam UPU . Peluang untuk dipanggil temuduga lebih besar daripada yang letak sebagai second or third choice . Selain itu rajin-rajinkanlah diri untuk belajar melukis live action atau kata senangnya korang melukis benda yang korang nampak supaya masa ujian melukis nanti tak kekok atau cemas sebab tak biasa.
Ok , bagi ujian melukis ni korang bascially akan ditempatkan dengan beberapa calon lain di dalam bilik atau macam tahun ni di dalam dewan dan korang akan duduk secara bulatan/petak . Di dalam bulatan tersebut akan terdapat beberapa objek untuk dilukis . Macam tahun ni objek yang diletakkan oleh pihak UiTM Seri Iskandar ialah kerusi banquet yang diletakkan kain di atasnya dan terdapat kotak kosong dibawah kerusi banquet tu.
ha ni adalah kumpulan aku dan itulah objeknya.
Dalam gambar di atas ada aku *hekhekhek kalau terer cuba cari* Masa yang diberi pula adalah selama 1 jam . I jam tu bagi aku sebenarnya cukup untuk lukis plus dengan shading segala bagai. Masa ni korang memang akan insecure dengan calon sebelah korang sebab yang datang temuduga ni memang yang power-power melukis *termasuk aku hehe* jadi korang fokus je pada lukisan korang , kalau nak tengok-tengok orang sebelah pun sikit-sikit je . Nanti dia akan mentally touture korang dan membuatkan korang rasa lukisan korang buruk etc . Lagi satu jangan gunakan pemadam banyak sangat , memadam akan memakan masa . Jadi berhemah sikit bila melukis tu , jangan silap je memanjang.
Lecturer-lecturer dalam tu pun buat lawak bagi calon-calon tenang dan diaorang juga akan komen sikit-sikit lukisan korang betulkan apa yang salah . Lepas je korang habis sesi melukis , akan datang satu kertas pada korang sebab sekarang tiba masanya pula untuk ujian kreativiti .
Ujian kreativiti ? Apa tu ?
Ujian kreativiti ni adalah ujian dimana di dalam kertas tu terdapat beberapa siri garisan yang pelbagai dan korang harus mencipta sesuatu melalui garisan-garisan tu . Tak kisah la nak bentukkan dia jadi motor je , pemandangan ke , kartun ke , apa-apa jelah . Nama pun kreativiti kan...
PRE TEMUDUGA
Dalam sesi ni sebenarnya korang akan diberi taklimat oleh lecturer2 bagi setiap program yang terdapat macam grafik , fashion , fine art dan beberapa lagi . Tujuannya adalah untuk selepas selesai ujian kreativiti korang akan diberi sehelai kertas lagi untuk list down 1-9 program yang paling korang berminat sampailah yang korang kurang berminat . Kesemua program dalam fakulti seni lukis dan seni reka ni ada 9 . Nak tau kesemua ? meh aku senaraikan...
-Seni Halus
-Grafik
- Fashion
- Fotografi
- Seni Logam Halus
- Seramik
- Tekstil
-Percetakan
-Perindustrian
Untuk lebih lanjut bagi setiap program tu korang boleh google . Jadi korang akan diberi membuat pilihan program mana yang korang paling minat , tapi kalau korang diterima masuk ke fakulti AD ni tak semestinya korang akan dapat program yang korang nak kan tu ya .
SESI TEMUDUGA
keadan luar dewan . Ayah2 dan ibu hebat menanti anak-anak mereka
Selepas korang selesai ujian melukis dengan ujian kreativiti tibalah pula masa yang paling ditakuti oleh semua calon iaitu sesi temuduga . Tapi sebenarnya korang relax je , jangan tunjuk gelabah tu sebaliknya tunjukkan yang korang nakkan sangat kos ni dekat muka lecturer tu .
PROTIP :
- Sila bawa segala hasil kerja anda di rumah tu , yang jenis doodle ke , abstract ke . Apa jenis segala lukisan bawa untuk impress-kan lecturer .
- Bagi yang nak mohon untuk macam fashion , photografi , grafik atau fineart sila bawa hasil kerja yang berkaitan dengan program yang korang nak . Peluang untuk korang dapat program tu lebih besar , kira harapan cerah la .
- Yang buat kurus seni sila bawa folio korang dan juga hasil kerja akhir korang .
Ok , selesai protip meh sambung balik . Bagi tahun ni memandang calon yang nak ditemuduganya ramai jadi sesi temuduga pun dibuat di dalam dewan yang sama . Terdapat lebih kurang 30 panel tak silap untuk menemuduga calon . Setiap panel ada lebih kurang 2 orang penemuduga . Aku dapat panel ke 6 manakala kawan aku dua orang tu dapat panel yang sama , panel 4 * tak aci >_< * Make sure sebelum korang ke panel penemuduga , korang dah keluarkan segala dokumen yang diperlukan nak bagi pada penemuduga , jangan kang dah sampai ke panel baru terhegeh-hegeh bukak beg nak ambil dokumen .
Sampai-sampai pada panel , aku dapat penemuduga perempuan . Manis je mukanya . Bagi salam sebelum duduk ya adik-adik . Adab tu harus ada . Kalau diaorang tak suruh duduk jangan duduk lagi atapun minta untuk duduk . Jangan main duduk je . Maka bermulalah sesi temuduga . Di bawah ni aku senaraikan beberapa soalan yang ditanya pada aku..
" Ok sila perkenalkan diri awak "
"Ada bawak karya-karya ? boleh saya tengok "
" Apa yang awak tahu tentang grafik ? boleh terangkan "
" Skop kerja grafik kan banyak , kalau awak , awak nak pilih yang mana ? "
Lebih kurang macam tu soalan yang ditanya . Yang lawaknya separuh masa temuduga tu tetibe dia cakap saya ni sepatutnya interview awak dalam bahasa inggeris sebab kat sini belajar dalam kelas , exam semua dalam bahasa inggeris . Maka separuh lagi masa tu dia soal aku dalam bahasa inggeris dan aku pun jawab dalam bahasa inggeris . So , make sure english korang power tau . Jangan pula cemas , tergagap-gagap bila dia soal dalam bahasa inggeris . Buat cool je .
Habis je sesi temuduga penemuduga akan buat ujian buta warna pula . Senang je , cuma kena fokus jangan memainkan pulak . Benda senang patut boleh jawab korang tak boleh jawab pula . Lepas selesai ujian buta warna , kalau penemuduga dah suruh pergi , korang kemas balik karya-karya korang tu , kalau boleh salam , sila salam dan beransur pergi . Jangan lupa ucap terima kasih Puan/Tuan .
Di bawah ini akan aku letak update kalau aku dapat kos ini , dan kalau aku tak dapat pun aku seronok sebab dapat kongsi pengalaman aku dengan orang lain dan aku harap apa yang aku kongsi ni memberi faedah kepada yang mencari maklumat pasal kos ni.
Kalau adik-adik atau sesiapa nak tanya lebih lanjut pasal proses temuduga ni boleh la DM aku di Instagram @zachieazid . Bye , Assalamualaikum
----------------------- || UPDATE || ------------------------
Alhamdullilah , aku terpilih untuk program Grafik dalam kos Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Seri Iskandar
---------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------