Tuesday, 10 October 2017

VIVO V7+ : HOTTEST ITEM IN SENHENG!

Assalamualaikum

Hai korang ! lama betul tak menaip . al maklumlah kehidupan bergelar mahasiswa ni kekangan dia banyak sikit * cewahh * tapi tapi malam ni aku nak story sikit dengan korang pasal Seng Heng jual VIVO V7+ ....

APA!!!!!


I know right , Senheng sudah mula menjual telefon pintar jenama Vivo ni lagi lagi untuk latest model ni Vivo v7+ . Sebelum kita cerita detail pasal cara-cara korang nak dapatkan Vivo V7+ ni kat Senheng , korang kenal dah ke dengan Vivo V7+ ? 



Jom berkenalan dulu dengan Vivo V7+ ni !!





Haaaa presented to you Vivo V7+ gituhh . Dengan slogan " See more than ever " Vivo datang kali ini dengan keluaran yang terbaru sekali dengan feature-feature yang lebih canggih dan #BOEK orang kata . Sesiapa yang follow Janna Nick mesti tau untuk Vivo V7+ duta rasminya adalah Janna Nick . Kerlass tak kerlass jah ? Ada beberapa feature terbaru yang aku nak highlightkan kat sini dan yang pertamanya adalah kameranya . Yup kamera , sebab semua orang kalau nak beli smartphone baru mesti benda pertama kita tengok adalah kamera kan?


24 MP FRONT CAMERA & 16 MP REAR CAMERA UNTUK PARA INSTAGRAMMER



Haaaa ambil kau ! 24 MP dia bagi untuk front camera  . Muka-muka yang permukaan bulan tu nescaya mesti flowless bila pakai Vivo V7+ ni . Mana taknya didatangkan pula dengan teknologi Face Beauty 7.0 jemah oi ! bukan calang-calang tau . Bukan itu je tau , untuk kamera depan ni siap ada mode Potrait Mode ! Apa itu potrait mode ? alah yang bila korang selfie tu background belakang akan jadi blurr tu . Lawa la gambar instagram korang lepas ni HAHA . Untuk Rear camera atau dalam bahasa lainnya kamera belakang pula ada teknologi PDAF . Kot-kot nak jadi instagrammer ha boleh beli Vivo V7+ ni nanti . Korang belikan untuk mak ayah korang pun boleh , senang la sikit dia nak tangkap gambar dengan kengkawan diaorang bila ada reunion * hek hek hek *

SKRIN BERSAIZ 6.0 INCH SEBESAR DAHI JENDUL MU



Vivo V7+ kali ni hadir dengan skrin bersaiz 6.0 inch . Kot-kot anak sedara kau nakal , kau hempuk je dengan vivo ni pun boleh HAHA . Bila saiz besar ni bukan apa , puas mata memandang . Nak tengok movie ke , main game ke barulah puas kan.... macam aku penggemar youtube pun memang puas kalau dapat skrin saiz 6.0 inchi ni . Lelagi aku ni #TEAMJARIGEMOK lagilah memang kena pakai smartphone yang bersaiz besar . Sapa #TEAMJARIGEMOK sila komen dibawah * gitohh *


PRESTASI YANG BOEK DAN MEMBERANGSANGKAN


Vivo V7+ memang POWER beb ! Dihadiri dengan Qualcomm octa-core CPU dengan 4GB RAM weh ! main Mobile Legend ni memang smoov giler weh .  Bagi ROM pula , Vivo V7+  didatangkan dengan 64 GB . Korang-korang yang kaki selfie ke , guna banyak apps or kaki main whatsapp dengan group 20 juta tu haaa memang  sesuai Vivo V7+ ni . 


Jap...jap nak beli kat mana ?


BELI KAT SENHENG LAH !!




Kenapa beli di Senheng ? Sebab banyak kelebihan atau perks yang korang akan dapat bila membelinya di Senheng . Pertama sekali mesti korang nak tahu berapa harga Vivo V7+ ni di Senheng kan? harganya cuma.....

RM 1,499 JE

Kenapa ? tak percaya ke ? memang betul korang , RM 1499 je . Sangat-sangat berbaloi dengan spesifikasi yang ada pada smartphone tersebut . Pertama sekali korang sangat-sangat digalakkan beli Vivo V7+ di laman web Senheng sendiri , alang-alang tu boleh usha produk lain juga HEHE . 

BAYARAN SECARA ANSURAN UNTUK U DAN I
Pembelian korang buat secara penuh ataupun ANSURAN . YA YA YA AKU BAGITAU ANSURAN!!! . Kalau bayar secara ansuran , jumlah yang korang perlu bayar adalah RM62.46 selama 24 bulan je . Warna yang ditawarkan adalah Gold dan juga Matte Black *gojes gila warna ni *

EXTRA WARRANTY 
Bukan itu sahaja , kalau korang join Senheng punya PlusOne membership * yuran pendaftaran hanya RM12 * , korang akan dapat extra warranty setahun bermakna warranty korang akan jadi 2 tahun ! Takde sesiapa lagi buat macam ni tau , Senheng je . 

FREE DELIVERY UNTUK YANG BERKIRA MACAM AKU
Kejap !! kejap !! entry ni tak habis lagi ! Ada satu lagi benda yang menarik untuk korang . Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia . Ye , aku mention PERCUMA gaiss . Siapa taknak kan? 



Ingat entry ni dah habis? belum lagilah . Ada lagi berita baik yang aku nak kongsi dengan korang bila beli dekat Senheng ni . Korang jugak boleh trade-in smartphone lama korang untuk dapatkan rebate dan beli smartphone baru ni ! Amacam best tak? Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link dibawah ni.



So , macam mana? rasa berminat ? Kot-kot nak beli hadiah untuk adik yang baru lepas UPSR ke , bagi hadiah birthday kat mak ayah pun boleh . Kalau korang nak grab promo ni sila klik link di bawah atau klik sahaja gambar-gambar yang aku masukkan dalam entry ni . Settle masalah nak beli hadiah gf atau bf korang tu . 

Saturday, 12 August 2017

COOLEST COOLBLOG EXPERIENCE : Japanese Matcha Smoothie is BAE

Assalamualaikum



Seperti tajuk yang korang baca , harini aku nak story sikit my experience dengan coolblog sepanjang aku hidup aku dan hubungan istimewa aku dengan Japanese Matcha Smoothies diaorang . Siapa je tak kenal CoolBlog kan? sebut je CoolBlog mesti semua imagine minuman yang dikisar dengan ais kemudian ditambah dengan pelbagai topping . YUMMMM . Air diaorang semua sesedap weh ! Rugi kalau tak rasa . Even aku sendiri dah pernah buat entri tahun 2012 pasal kesedapan minuman CoolBlog ni . Nak baca? klik link bawah :



COOLBLOG IS BAE

Aku tak ingat exactly tarikh CoolBlog launch jenama mereka , tapi apa yang aku , aku memang eksited bila dengar ada jenama minuman baru keluar . Lagi-lagi jenis blended ni . Perisa pertama aku yang menjadi kegemaran bila di CoolBlog ialah Green Apple dengan topping Black Pearl . YASSSS. Green Apple sumpah sedap weh! ditambah lagi dengan pearl ummphhh , kekenyalan pearl tu membuatkan aku rasa nak beli coolblog lagi . Semenjak tu memang setiap kali pergi CoolBlog mesti aku order Green Apple dengan topping Black Pearl . 

Namun tak lama hubungan aku dengan Green Apple :( sebab awal tahun ini CoolBlog keluarkan perisa baru iaitu Japanese Matcha Smoothies . YAASSSSS lagi sekali . Rasa dia menepati dengan selera aku , rasa greentea tu , lemak dia...umpphhh sedap sangat wak . Rasa sejuk je tekak bila air tu turun dari mulut ke tekak * terliur tak korang , haha *CoolBlog ni tahu-tahu je yang aku memang BIG FAN Greentea Matcha . Korang bagilah aku apa-apa makanan yang ada Greentea , semua aku sebat . Serious HAHAHAHAHA . 



Haaa ni apa yang aku dan kakak aku order daripada CoolBlog . Harganya pulak , alahai berpatutan jah oi . Korang boleh dapat secawan minuman CoolBlog dengan harga serendah RM 3.50 sampailah RM 7.50 + . Memang berpatutan beli untuk sejukkan tekak , minum sambil study ke , memang sesuai sangat . Kakak aku pula dapatkan perisa Vanilla Oreo . Yang ni pun sedap level MAIGADDD kena rasa weh . Harga pun murah jugak tau . Selalu kalau order yang ni mesti sold out . Nasib baik harini beli ada :D 

PILIHAN PERASA DAN HARGA MURAH




Ni ha range harga dengan perisa yang ditawarkan di CoolBlog . Cool kan ? Dahla murah , sedap pulak tu . Korang cakap je dekat pekerja tu nak apa.. Smoothies blog , Milk Shake , Youghurt , Ice Blended haaa cakap je semua ada ! Korang jangan ingat CoolBlog ada minuman sejuk je , yang panas pun ada hokey . Cappuccino , Latte , Mocha pun ada . 

Untuk budak-budak pun ada , HAPPY BLOG . Alahai nama , rasa nak ada anak sekarang HAHA . Perisa pun semua yang sweet-sweet untuk budak-budak . Kot-kot anak sedara kau meragam nak tengok Didi and Friends sedangkan kau nak tengok Mr Darling Inspektor Danial , ha kau bagi je CoolBlog . Nescaya senyap mulut budak tu nanti #dahtry #berkesan . 



Saranghae CoolBlog-lah ! Buat masa sekarang kalau orang tanya apa nak cuba kalau ke coolblog , Aku akan recommend Japanese Matcha Smoothies supaya korang pun ada coolest experience dengan coolblog sebab aku dah rasa , korang bila lagi? Tapi bagi yang tak boleh minum , tekak rasa tak sesuai ke jangan risau CoolBlog ada BANYAK seleksi pilihan perisa . Kau jangan minta air sarsi , asam masin je sudah . Garu kepala pekerja tu nanti HAHA . 


FAV BRANCHES

 


Kalau cerita pasal favourite branches , pilihan aku ialah cawangan CoolBlog di dalam Billion Seri Iskandar . Staf-stafnya semua peramah . Proses dari ambil order sehingga siap air tu semuanya smooth dan cool *no pun intended* Lagi-lagi bila aku belajar dekat UiTM ni , setiap kali keluar mesti beli secawan air CoolBlog walaupun kadang-kadang terpaksa beratur panjang sebab ramai orang . * mohon CoolBlog buka banyak lagi cawangan di kawasan Ipoh , Batu Gajah , Seri Iskandar *Bagi yang tak pernah try CoolBlog *ada ke? * korang wajib cuba CoolBlog dan percayalah tak cari yang lain dah .


Ha nah seketul zakie sedang menikmati Japanese Greentea Matcha-nya

Untuk korang yang nak survey *gituh* perisa apa yang ada , outlet terdekat dekat mana , siapa pengasas CoolBlog . Korang boleh ke website CoolBlog sendiri . Tekan link bawah :


Jangan lupa tau grab secawan CoolBlog harini sebab it's worth it! 

Thursday, 13 July 2017

UNI LIFE | How it's gone so far ?

Assalamualaikum

Hai semua ! fuh bukan main lama lagi aku tak update blog ni . Last entri pun masa bulan 5 haritu . Seperti yang sedia maklum *eceh ada ke yang tahu * aku baru sahaja melanjutkan pelajaran ke menara gading *gitoh* Jadi how it's gone so far?



Bagi yang tak tahu or buat-buat tak tahu *lol* aku sambung belajar di UiTM Seri Iskandar di dalam kos Grafik dan Media Digital . Alhamdullilah rezeki dapat sambung belajar dalam bidang yang minat dari dulu lagi dan dapat belajar dekat dengan rumah . Every weekend boleh balik *haha* . Tapi aku taklah balik tiap-tiap minggu . Kalau duduk rumah assignment tak bersentuh. Banyak perubahan yang berlaku semenjak aku sambung belajar cuma tulah berat badan je tak berubah-berubah dari dulu HAHA.


Enviroment

Enviroment adalah sangat sesuatu yang berbeza bagi aku . First of all aku tak pernah tinggal di asrama jadi untuk kali pertama ni agak gementar takut kalau tak dapat adapt kan , tapi alhamdullilah everything went well as planned . Suasana di universiti sangat berbeza dengan dekat rumah . Kalau dulu celik mata tengok nampak mak ayah , tapi sekarang roomate tu ha la duk ngadap hari-hari . Alhamdullilah UiTM SI punya suasana sangat nyaman di WAKTU PAGI dan WAKTU PETANG sahaja ye . Tengahari panas lit lit orang kata . Fasiliti di sini juga semuanya lengkap jadi tiada sangat masalah . Tempat makan pun bersepah-sepah ada dimana-mana . Cuma ada duit ke tak dengan rajin je nak pergi beli *sebab aku malas* 


Social Life

Haa , bila dah dekat menara gading ni adatlah berjumpa dengan kawan-kawan yang berlainan negeri . Ada dari selatan , timur , barat semua . Aku bersyukur juga roomate aku adalah roomate yang baik-baik walaupun ada flaw memasing tapi itu kita letak tepi . Bagi kawan kelas pulak pun sama semuanya baik-baik belaka . Mostly kawan kelas aku majoriti orang perak cuma berlainan tempat . Tapi apa yang menyedihkan *over sikit* aku tak dapat kawan kelas orang dari pantai timur boh . Mungkin next sem nanti ada HAHA . Ada orang kata bila masuk U ni lah kita nak berpasang-pasangan . HAHA.. aku? belum lagi kot . Agak menyedihkan ye semua bila people potraying masuk U je kena ber-boyfriend atau ber-girlfriend . Infact dekat sini ramai je dah yang part 1 sama dengan aku dah berpasangan *I will not judge them* tapi personally bagi aku my journey is way too long and a lot more for me to explore jadi aku taknak "berpasang-pasangan" menggangu tumpuan aku di alam U ni . 


classmate aku <3

Finance 

Bab ni pun seronok untuk dibincangkan kan? Bila di Universiti ni pergurusan wang tu macam the most important thing untuk difikirkan *lain la kalau kau anak dato kan gituh* dekat sini aku ada lah jugak beberapa kali tersungkur membeli benda-benda yang tak berfaedah *macam korang tak pernah* haha . Tapi kebanyakkan nya MAKANAN . ye ye aku tahu , apa yang tak berfaedahnya dengan makanan kan? masalahnya aku dah makan , pastu satgi beli makanan lagi . Tulah masalahnya *tu pasal gemok* InsyALLAH akan diperbaiki sikap tu . Tambahan lagi kos aku ni banyak pakai duit . Tanya mana-mana senior pun semua cakap duit tu simpan-simpan sikit sebab banyak nak guna dekat projek , assignment etc . 


Time Management

Bila dekat U ni korang akan buat keputusan semua sendiri . Jadi bila macam ada niat nak ponteng kelas tu fikir-fikirlah mak ayah dekat rumah yang biayai kos kita belajar semata-mata nak tengok kita berjaya dapat segulung diploma . Sebab kalau kita nak ponteng tu memang boleh sebab bukan ada sesiapa pun nak halang .  Macam masa pula , buat masa ini , seluruh UiTM di Malaysia ada buat program Minggu Interim untuk pelajar baru dimana kitaorang belajar subjek minor seperti Fundamental of Islam dan English . Jadi lepas habis Interim tu baru mula belajar subjek kos masing-masing . Jadi masa tu tak adalah packed sangat . Tapi macam sesi group project punya disscusion tu adalah jugak walaupun sikit . 

Appreciation Post *cewah*

ha ni bersama girls dalam group assignment aku . Masing-masing gilo dan masuk air . tutup salam

Aku bersyukur sangat dapat ahli group assignment yang membantu macam diaorang ni . Memasing berfungsi , dan yang penting memasing aku selesa nak berkawan . Terutama yang kaki angkat tu , rasa macam nak sepak-sepak tengok perangai dia HAHA 


Rasanya itu je kot yang aku nak share dengan korang setelah bersawang blog ni . InsyAllah aku akan cuba update blog ni sekerap mungkin lagi-lagi kalau ada event best dekat dalam kampus . Assalamualaikum and bye peeps!


Wednesday, 10 May 2017

Cara nak guna SIRI versi android

Assalamualaikum



Hai semua , akhirnya aku kembali dengan entry yang terbaru . Bila ada mood malas ni , nak prep bahan untuk entry pun malas . Tapi kali ni aku rajinkan diri juga sebab aku nak share dengan korang semua yang mungkin tak pernah dengar lagi ANDROID pun ada SIRI

ANDROID ADA SIRI??!!!

Well technically ia bukan siri *siri kan dekat iphone je* tapi feature yang ada dalam apps yang aku nak bagitahu korang ni berfungsi lebih kurang seperti siri . Aku harap ini bukanlah clickbait di mata korang ye . Jadi jom aktifkan apps ni dekat phone korang. 

Sebenarnya asal usulnya daripada apps Google yang memang dah di-pre-install dalam setiap phone android . Ce korang check phone korang , mesti ada app Google . Jadi , dalam app google ni ada , satu feature dipanggil , Google Voice Recognition dimana pengguna dibenarkan untuk mencari sesuatu hanya dengan menggunakan suara . Tidak perlu menggunakan papan kekunci . 

Ini adalah antara muka Google app. 


Cuba sekarang korang grab phone korang dan bukak app Google . Lepas tu cuba korang sebut "OK GOOGLE " lepas tu korang sebut "KUALA LUMPUR" lihat apa yang terjadi lepas tu

Aku tunggu ni........


Ya betul , google akan terus membuat carian tanpa korang perlu menaip "KUALA LUMPUR" . Sebut je , kan mudah . Fungsi " OK GOOGLE " hanya akan berfungsi kalau korang buka app Google je tapi kalau korang nak dia berfungsi walaupun korang tengah tak main handphone ada caranya . 

In case kalau korang tak tahu icon Google tu camne


Pertama sekali , buka app Google tu dan swipe ke kiri dan korang akan nampak panel email/gmail korang di atas sekali , tapi bukan itu yang kita nak . Korang tengok bawah sikit ada " Setting " dan korang klik situ.


Selepas itu , korang cari dalam " Settings " tu " Voice " dan klik.



Selepas klik pada " Voice " korang cari pula " Ok Google Detection " dan klik


Dalam " Ok Google detection " ni lah korang aktifkan setting untuk " OK GOOGLE " ni berfungsi walaupun korang tengah tak main handphone. Step seterusnya ialah korang kena ENABLE-kan fungsi tu di " From any screen " macam dalam gambar dekat bawah ni . Selepas tu korang tutup app google dan cuba.




Aku selalu guna " OK GOOGLE " ni untuk tanya ramalan cuaca atau tempat menarik kalau aku berjalan jauh . Kalau macam untuk tanya ramalan cuaca , korang cuma perlu sebut 

" CURRENT WEATHER "

Nanti dia akan update dengan korang ramalam cuaca tempat korang , tapi sebelum tu kena sebut " OK GOOGLE " lah dan ON fungsi GPS dekat phone korang . Fungsi ni sangat berguna kalau korang tengah drive . Oh lagi satu , korang juga boleh call orang guna fungsi " OK GOOGLE " ni . Korang cuma perlu sebut 

" CALL MAK "

Korang kena sebut nama dalam contact yang korang dah save tau . Jangan pulak kau save contact kawan Uwewewewewewevee Osas . Gila google nanti nak translate-kan . Aku rasa itu je aku nak share dengan korang hari ini . Bye .

Assalamualaikum peeps !

Tuesday, 25 April 2017

TIPS TEMUDUGA SENI LUKIS DAN SENI REKA UITM [ 2017 ]

Assalamualaikum



Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk sebab dipenuhi dengan beberapa sesi temuduga jadi masa nak menulis takda . Jadi minggu ni baru free sikit dan aku nak ambil peluang nak bagi a few tips dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik spm batch 2017 yang nak ambil kos seni lukis dan seni reka next year sebab sabtu lepas aku telah menghadiri sesi temuduga bagi kos tersebut di UiTM Seri Iskandar.

Little story time masa aku semak yang aku dapat panggilan temuduga ni happy-nya tu hanya Allah sahaja yang tahu . Impian aku hampir tercapai gitu . Alhamdullilah kawan-kawan seperjuangan aku juga dapat temuduga ni . Jadi kami bertiga pergi ke temuduga ni. 

Aku , Noni dan Fadhil


Masa yang dinyatakan pada surat 8:30 . Aku datang dengan ayah sebab mama dengan kakak ada hal pagi tu . Jadi kami pun bertolak dalam pukul 7:20 macam tu . Masa sampai pun pintu dewan belum dibuka lagi. Oh , untuk pengetahuan semua tahun ni sesi temuduga dengan sesi melukis semuanya dilakukan di dewan utama UiTM Seri Iskandar . Jadi jom kita dive in tips-tips yang aku nak bagi berdasarkan pengalaman aku pada hari Sabtu lepas.

||---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------||

Secara umumnya kepada adik-adik yang nak ambil kos ni , korang akan menduduki dua sesi temuduga iaitu sesi pertama ialah ujian melukis dan sesi kedua ialah sesi temuduga dengan lecturer bagi pecahan kos-kos yang terdapat di uitm Seri Iskandar . 

Sebelum korang nak pergi temuduga tu , pastikan baca betul-betul arahan dalam surat panggilan temuduga dan sediakan segala dokumen yang diperlukan . Jangan ada tertinggal atau terlupa bawa sebab masa aku pergi ada calon terlupa bawa dokumen . Alatan melukis pun sila bawa mengikut surat arahan yang disediakan oleh pihak uitm.

SESI UJIAN MELUKIS

Bagi yang berhasrat nak memohon kos ni , make sure korang letak kos ni sebagai pilihan pertama di dalam UPU . Peluang untuk dipanggil temuduga lebih besar daripada yang letak sebagai second or third choice . Selain itu rajin-rajinkanlah diri untuk belajar melukis live action atau kata senangnya korang melukis benda yang korang nampak supaya masa ujian melukis nanti tak kekok atau cemas sebab tak biasa.

Ok , bagi ujian melukis ni korang bascially akan ditempatkan dengan beberapa calon lain di dalam bilik atau macam tahun ni di dalam dewan dan korang akan duduk secara bulatan/petak . Di dalam bulatan tersebut akan terdapat beberapa objek untuk dilukis . Macam tahun ni objek yang diletakkan oleh pihak UiTM Seri Iskandar ialah kerusi banquet yang diletakkan kain di atasnya dan terdapat kotak kosong dibawah kerusi banquet tu.

ha ni adalah kumpulan aku  dan itulah objeknya.


Dalam gambar di atas ada aku *hekhekhek kalau terer cuba cari* Masa yang diberi pula adalah selama 1 jam . I jam tu bagi aku sebenarnya cukup untuk lukis plus dengan shading segala bagai. Masa ni korang memang akan insecure dengan calon sebelah korang sebab yang datang temuduga ni memang yang power-power melukis *termasuk aku hehe* jadi korang fokus je pada lukisan korang , kalau nak tengok-tengok orang sebelah pun sikit-sikit je . Nanti dia akan mentally touture korang dan membuatkan korang rasa lukisan korang buruk etc . Lagi satu jangan gunakan pemadam banyak sangat , memadam akan memakan masa . Jadi berhemah sikit bila melukis tu , jangan silap je memanjang.

Lecturer-lecturer dalam tu pun buat lawak bagi calon-calon tenang dan diaorang juga akan komen sikit-sikit lukisan korang betulkan apa yang salah . Lepas je korang habis sesi melukis , akan datang satu kertas pada korang sebab sekarang tiba masanya pula untuk ujian kreativiti . 

Ujian kreativiti ? Apa tu ?

Ujian kreativiti ni adalah ujian dimana di dalam kertas tu terdapat beberapa siri garisan yang pelbagai dan korang harus mencipta sesuatu melalui garisan-garisan tu . Tak kisah la nak bentukkan dia jadi motor je , pemandangan ke , kartun ke , apa-apa jelah . Nama pun kreativiti kan...

PRE TEMUDUGA

Dalam sesi ni sebenarnya korang akan diberi taklimat oleh lecturer2 bagi setiap program yang terdapat macam grafik , fashion , fine art dan beberapa lagi . Tujuannya adalah untuk selepas selesai ujian kreativiti korang akan diberi sehelai kertas lagi untuk list down 1-9 program yang paling korang berminat sampailah yang korang kurang berminat . Kesemua program dalam fakulti seni lukis dan seni reka ni ada 9 . Nak tau kesemua ? meh aku senaraikan...

-Seni Halus
-Grafik 
- Fashion 
- Fotografi
- Seni Logam Halus
- Seramik
- Tekstil
-Percetakan
-Perindustrian

Untuk lebih lanjut bagi setiap program tu korang boleh google . Jadi korang akan diberi membuat pilihan program mana yang korang paling minat , tapi kalau korang diterima masuk ke fakulti AD ni tak semestinya korang akan dapat program yang korang nak kan tu ya . 

SESI TEMUDUGA

keadan luar dewan . Ayah2 dan ibu hebat menanti anak-anak mereka


Selepas korang selesai ujian melukis dengan ujian kreativiti tibalah pula masa yang paling ditakuti oleh semua calon iaitu sesi temuduga . Tapi sebenarnya korang relax je , jangan tunjuk gelabah tu sebaliknya tunjukkan yang korang nakkan sangat kos ni dekat muka lecturer tu .

PROTIP :

- Sila bawa segala hasil kerja anda di rumah tu , yang jenis doodle ke , abstract ke . Apa jenis segala lukisan bawa untuk impress-kan lecturer . 

- Bagi yang nak mohon untuk macam fashion , photografi , grafik atau fineart sila bawa hasil kerja yang berkaitan dengan program yang korang nak . Peluang untuk korang dapat program tu lebih besar , kira harapan cerah la . 

- Yang buat kurus seni sila bawa folio korang dan juga hasil kerja akhir korang . 

Ok , selesai protip meh sambung balik . Bagi tahun ni memandang calon yang nak ditemuduganya ramai jadi sesi temuduga pun dibuat di dalam dewan yang sama . Terdapat lebih kurang 30 panel tak silap untuk menemuduga calon . Setiap panel ada lebih kurang 2 orang penemuduga . Aku dapat panel ke 6 manakala kawan aku dua orang tu dapat panel yang sama , panel 4 * tak aci >_< * Make sure sebelum korang ke panel penemuduga , korang dah keluarkan segala dokumen yang diperlukan nak bagi pada penemuduga , jangan kang dah sampai ke panel baru terhegeh-hegeh bukak beg nak ambil dokumen . 

Sampai-sampai pada panel , aku dapat penemuduga perempuan . Manis je mukanya . Bagi salam sebelum duduk ya adik-adik . Adab tu harus ada . Kalau diaorang tak suruh duduk jangan duduk lagi atapun minta untuk duduk . Jangan main duduk je . Maka bermulalah sesi temuduga . Di bawah ni aku senaraikan beberapa soalan yang ditanya pada aku..

" Ok sila perkenalkan diri awak "
"Ada bawak karya-karya ? boleh saya tengok "
" Apa yang awak tahu tentang grafik ? boleh terangkan "
" Skop kerja grafik kan banyak , kalau awak , awak nak pilih yang mana ? "

Lebih kurang macam tu soalan yang ditanya . Yang lawaknya separuh masa temuduga tu tetibe dia cakap saya ni sepatutnya interview awak dalam bahasa inggeris sebab kat sini belajar dalam kelas , exam semua dalam bahasa inggeris . Maka separuh lagi masa tu dia soal aku dalam bahasa inggeris dan aku pun jawab dalam bahasa inggeris . So , make sure english korang power tau . Jangan pula cemas , tergagap-gagap bila dia soal dalam bahasa inggeris . Buat cool je . 

Habis je sesi temuduga penemuduga akan buat ujian buta warna pula . Senang je , cuma kena fokus jangan memainkan pulak . Benda senang patut boleh jawab korang tak boleh jawab pula . Lepas selesai ujian buta warna , kalau penemuduga dah suruh pergi , korang kemas balik karya-karya korang tu , kalau boleh salam , sila salam dan beransur pergi . Jangan lupa ucap terima kasih Puan/Tuan .

Di bawah ini akan aku letak update kalau aku dapat kos ini , dan kalau aku tak dapat pun aku seronok sebab dapat kongsi pengalaman aku dengan orang lain dan aku harap apa yang aku kongsi ni memberi faedah kepada yang mencari maklumat pasal kos ni.

Kalau adik-adik atau sesiapa nak tanya lebih lanjut pasal proses temuduga ni boleh la DM aku di Instagram @zachieazid . Bye , Assalamualaikum

----------------------- || UPDATE || ------------------------

Alhamdullilah , aku terpilih untuk program Grafik dalam kos Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Seri Iskandar

---------------------------------------------------------------




Saturday, 8 April 2017

ZAKIE'S RANT : RADIO KEGEMARAN SIAPA?

Assalamualaikum



Selamat petang semua , Sebenarnya lama dah aku nak kongsi ni dengan korang semua *ada yang baca ke* pasal radio . Nampak macam subjektif bukan? tapi kalau kita "dive into it " lagi kita akan jumpa banyak benda-benda pelik , benda unik , annoying pasal sesuatu radio . Aku rasa maybe bagus kita mulakan dengan radio kegemaran mak ayah aku . So since depa lahir dulu daripada aku obviuosly taste muzik diaorang sangatlah lain dengan aku . 


Parent : Old song - Melayu song - 60s - 90s - mengamit memori - 
Aku : Current pop song - EDM - English song - Rap *lil bit* -


See ? Memang aku dengan parent aku tak sehaluan bila pasal radio dan taste muzik haha . So mama dan ayah punya favourite radio ialah radio negeri . Radio negeri ? apa tu ? kan setiap negeri ada radio masing-masing jadi radio favourite diaorang ialah radio Perak FM . 


Ok , how do I start this . Macam ni , bila kemana-mana dengan parent aku especially berjalan jauh memang aku terseksa jiwa raga *over exaggrated * sebab radio akan dikawal sepenuhnya oleh pemandu kereta dan di dalam situasi ini pemandu kereta adalah ayah aku . Jadi apa lagi memang sepanjang perjanlanan tu radio perak FM lah yang dibukanya ataupun kalau bosan mesti tukar kepada Klasik FM . Which is also not  my type . Sebenarnya bukanlah aku annoy dengan lagu-lagu yang diputarkan sebab hati aku still terbuka juga lah nak terima lagu lama cuma the whole radio thing dekat perak FM ni tak kena dengan selera aku . Diaorang punya team make the radio sounds really old . Dari bunyi-bunyi-an , nama segmen , macam-macam lagilah . Macam kau duduk zaman jefri din , rafeah buang  tengah popular meletop-letop gitu . First of all mana ada dah DJ bercakap  tengah-tengah lagu sedang main kan ? Jangan risau Perak FM still do it . I just can't . Sebab itu lah earphone sentiasa bersama aku dan juga playlist aku dalam JOOX . 

Second things that bugged me were adanya " Segmen bersama ........ " . Pertama sekali aku faham since diaorang radio kerajaan jadi dana untuk radio  tak banyak dikeluarkan . Jadi terpaksalah diaorang buka slot " Segmen bersama PENAJA " Segala produk daripada produk kesihatan , katil , nak cantik , nak kurus , produk kosmetik , jus-jus apa ntah semuanya masuk dalam segmen bersama tu . Annoying dia tu tak payah cakap la , macam aku cakap dengan radio tu..

|| Aku nak dengar lagu lah , dah kenapa ada jual produk pulak dalam radio ni . SMH ||


Lagi sekalilah ear bud dimasukkan ke dalam lubang telinga dan lagu dari JOOX dimainkan . Haha . Itu baru segmen - segmen tau belum lagi iklan-iklan pasal produk , servie yang macam old school punya style . Tapi dalam menyampah aku dengan radio Perak FM ni ada juga baiknya iaitu Segmen Ceramah . Dah berhibur-hibur tu tak ha kau tarbiah sikit diri kau tu * macamtohh* Selalunya slot ceramah dalam pukul 2 dan pukul 6 petang . Bagusnya sebab dekat radio lain macam era FM atau hot FM tak dapatnya kau nak dengar ceramah pasal maulidur rasul contohnya tetibe kau dalam kereta . Haha 

Okay move next to antara radio kegemaran rakyat Malaysia iaitu radio Hot FM . Takda banyak pun aku nak komen pasal Hot FM sebab aku bolehlah layan jugak radio ni . Kengkadang kalau radio favourite aku lagu dah bosan sangat aku tukar kepada Hot FM . 




Lagu-lagu yang dimainkan pula okaylah . Takda yang overplayed SEPUPOH JUTA kali sehari . Overall aku suka radio Hot FM . Adik beradik aku terutamanya kakak kembar aku memang suka radio ni . Segmen  favourite aku dalam Hot FM ialah segmen petang bersama Jejaka D.I.A ( Deen , Isei dan Ammar) . Segmen yang menarik dan bolehlah korang dengar kalau terkandas dalam jam lepas balik kerja tu kan . Selepas Hot FM , next aku akan share pendapat aku terhadap Era FM . Radio favourite aku dulu . 




Semenjak tahun lepas lagi aku perasanlah * from my POV * era FM dah macam kurang seri / Aura yang aku rasa dulu-dulu . Terutama dalam segmen JOHARA . Dulu that's the most enjoyable segmen kot bila aku dengar Era FM . Tapi sekarang tak lagi sebab dj-dj nya tends to over exaggrate apa yang diaorang bualkan dengan gelak yang terbahak-bahak dan kuat gila . Sometimes they're even laugh at their joke macam lawak gila sedangkan takda benda yang lawak pun . That's triggered me dan buat aku terfikir diaorang ni sengaja buat macam ni atau tak sedar . Dan benda ni bukannya aku je perasan , kalau korang pergi page Era FM memang sentiasa ada je komen-komen dari pendengar macam dj ni syok sendiri kinda thing . Korang pun rasa macam tu ke ? *komen kat bawah*

Segmen-segmen lain pun dah macam kurang seri . Aku sebenarnya rindu masa ira mohd amin , adi , zahid jadi dj Era FM . They're more authentic and natural . Segmen yang aku enjoy pun Carta 40 Era dengan Nabil setiap hari sabtu .




 

Now it's time for my favourite radio FLY FM !! Korang pernah dengar tak Fly FM ? salah satu radio di bawah kelolaan Media Prima macam Hot FM . Sebenarnya baru juga aku (mula tahun lepas) dengar Fly FM ni . Semuanya inisiatif untuk memperbaiki english aku dari segi grammar , dan fluently-nya aku dalam bercakap bahasa inggeris . Even kalau dalam youtube , memang penuh video yang bahasanya inggeris sebab aku layan ramai youtubers berbahasa inggeris . Nak tengok siapa yang aku layan? klik bawah ni


Seleksi lagu yang diputarkan pun menarik . Kepada sesiapa yang memang niat nak improve english dia aku memang recommend untuk dengar Fly FM lagi-lagi segmen pagi diaorang bersama Hafiz dan Guiboo . Lagi authentic dan real daripada JOHARA pagi era nun . Cuma kengkadang Fly FM ni selalu over played lagu sampai sehari tu kau boleh dengar lagu yang sama dalam 4 - 5 kali . Antara lagu-lagu yang over played sekarang ni Bruno Mars - 24K Magic dengan The Weeknnd - Starboy . Bila dah lagu sama je dimainkan aku pun sumbatlah ear bud aku dan dengar playlist aku dalam JOOX . 


Korang jangan salah sangka pulak kata ni entry sponsor oleh JOOX eh . Aku memang suka JOOX sebab bila nak dengar lagu selain daripada youtube , JOOX ialah tempatnya juga nak stream lagu . Rasanya itu je kot rant aku malam ni . Oh lupa nak bagitahu segala komen aku terhadap radio-radio di atas adalah pendapat aku semata-mata sebagai pendengar . Janganlah pulak ada yang offended dengan komen yang aku berikan ye .

Assalamualaikum n bye peeps !

Thursday, 30 March 2017

ZAKIE'S 2016 SKETCH BOOK [Part 1]


Assalamualaikum



What's up you guys ! Have you read my latest entry about one of my historical day AKA SPM result giveaway? If you dont , then click the hyperlink down below.


So today , I want to exposed my 2016 sketch book *bukan main haha* nah , actually I want to show some of my artwork/doodles that I made in 2016 . There's some people asking me what kind of sketch book that I use for all my drawing . I usually don't stick to one brand like others artists because what important for me is the quality of the paper . So , my 2016 sketch book I bought it from Popular and the size is A5 . I don't really like draw in a big size of paper because it will lead me to procrastinate to finish the drawing . It's cost me around RM10 or less *dah lupa* . I not sure if it's available in every Popular branches but one thing that I acknowledge is every Popular that I have been had a different type of sketch book . So , my advice if you want to buy one just make sure the thickness of the paper is good enough to you use all the pens that you have because if you buy a sketch book that have below 100 gsm , the ink will get through the pages . For me , I'd choose a sketch book that have 200 gsm and above eventhough it's a little bit pricey.

This is my last year sketch book . Sorry for my really "good" idea to cover up the cover so you guys can't see what type it is.


Without further a due , lets we get started . Oh , little infomation I bought this sketch book 1 week *rasanya* before I sat for my Trial SPM . So most of the time i will draw instead of doing revision *haha* . I'm not gonna show you all of my artwork from this sketch book but I will pick the best of the best *because most of my artwork looked horrendous >_< * 

This is actually one of my #inktober drawing and this is day 3


 This also is my #inktober drawing and this was day 5


pretty Lit ha? I just discovered the term so I doodled it . #inktober day 4


 This is special because it's my twin sister name and for those who named Masturah.


 I made this when I was at home and didn't go to school because I had fever . My school's iconic building . You can google it SMK Sultan Yussuf.


 Again my sister! I loved them so I made them in a doodle version . Please forgive me for the weird body posture , hand gesture because I just failed on that SMH


 When you got Masturah you have to get Maisarah too ! My other twin sister name and for those who named Maisarah too . 


I really like this artwork because I made it 25 days before SPM where usually other student are currently with their book in their hands * ke tak? haha *

 This one very random , I was at Seremban and didn't have internet connection so what should I do? Draw


This is last artwork and I made it on school holiday last year . Nothing special about it.


I think that's all about my enrty for this time . Actually I do have a few more artwork/doodles form 2016 sketch book but I just think that it will be hard for you guys load all the picture if I put all them together . So , if you like these type of entry please give a comment down below and tell me which one is your favourite so I know people actually like this and I gonna make the part 2.

Assalamualaikum n bye peeps!


p/s : Click HERE to see my previous artwork  that I made.

Monday, 27 March 2017

Result SPM 2016 : Berduka atau Gembira ?





 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . Ada ke lagi orang baca blog ni ? Tak kisah la ada ke takda tapi malam ni aku nak share pengalaman mengambil result spm pada 16.3.2017 yang lepas. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan aku pun dah redha dengan keputusan yang diperolehi.

- Seminggu sebelum hari kejadian -

Sebelum pergi ke hari kejadian aku nak cerita seminggu sebelum hari result . Apa yang boleh aku ceritakan pasal hari result spm ni , kalau tiada sesiapa yang buka topik pasal result nervous tu memang takda langsung , tapi bila once sorang dah buka mulut cerita pasal macam mana result , tak nervous ke , apa semua tu habis la , sepanjang hari tu akan duk terfikir apalah nasib result . Ada beberapa hari dalam seminggu tu aku merajinkan diri search #spm2016 dekat twitter . Sebab apa? takda motif , saja-saja mungkin boleh hilang nervous kot . Banyak tweet daripada budak-budak spm 2016 ni yang lawak-lawak , bolehla nak gelak-gelak sikit sampailah bila aku nampak ada orang tweet baseline markah untuk semua kertas spm , and I was like....

BIAR BETUL! *emoji terkejut*


Tapi aku teringat balik cikgu ada cakap , yang orang duk post baseline markah jangan percaya sangat , doa je banyak-banyak . Jadi aku pun cuba tenangkan diri balik dan tutup twitter terus lulz. Lepastu rasanya 2 hari sebelum ambil result , terdetik hati nak google pengalaman orang lain ambil result spm HAHA . Banyak blogger yang share pengalaman diaorang masa nak ambil result . Banyak jugaklah blog yang aku baca sampai lewat malam kot . Ada yang keputusan spm-nya bagus , ada yang so-so , ada juga yang tak reveal pun keputusan spm-nya . 

Bila aku buka twitter je , penuh dengan tweet daripada kawan-kawan aku minta orang wish gud luck la , mohon yang terbaik la masa ambil result nanti , dan macam-macam lagi . Aku adalah juga tweet tapi tweet-tweet aku takdalah obivious pasal nak ambil result spm nanti ada orang DM plak lepas ambil result tu HEHE.

 - Di hari kejadian -

Malam sebelum nak ambil result tu aku tak boleh tidur *tak pernah-pernah* aku tidur awal dalam pukul 11 macam tu , lepastu bangun pukul 12 . Masa tu rasa macam dah lama tidur sedangkan baru sejam . Tapi aku lelap balik dan bangun balik pukul 3 macam tu . Alang-alang dah bangun terus aku buat solat tahajud , hajat semua sekali . Lepastu mama gerak bangun untuk subuh . Pagi tu mama ada hal jadi tak boleh ikut aku pergi ambil result , sama dengan ayah aku . Jadi yang meneman aku ialah kakak kedua aku , Angah . Kiteorang naik motor asing-asing sebab aku mungkin balik lambat sikit nak jumpa cikgu-cikgu lepas ambil result tu .

Kami pun bertolak dalam pukul 9:30 macam tu sebab result keluar dalam pukul 10:00 pagi . Sampai je dewan tengok kosong lagi , ada beberapa pelajar je termasuk aku . Lepastu aku terjumpa kawan sekelas aku . Terus ajak dia masuk dewan cari tempat duduk . Masuk dalam dewan tu , rupanya banyak booth-booth IPTS sedang memanti lepasan SPM ni nak ambil result . Aku adalah isi borang untuk KPTM *dah dia hulur takkan nak tolakkan..*

Masa berlalu sampailah pukul 10:00 tapi pengetua tak sampai-sampai lagi . Pelajar -pelajar dengan parents semakin ramai memenuhi dewan termasuklah kawan-kawan rapat aku macam izzati , waie , fadhil , amirin , syafi'ina dan ramai lagi . Sementara menunggu tu tiba-tiba kawan aku waie bagitahu yang result dia dengan syafi'ina dah leaked *lawak pulak bila fikir sekarang* guru kelas kiteorang post dekat dalam group whatsapp . Aku pun macam " eh eh result aku ada tak!? " tapi sayangnya cikgu post result untuk 3 orang je . Kawan aku waie tu dapat 2 A manakala syafi'ina dapat 6A . Syafi'ina dah menangis-nangis call mak dia sebab dia dah tahu result . Manakala aku pulak , ternanti-nanti menunggu pengetua sampai . Masa ni memang nervous habis weh .


Orang yang ditunggu - tunggu telah sampai , maka bermulalah acara penyerahan keputusan spm . Tahun ni tiada pelajar yang mendapat straight A . Terkejut jugaklah aku sebab kawan aku adalah salah seorang pelajar target untuk dapat straight A . Aku tak kisah sangat sebab tahu memang bukan kemampuan aku untuk dapat straight A . Pengetua pun panggil nama pelajar yang mendapat 7A ke atas ambil result di atas pentas dan.....

Takda nama aku *AGAK DAH* -_-"

"Pelajar-pelajar lain boleh memungut keputusan spm masing-masing di kaunter di tepi dewan " kata pengacara majlis . Aku dengan kawan-kawan yang lain semua pergi ke kaunter kelas kami nak ambil result. Seingat aku , result aku bertindih dengan 2 orang classmate aku . Bila tiba masa aku cikgu pun tercari-cari nama aku dan....

HA ! DAH JUMPA...

Ni zaki keputusan awak *hulur result* . Terus mata aku melilau tengok-tengok ada yang gagal atau tak kredit . Alhamdullilah semuanya kredit . Lepastu melilau lagi kira berapa yang A berapa yang B dan berapa yang C . Wuish , not bad *puji diri sendiri* >_< . Aku terus menuju ke Angah jumpa dia sambil nangis sikit *buat malu je* Lepastu aku dengan angah pergi luar nak call mama kemudian nak tangkap gambar . Eh korang nak tengok ke result aku? Em em nak?


Alhamdullilah walaupun result biasa-biasa je.


Banyak yang aku tak expect dalam result ni dan kalau nak cerita memang tak cukup satu entry , ini pun dah panjang . Tapi yang paling aku nak highlight disini adalah keputusan Pend.Seni Visual aku . Aku dapat A+ . Seperti mimpi menjadi realiti . Aku memang target untuk Pend.Seni aku nakkan A+ dan alhamdullilah tercapai . Matematik , subjek yang paling aku tak suka , aku dapat C . Untuk pelajar macam aku , C memang lebih dari cukup untuk Matematik sebab masa paper math tempoh hari aku memang less confident nak jawab sebab soalan semua susah2 dan pelik2 . Apa pun semuanya Allah dah tetapkan. 




Kelihatan seketul potato bersama resultnya. :3

Apa yang boleh aku simpulkan ialah keputusan apa pun yang korang dapat , berapa A yang korang dapat . You guys should be proud with what you achieved sebab SPM bukan senang lagi-lagi untuk batch-batch yang akan datang . Soalan semakin susah dan susah . Jadi bila terima result , belajar untuk redha dengan ketentuan Allah dan setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya . Allah bagi kite sesuatu bukan suka-suka tau , mesti ada ibrah disebaliknya . 


OKAY SPM DAH SETTLE...HMMM LEPAS NI NAK SAMBUNG MANA EH?
- next entry-

Monday, 16 January 2017

Living with STUTTER (gagap)

Assalamualaikum


As you guys read the tittle , today I gonna share my experience , emotion about how is living with stutter or in malay known as GAGAP . I never thought that I will write about this because most of the time I insecure about my stutter and don't want to talk about it , but recently I found this guy who had a same problem with me named Drew Lynch . So he is one of the finalist in American Got Talent (AGT) season 10 and make it to 2nd place. He is a comedian who has severe stutter . Mine is not bad as him but I still can relate with his problem.




I've lived with stutter since I was born and the only time I realized that I have stutter when I was 5 kinda *lol I forgot* So , living with stuttering is HARD . Before I going too far , I want to mention that my stuttering level isn't that bad but it still keep me low confidence and anxiety . I have a stutter that makes me hard to pronounce certain word . Either in Bahasa Malaysia or English . Yup , this problem really disturb me when I was in school since I had to make a presentation or read a passage out from textbook and things always didn't went well . But , my one and only solution for this problem is finding a word that has a same meaning but more easy to me pronounce it. I'm not even kidding guys , whenever I did presentation , I always have a book or paper with me and when its the time to say the "word" I will cover up my face because the struggling to pronounce the word will lead me to make a weird face expression until I can pronounce the word .


not exactly like this but kinda...*heh*


Second things I wanna share with you guys is my stutter will get worst when I talk loud or fast . Because of that I tend to talk in a slow volume and talk slowly but not everyone understand what I lived with so this shit always happened...

"weh , cakap ah kuat sikit , tak macam lelaki"


For the first time I kinda got pissed with these people that don't understand what actually going about myself but then I get used to it and just silent whenever someone said that . When I said talk slowly , I mean I will talk by pronounce the word sebutir-sebutir or if the stutter gonna happen I will put "aaa" or "ummm" between the word that I might stutter . Example..

"Kak ummm 5 ringgit no 6 eh "

That situation always happen when I go to gas station . Another way I covered my stutter is with saying that I forgot the things. I always do this because its worked every time I going to stutter and it looked more natural , hahaha . Let me give the example..

the word that I might stutter is : Kedai Muthu

eg : Alaa beli je dekat kedai *noticed I gonna stutter* ummm kedai yang sebelah farmasi tu , yang owner dia india tu...

Hahahaha , you got it? . maybe its seems a little hard to you guys get what I mean , but if you guys with me and having a conversation , you will see I do it a lot of times because of my stutter.

The next things that I hate is having a small talk . I appreciate that you want to have a small conversation with me but I just more prefer sit and silent until I reached to my destination if I was in a bus or taxi.Even when I went to like shopping mall or any places , then someone come up to me and want to ask something or just being nice to me , sorry I didn't mean to be rude or arrogant . It just I'm dealing with my problem . Because of that it lead to my social anxiety . I really get nervous when someone try to talk with me because I scared my stutter will attack me at that time . I wish I don't have stutter so I can chit chatting with everyone without any hesitate . When I pickup a call , the same thing would happen . My anxiety + stuttering will hold me up and made me hesitate to pickup the call .

camni ha dia punya nervous 


Now lets talk about my emotion facing this god gift to me . Like I mention before , I got insecure about my stuttering . I just scared if people judge about how I talk . To make the situation even worst , some people always mock me when I stutter . Its just HURT that no one understand . People tend to mocking me while I trying to act cool even though my heart already shattered into pieces. But , since I knew Drew Lynch *actually I got knew him today* he changed my perspective about my little problem because he do a stand up comedy even though he have a stutter . You guys should check his videos at his channel , click here .

Most of the part that I quite disappointed were about our society that doesn't have awareness about stutter . The only things that they do is mocking us or just laughing at us . I never meet anyone that has a same problem with me but I loved to . Sometimes I imagined how would I response if I in the live tv interview or talking to my crush , did I will stutter or I will stay quiet awkwardly? haha no one know. I really hope for those who read this entry and have a friend that stutter , please and please respect him/her . Don't mock them or talk about stutter with them publicly and lastly if you guys want to introduce your stutter friends , just talk like this..

"Weh ni kawan aku , dia stutter so yeah be nice to him/her"


Tak payah guna gagap , macam tak cool . hehehehe. See you guys in the next entry . InshaALLAH.



Assalamualaikum n bye peeps!


*sorry if my English is bad , I still practicing it*