Saturday, 24 December 2016

Marble Theme : New Blog Tour!

Assalamualaikum


Selamat petang semua! *ada ke orang baca? ehek* btw hari ini aku nak blog tour . Ala-ala room tour yang ramai orang buat dalam youtube tu . As you can see blog aku dah bertukar wajah setelah hampir setahun tidak ditukar sebab aku nak menghadapi SPM.

|| Btw nak baca pengalaman SPM aku tahun ni yang banyak drama klik SINI ||
Ok sambung , untuk kali ni punya makeover*gitchuuu* aku pilih untuk jadikan blog aku lebih minimal dan ada aesthetic vibe . Jadi aku pilih tema marble . Bagi yang tak tahu , marble theme memang sangat IN untuk tahun 2016 . Even dekat youtube pun banyak gila tutorial/room tour untuk jadikan bilik/barang korang marble. Memang rambang mata tengok weh! Korang search je . Tapi sebenarnya tak banyak pun elemen marble yang aku masukkan lagi , buat masa sekarang hanya header dengan top button sahaja yang aku marble-kan.


Untuk header bagi yang perasan lah , seminggu dua ni aku kerap tukar header nak tengok mana yang berkenan dihati . Aku cuba tema galaxy , plain colour tapi bila cuba tema marble ni , dia dah berjaya menawan hati aku <3 , dan yup aku edit header aku menggunakan photoscape . I'm really happy dengan header sekarang sebab dari 2011 sampailah 2016 ni aku dapat tengok kematangan header aku tahun demi tahun.

Semakin meningkat tahun semakin simple header aku . Tak macam dulu , header kemain fancy , dah macam pokok krismas weh , hiasan kiri kanan , atas bawah . Memang cringing kalau ingat balik. Tapi itu lah masa mematangkan kita.

|| fun fact : aku pernah letak stokin sebagai main objek dalam header aku . dan tajuk header aku masa tu "Stokin Zakie 11" *i know its soo dumb -_-' ||

Move on to benda-benda basic macam Date , Post tittle , dan sidebar . Macam untuk yang lepas aku guna warna biru sebagai warna rasmi blog aku tapi untuk kali ni aku pilih BnW . Yup , black and white . Tapi ni mungkin korang tak perasan aku gunakan banyak shade of black supaya tak nampak boring kepada si pembaca dan si pemilik blog yang update blog 60 tahun sekali . haha .
 
Aku juga nak bagi penghargaan kepada blog Lyssa Secret dan blog Mira Rasidi sebab dengan blog-blog diaoranglah aku boleh edit blog ni . Blog Lyssa Secret memang aku guna dari awal-awal aku mula berblog dulu . Banyak tutorial yang disediakan untuk korang kemaskan blog atau semak-kan blog . Pandai-pandai buat pilihan bila nak mengedit blog . Janganlah terlalu fancy , crowded bila mengedit blog sebab pembaca tak suka *believe me , aku dah rasainya*



Sedikit pembaharuan aku buat dimana aku letak blogger info . Sebelum ni tiada so why not kenalkan diri aku sikit pada korang kan? Tak banyak pun sebenarnya yang aku ubah untuk sidebar ni aku hanya tambah border dan tukar font sidebar. Tadi aku ada mention Top button kan? ini lah bendanya..


 korang tak perasan? cuba usha sebelah kanan blog aku ni 👀


Kalau korang scroll blog aku sampai bawah mungkin korang akan perasan aku dah tukar footer aku .


Sekian itu sahaja blog tour kali ini . Oh untuk pengetahun korang yang baru nak catching up dengan blog aku , aku juga ada  tulis beberapa entry dalam bahasa inggeris demi nak mempertingkatkan grammar skills aku yang aku berterabur macam iman korang tu ha bila duk tweet pasal abang cendol kat ipoh ni EH . hahaha.


Assalamualaikum n bye peeps!



Friday, 16 December 2016

Current Jam #1

Assalamualaikum

Ok , so this entry is gonna be very random . I just want to share with you guys my current jam that I keep listening while I'm in the car or even before going to bed . So number one is Dangerously by Charlie Puth.

the music video

Basically this song is about a guy that really hope for love from the woman that he like and he would do anything for the woman but sadly he got rejected or they got into hard time and at the end of the day the broke up . Idk ,  that is what I understand from the MV . Anyway the main reason why I really like this song is because of the melody and it have a really deep meaning . You can check it out the MV on youtube .  I personally lowkey fanboying over Charlie Puth , I mean who doesn't , right? 

This song is from his brand new album "Nine Track Mind" . The album have 14 songs overall and its awesome . I recommended to you guys buy the album and listen to it. Guarantee no regret.

Go and buy now!

My second song that had been stucked in my head for this moment is from Ruth B "In My Dreams" . This song is really gooood , its more better than you know shitty pop song that using autotune and all just about sex . You know what I talking about right? Oh ya this song is a new single from Ruth B after her debut EP "The Intro" that contain her hit "Lost Boy" . The official MV is not coming out yet , but you guys can check it out the lyric version of the song on her youtube channel.
 

 
For those who didn't know who Ruth B is , She started her singing career from Vine by making six second song covers . For more information you can google it *jangan malas* I think thats all for today and yeah dont forget to listen these two song and let me know if you guys like it on my instagram @zakieazid .


Assalamualaikum n bye peeps!

Thursday, 8 December 2016

Kerja Khusus Pendidikan Seni Visual SPM 2016

Assalamualaikum


Masih lagi tak boleh move on dengan #SPM2016 jadi malam ini aku nak kongsi pengalaman dengan korang selama 6 bulan macam tu proses pembikinan kerja khusus PSV termasuklah folio dengan final product.

Jadi untuk tahun ni , soalan-soalan yang dikeluarkan agak mencabar bagi aku lah sebab setiap satu tajuk ada pro dan cons bila nak buat . Cara sekolah aku , cikgu akan tetapkan satu tajuk untuk semua pelajar jadi cikgu senang nak pantau progress apa semua . Sebelum tu meh tengok soalan-soalan tahun ni

no. 1 - Pembungkusan COKLAT 
no. 2 - Model bilik penginapan Hotel Bertema 
no. 3 - Reka bentuk Korporat dan pengiklanan 
no. 4 - Penyangkut baju - ukiran kayu 
no. 5 - Arca - tema pergerakan 
no. 6 - Pasu - tembikar 
no. 7 - Penyedut Hampagas Dwifungsi 
no. 8 - Duit Kertas Malaysia edisi peringatan 
no. 9 - Cetakan Timbulan

Aku minta maaf sangat sebab tajuk yang aku bagi ni tak berapa detail , tapi untuk gambaran macam tulah tajuk-tajuknya . Dannnnn cikgu seni aku pilih tajuk no.9 . Cetakan Timbulan!! *tepuk tangan sikit* At first aku memang frust sesangat sebab aku nak sangat buat tajuk yang ada melibatkan kerja-kerja grafik macam soalan no.3 . Tapi bila cikgu dah pilih , iREDHO jelah .


Mencelah sikit, kalau belum baca entry aku berbahasa inggeris aku cerita pasal SPM 2016 sila klik SINI 

ni adalah detail soalan no.9



Sambung balik , jadi bila dah cikgu pilih tajuk maka bermulah perjalanan untuk menyiapkan kerja khusus seni 2016 ni . Sejujurnya dalam kelas memang aku sorang je yang terlebih teruja bila nak mula buat kerja khusus sebab dari form 4 dah duk berangan-angan macam manalah kerja khusus seni nanti . Suka untuk aku ingatkan disini setiap sekolah lain cara proses pembikinan folio dan final produk ye . Aku bercerita berdasarkan apa yang cikgu seni aku telah tetapkan untuk setiap pelajar.


 Sebelum hari 1 cikgu dah ingat supaya bawa sugar paper , double side tape , gunting , dan yang paling PENTING sekali fail saiz A3 . Jadi dimasa hari kejadian , cikgu telah membekalkan kepada setiap pelajar dalam 25 drawing block saiz A3 untuk digunakan dalam pembikinan folio. Folio seni ni basically korang mendokumentasikan proses korang membuat final product . Macam soalan yang cikgu seni aku dah pilih , kami diarahkan untuk membuat satu cetakan timbulan bertemakan alatan muzik. Hari pertama tak buat banyak sangat , kitaorang hanya tampal kertas soalan untuk muka depan , dan tampal gambar (printed) alatan muzik dan juga contoh2 cetakan timbulan untuk dijadikan inspirasi. Kemudian , cikgu suruh bagi yang dah siap proses menampal-nampal sila generate/hasilkan 12 jenis reka letak alatan muzik . Lepas tu cikgu akan pilih satu reka letak yang terbaik dan korang akan disuruh buat 4 salinan reka letak yang telah dipilih tu by hand ye , bukan photostate.


ni proses nak transfer lukisan nak jadikan ia songsang sebab nak mula dah buat cetakan.


Okay let me ringkaskan dulu perkara-perkara yang perlu ada dalam setiap folio pelajar. Yang akan aku senaraikan ni mengikut muka surat dari muka hadapan sampai muka belakang.


1. Koleksi contoh cetakan
2. Koleksi contoh alatan muzik
3. Lukisan realistik alatan muzik yang dipilih
4. 12 jenis reka letak alatan muzik
5. 4 salinan reka letak yang dipilih
6. 4 jenis kajian warna
7. Gambaran karya di dalam pameran
8. Gambar proses pembuatan hasil karya ( cetakan)
9. 3 hasil cetakan

So , kalau korang ada kesemua perkara tu , insyaALLAH markah folio korang akan dapat highest la . Bagi aku sendiri step 1 sampai ke step 7 tu ambil masa lebih kurang 3 bulan camtu . *tak ingat sangat susah nak refresh* Satu benda yang menarik aku nak korang tahu untuk step ke 6 tu salah satu kajian warna korang kena SEBIJIK-BIJIK sama dengan hasil final product , so kajian warna yang untuk tu akan dibuat selepas final product siap . Selepas step ke 7 tu kitaorang mulakan proses mencetak!


antara gambar yang sempat diselamatkan sebelum didelete.


Untuk menghasilkan final product ni , kitaorang guna kepingan Lino sebagai medium perantaraan untuk transfer imej cetakan dari kertas biasa ke kertas minyak sebagai final product . Setiap pelajar diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 12 cetakan. Untuk cetakan timbulan ni kitaorang guna 3 warna iaitu first layer warna kuning , kemudian warna merah dan last sekali warna hitam. Aku nak sangat terangkan cara-cara mencetak ni kat korang tapi its very-very complicated , Jadi aku share satu video ni cara-cara untuk mencetak menggunakan kepingan lino.



                         


Dah tengok dah? Haa macam tu lah kitaorang mencetak 12 lebih cetakan . Memang penat oi cuma yang bestnya bila ada masa seni je cikgu bagi bawak phone *kehkehkeh* so bila stay back boleh dengar-dengar lagu , selfie , main game sambil mencetak tu. Gambar yang akan aku masukkan ni adalah hasil cetakan aku dan telah siap diframe. Tadaaaaaa

Bersyukur sangat bila karya kita dah siap cetak apa semua.

Cuba korang teka alatan muzik apa yang ada dalam cetakan aku? bukan apa sebab bila tunjuk dekat cikgu2 lain susah betul depa nak tafsir karya aku ni . T_T . Tadi aku ada mention yang 1 daripada 4 kajian warna tu kena sama sebijik-bijik dengan final product kan? meh tengok kajian warna aku tu...

haaa sama ke idok? ni dah 95% nak siap

Pensil warna aku literally semua jadi pendek sependek-pendek yang boleh . Tapi aku berpuas hati la dengan outcome yang aku dapat . Boleh dikatakan sama la jugak kan? :D 

Jadi pada sesiapa yang akan ambil subjek PSV untuk SPM tahun depan . Abang *cewah* nak pesan dapat je tajuk please lah buat sungguh-sungguh ye . Walaupun wajarannya tak banyak tapi its help a lot untuk korang dapatkan A dalam SPM nanti . Kalau markah korang 80 ke atas korang tak payah masuk dewan jawab kertas 1 dengan 2 dah lulus dah . Kiranya korang jawab P1 dengan P2 untuk dapatkan A sahaja. Jangan malas-malas ye , sebab banyak benda kena siapkan . Kalau korang ade je masa , terus siapkan apa yang patut . Dan tanya cikgu kalau ada yang tak faham , jangan pandai-memandai mandai.


Kalau ada nak tanya apa-apa boleh DM kat insta @zakieazid


bye peeps.

Tuesday, 6 December 2016

SPM 2016 I'M DONE!

Assalamualaikum


First of all , I really feel blessed because SPM 2016 just come to the end . For those who didn't know , I had hiatus from my doodling activities , blogging just because to focus on SPM . So yeah , it have been a really long time not touching this keyboard and typing continuosly for my entry.

My SPM was started on 7 November and the first subject were Bahasa Malaysia 1 , Bahasa Malaysia 2 and Pendidikan Seni 1 . Yeah , everythings went really well and everybody not stressing about it . But , its for only for the day 1 . There's a lot of dramas and confession all about SPM this year . You guys can check em out at twitter by hashtag #SPM2016 . I had a blast time by reading all the tweets about SPM's question for everyday .  Like example , if the question of the day had involve something that we are never learn about it , then all the student will tweeting a funny tweet about the question. Here's some example...



Others people will not get it unless you all see the question . So continue , everything were going smoothly as I predict it will be except for Mathematic's paper . Both paper , 1 and 2 . I was really upset after answering the question , at least I try my best . First of all , you all need to know that I HATE math so much . But for this SPM I try my best , work my ass to get this subject at least credit when the result out . Unfortunately , everything just not going as what i expected .

What are you expect from a boy who didn't like MATH ? so I just do excersie according to what my teacher gave me . She gave all the question that regulary came out for SPM . But , the actual question that come out is completely different , of course not all of em but it still affect me tho.  Nevermind , I had try my best and just hope the person who will check my paper will be nice to it . 


To be honest there are only a few papers that I really confident when I answering it. One of them is Pendidikan Seni . I really put my hardwork into Seni's paper especially for the paper 2 . For paper 1 , there's nothing much to talk about but I got a lot things to talk about paper 2. So , the question came out 1 week early before I sat for the exam so we all can practice drawing , colouring etc . For those who didn't know , Pendidikan Seni 2 is the paper that need candidates to draw , colour ( make a complete drawing ) There were given 6 question all of it and my choice was question number 2 . Which is this one...

sorry for the bad quality pic

This is my original idea and I'm happy with the outcome . I had to consult with my art teacher to choose which question is suitable with me . Sooo taraaaa that it is . *hambar* It pretty nice huh?


Back to the main reason why I making this entry . *wait , i dont have any reason* . Ok , so my last paper was Information Communication and Technology (ICT) was yesterday . All ict candidates have a really long gap like 10 days before the exam . My ict teacher held an extra class for the entire week just to make sure that we are prepared enough to sit for the paper. The moment when pengawas peperiksaan annouce....


"Masa menjawab telah tamat dah awak boleh keluar sekarang"

There's nothing much I can describe , I am really relieved because everything is over now. Here some picture we take after the paper



Semua berhimpit , nasib baik bawak fish eye lens . lol  , and this is all the muka-muka yang freedom lambat.


guess which one is me ? muehehehehe . btw this is my class 5IT


I think thats all for now , till me meet again in the other entry. Bye peeps!

Random : Last week I got a chance to watch Fantastic Beast and Where to Find Them . The movie is LIT guys! recommend to watch.

Friday, 1 July 2016

5 perkara yang zakie boleh lakukan dengan Microsoft Wisepad W7

Assalamualaikum 


Baca tajuk macam gedik je kan ? hiks . Harini aku nak kongsi dengan readers sekalian tentang Microsoft Wisepad W7 keluaran microsoft semestinya. Ekceli gadget terbaru keluaran microsoft belum viral lagi kan? sebab belum dilancarkan dan akan dilancarkan tak lama lagi *EXCITED*


Heloknye lahai kan?

Orang kata tak kenal maka tak cinta , jadi meh aku ceritakan serba sedikit pasal Microsoft Wisepad W7 ni kat korang . Jadi yang sebenarnya.....

Microsoft Wisepad W7 ni bersaiz 7 inchi je . Tak terlalu kecik dan terlalu besar . Sedang elok ja orang kata . Tambahan lagi phablet keluaran microsoft ni menggunakan window mobile 10 korang! Bila cakap pasal gadget mesti nak tau pasal kamera dia kan? jadi untuk microsoft wisepad W7 ni kamera belakang adalah 5MP manakala kamera depan berjumlah 2MP , dan mempunyai storan berjumlah 16GB ROM tambah lagi dengan 2GB RAM . Kau masukkan semua episod Decesdent Of The Sun pun boleh untuk kakak-kakak yang gila korea tu kan . Microsoft Wisepad W7 ni jugak menyokong rangkaian 4G LTE uols , maksudnya kalau tengok youtube tu takdelah azab menunggu buffering dari subuh sampai ke manghrib lamanya , hahaha . Oh lagi satu , Bluetooth untuk Microsoft Wisepad W7 adalah 4.0 , jadi tak payah lah korang nanti nak rapatkan phablet ni dengan phone lain bila transfer benda , dah macam infared pulok.

JADI APA YANG ZAKIE AZID BOLEH LAKUKAN 
DENGAN MICROSOFT WISEPAD W7 NI?


Ececece macam entry apa pulak kan? hihi . Jadi apa yang bakal aku senaraikan ini adalah kegunaan aku dari aspek aku seorang pelajar , seorang yang gemar melukis dan remaja yang sentiasa bersama gadget berpisah tiada.

1) SKRIN YANG SANGAT SESUAI UNTUK MEMBACA DAN SEBAGAINYA



Ha , untuk 'feature' yang ini amat-amatlah sesuai untuk manusia seperti aku yang bergelar sang pelajar mahupun anda-anda diluar sana . Skrin 7 inchi ni tersangat-sangat sesuai dan selesa untuk aku membaca sebarang artikel dalam blog-blog lain dan mudah untuk aku buka google translate sebagainya . Plus untuk individu yang berjari besar macam aku #TEAMjaribesar pun sesuai sangat nak menaip atau scroll instagram sebagainya . Takdelah nanti kau terlike gambar crush kau pulak kan?haha , kan dah selamat dari segi tu sebab skrin yang sedang elok tak besar tak kecil.


2) MELUKIS SERTA MENYIMPAN GAMBAR LUKISAN-LUKISAN AKU


Ini adalah antara 'feature' kegemaran aku . Since aku seorang yang gemar melukis , Storan yang besar adalah sangat-sangat penting untuk aku memuat naik aplikasi melukis dan menggunakanya dengan lancar serta untuk menyimpan gambar-gambar lukisan aku atau sebagai backup gallery . Takdelah nanti meroyan kalau gambar hilang atau korang terpaksa delete gambar lama sebab nak masukkan gambar baru . Semunya sebab storan kecil . Maka Microsoft Wisepad W7 ni sangat sesuailah kiranya . 16GB ROM tambah 2GB RAM banyak tuu. 


3) MENANGKAP GAMBAR LUKISAN YANG LEBIH BERKUALITI


Aku seorang pengguna telefon pintar yang kamera yang adalah 5MP . Jadi aku yakin Microsoft Wisepad W7 ni walaupun kamera belakang  hanya 5MP kalau betul teknik tangkap gambar , angle , cara edit semualah mesti gambar korang kebaboom punya . Macam aku , bila siap satu lukisan mesti kena tangkap gambar jadi phablet ni sesuai bebenorlah kata orang perak. Untuk kamera depan pula , walaupun hanya 2MP untuk aku skype dengan parent yang jauh dimata pun dah cukup ataupun untuk sistem keselamatan 'lock phone' yang akan tangkap gambar orang yang curi phone kita , kan berguna tu :)

4) REMINDER UNTUK SI PELUPA SEPERTI AKU


'Feature' ni sesuai sangat untuk yang macam takde hala tuju hidup atau yang tak terurus hidup dia . haha . Reminder adalah app yang penting untuk setiap orang terutama yang urusan yang melibatkan "nak kena hantar haritu jugak , kalau tak reject" korang mesti pernahkan lalui benda tu? Jadi bila Microsoft Wisepad W7 ni ada Reminder memang kebetulan sesuai sangat untuk aku yang bila cikgu tanya homework mana? mesti jawab LUPA . kehkehkeh

5) BOLEH BUAT SIMPLE ASSIGMENT 



Kalau dah guna perisian window mobile 10 mesti akan ada kait mengait dengan perisian aplikasi microsoft yang popular macam microsoft word , power point , excel kan? Jadi untuk Microsoft Wisepad W7 ni , di dalamnya ada aplikasi-aplikasi tersebut . Lepas ni senang la kalau aku nak buat assigmnet ringkas guna phablet je tak pun tengah jalan dapat idea nak buat pickupline ke kan? :3


EH..EH JAP , KAK JAMILAH BERMINAT NAK BELI NI DIK , TAPI NAK BELI KAT MANA?

Ok macam ni kakak-kakak abang adik semua . Sekarang ni , LAZADA ada buat promosi untuk pembelian Microsoft Wisepad W7 ni harganya.....*DRUMROLL*

RM 599 je

Ini memang harga mampu milik punya untuk rakyat Malaysia semua . Takkan la beli baju , jubah beratus-ratus kat MOOD REPUBLIK tu , nak beli phablet ni tak mampu..kehkehkeh . Nak jadikan sebagai hadiah untuk anak-anak pun boleh .  Jadi bagi yang beli tu tekan SINI . 


.....................................

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY Blogger Contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and Shopcoupons.





Sunday, 15 May 2016

Join Contest dari Pallas Malaysia

Assalamualaikum


Ohoi , semua . Rindu ceq tak?? Lama betul tak update blog . Maafkan kanda adinda , tahun ni kanda menduduki SPM jadi kenelah fokus lebih sikit dekat buku. Ahaks




Tujuan aku update blog memalam yang hening ni bukan apa , cuma nak kongsi yang baru-baru ni in fact semalam aku join pertandingan Who Is Your Idol Teacher daripada Pallas Malaysia . Cara dia mudah je . Korang kena ambil satu jenis haiwan contoh burung kakak tua and then buat some sort like kad ucapan yang boleh di handrawn atau edit guna komputer lepas tu korang describe yang haiwan tu punya sifat dengan perangai cikgu korang yang idol tu . Lepas tu hantar dekat FB timeline diaorang . Senang je kan ? Eh jap , disclaimer ni bukan entry sponsored ke ape eh . Aku just nak share karya yang aku buat untuk cikgu Seni aku . 


Jadi inilah hasilnya....




Inilah hasil yang paling termampu aku buat dengan masa yang sangat-sangat pack *sangat..ceh* At first aku tak perasan yang dia suruh visualize your teacher tu sebagai haiwan dan masa tu aku dah siap sketch perempuan bertudung berbaju kurung . Lepas baca tu , apa lagi , abam tambah la telinga kucing , mata gojes kucing dengan hidung yang cute tu . 


Pemilihan cikgu pulak , ya auloh susah banget deh . Banyak sangat cikgu yang aku suka kat sekolah aku tapi lepas fikir-fikir aku ambil cikgu seni tingkatan 4 aku tahun lepas , Cikgu Nadia . Perlu ke tanya aku kenapa? sebab seni kot! hehehe gurau-gurau . 

Sebabnya adalah cikgu Nadialah cikgu pertama yang exposedkan kepada aku pasal Seni Visual lebih mendalam daripada aku yang tahu seni tu Doodle je , ehek . Cikgu Nadia jugak selalu sembang dengan aku pasal nak sambung belajar lepas SPM nak ambil kos apa *obviously art* Seni jenis apa , dan hal-hal yang berkaitan . Sebab yang last ialah dia tak pernah bagi markah seni aku B , sentiasa A uols . 

Semoga penyertaan aku ni adalah bagi luck sikit sebab kalau menang dapat RM200 dan sekolah dapat RM500 . Sapa taknak kak jah oii . Korang pun boleh join sampai esok sebab tarikh tamat 16 Mei dan tarikh pengumuman pemenang 17 Mei . 


Assalamualaikum

Nak gosok baju jap , esok ada sambutan hari guru kat sekolah . Sleep tight guys.

Saturday, 13 February 2016

Tahun ni KEIR punya!

Assalamualaikum

Happy CNY pada yang menyambutnya . Harini aku nak cerita pasal temasya sukan sekolah aku yang ke - 84 . Since tahun ni tahun last aku bersekolah *uhukhuk sedih pulok* . Sukan tahun ni secara tiba-tibanya menjadi sangat ajaib . Nak tau apa yang ajaibnya , tunggu akhir entry nanti...

Temasya sukan tahun ni berlansung pada 6.2.2016 bersamaan dengan hari sabtu minggu lepas . Tahun ni aku tak ambil apa-apa bahagian termasuklah kawad sebab aku telah ditugaskan oleh cikgu untuk menjadi photographer pada hari sukan nanti . Memang impian aku dari form 1 nak jadi photographer sekolah lagi-lagi bertugas masa hari sukan dan akhirnya dapat . Yeah!!

Untuk pengetahuan korang , sekolah aku punya nama rumah sukan unik dan memang korang tak pernah dengarlah..

KEIR - RUMAH MERAH
SULTAN - RUMAH KUNING
SHAIDALI - RUMAH HIJAU
HEAD - RUMAH BIRU

Haaa kan? memang tak pernah dengar kan?  So jom kita pergi ke hiasan rumah sukan. Oh lupa nak bagitahu yang aku adalah salah seorang ahli rumah Keir . Ok sambung balik , untuk rumah sukan semua rumah dah ada masing-masing punya tema dan tema-temanya ialah...
 


 Tahun ni Rumah Keir bertemakan istana . Dan apa yang uniknya ialah semuanya yang korang nampak di atas tu adalah daripada polistrin . Penat oo nak cat setiap bahagian sampai siap jadi camtu.


 Untuk rumah Shaidali ni aku pun tak berapa pasti tapi rasanya ala-ala rimba-rimba gitu sebab ada panda , naga hijau .


Haaa Rumah Head pulak tema macam ala-ala kelautan *ada ke istilah tu* macam tepi-tepi laut la lebih kurang sebab hiasan dalaman ada sampan , pasir-pasir.


Sorry tak perasan yang rumah Sultan punya rumah lupa nak tangkap . Tapi tema diaorang ialah Kesultanan Melayu . Interior design setiap khemah aku tak sempat tangkap sebab dalam khemah agak gelap . Ok , bab hiasan khemah dah settle , jom kita beralih pulak pada benda yang paling common bila sukan iaitu MASKOT!!!! . Sorry la , aku agak eksited sikit bila masuk bab maskot ni sebab untuk maskot rumah Keir , aku ada sepanjang pembikinannya . Untuk maskot pulak , semua rumah taknak kalah dengan maskot masing - masing tapi aku rasalah maskot yang paling kiut miut adalah rumah Shaidali . Tak caya , meh tengok...



Untuk Rumah Keir cikgu decide tahun ni kita buat singa ...AWWWwwrrr . 


 Rumah Head pulak buat rasanya watak disney Mickey Mouse kan? yang donald duck tu . Not bad la . Yang penting ada effort nak buat maskot yang terbaik.


Haaa ni yang aku bagitau kiut miut tu . Rumah Shaidali memang tak pernah gagal untuk buat maskot yang comel-comel ni . Pandangan pertama korang mesti jatuh cintalah dekat maskot ni.


Last but not least , rumah Sultan . Tahun ni maskot diaorang aku pun tak berapa pasti tapi rasanya macam lebih kepada cosplay sebab memperagakan baju tradisional Kesultanan Melayu . 



Overall untuk maskot , kudos kepada semua cikgu dan pelajar yang terlibat nak siapkan maskot sebab semuanya kreativiti sendiri .  Macam tahun lepas maskot terbaik jatuh kepada rumah Head ,tapi untuk tahun ni korang tunggu last entry nant... . 

Selepas acara kawad kaki , bermulalah acara padang pula . Bermula daripada acara larian bersama sekolah lain , sampailah ke acara lari 100 meter antara rumah sukan , Dan apa yang memeranjatkan ialah tuan rumah sendiri iaitu sekolah aku  yang bolot semua johan untuk larian dengan sekolah lain . Ok jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa hari kejadian*cewah*

Sahabt baik aku..




geram betul aku dengan panda ni..




Ni waktu perasmi periksa setiap perbarisan . Oh lagi satu perasmi ni dulu bekas pelajar SYS.


Pandai betul panda ni cari kamera aku , mana-mana ada je dia . #pandaiseverywhere



Classmate aku yang tetibe , eh zaki tolong tangkap gambar kiteorang" haha



 Pengetua baru sekolah aku . Very motivated punya orang.


Huh , bukan nak bangga la , tengok la rumah mana yang mendahului...hekhek
 
Ini untuk acara tarik tali which is final round antara Keir dengan Shaidali dan pemenangnya adalah Shaidali. Emm fun fact , untuk acara tarik tali , Shaidali adalah pasukan yang comfirm masuk Final.

Dah puas tengok semua gambar? dan alhamdullilah tahun ni tahun KEIR!! sebab apa? sebab KIER adalah rumah sukan yang paling terbanyak mengutip pingat emas and plus olahragawan dan olahragawati dari rumah KIER! Fyi tahun ni macam ajaib sesangat sebab selama aku bersekolah 5 tahun ni , tahun ni lah baru KEIR nak merasa tittle juara tu . Aku pun rasa macam kemenangan ni memberi kenangan indah bila aku habis sekolah nanti .


Assalamualaikum.



Oh lupa bagitau untuk maskot terbaik dengan hiasan khemah terbaik jatuh kepada rumah Sultan.