Assalamualaikum
Hai semua dan selamat pagi hari rabu . Common things bila korang berada di tingkatan 4 ni adalah...
"Weh bila nak ambil lesen motor?""Ambil dengan aku nak tak?"Eh ujian komputer lulus tak?""Macam mana JPJ? lulus ke tak?"
Tapi yang fokus sebenarnya adalah AMBIL LESEN MOTOSIKAL . Serius aku bagitau , sepanjang sekolah tahun ni kawan sekelas , kelas sebelah semua dok cerita pasal lesen , lesen , lesen , lesen sampai naik muak aku dengar . Jadi masa dekat-dekat nak habis sekolah tu mama bagitau suruh ambil lesen sebab senang tahun depan naik motor je pegi sekolah plus aku ni seorang yang busy di sekolah *gitu* jadi aku pun pergilah daftar di driving school dekat pekan batu gajah ni dan kebetulan ada program Mylesen which is depa buat promosi untuk mengambil lesen motosikal iaitu dari harga asal RM399 jadi kepada RM299 sahaja.
Aku pun tak kisah la Mylesen ke apa ke asalkan lesen tu nanti dapat supaya aku ni halal membawa motosikal di jalan raya. Sejurus selepas dengar ceramah , pihak driving school tu suruh kami peserta Mylesen ni pilih tarikh untuk ujian komputer jadi tarikh yang aku pilih lebih kurang 2 minggu sebelum sekolah habis . Jadi nak cerita pasal ambil ujian komputer ni , seminggu sebelum aku ambil ujian komputer tu aku buat latihan guna simulasi ujian komputer yang korang boleh download kat internet ni *google je* so aku memang buat latihan dalam tu sampai muntah dan akhirnya aku lulus ujian komputer dengan markah 45/50 .
Selepas lulus ujian komputer tu , korang kena bawa gambar ukuran lesen dengan slip keputusan yang korang lulus tu kepada JPJ boleh kepada driving school tu pun boleh . Aku hantar kepasa driving school jadi dapat lesen L tu lambat sikit , masa nak mula belajar baru depa bagi lesen L aku. Sepanjang tempoh korang pegang lesen L ni korang hanya boleh bawak motosikal seorang diri je lah , tak boleh bawa penumpang , kalau kena tahan dengan JPJ nasib la kau , kenyit la mata nanti kat pakcik JPJ tu nanti , haha .
yeay dah ada lesen L !!
Ok , sekarang masuk bab nak test dengan JPJ untuk dapatkan lesen P....
Jadi untuk pengetahuan semua , ada 2 bahagian yang akan diuji iaitu KPP 02 dan KPP 03 . Untuk KPP 02 ada 5 instrumen antaranya ialah meniti , kon , brek kecemasan , pusingan lapan , dan selekoh tajam manakala untuk KPP 03 pula dia macam praktikal di jalan raya contohnya bagi signal untuk membelok , berhenti kat traffic light , macam tu lah lebih kurang .
Hari Isnin bertarikh 21/12/2015 adalah tarikh aku ambil test JPJ . Sehari sebelum test lagi aku dah start cuak dan cara aku menghilangkan cuak tu adalah tengok video-video tutorial ujian JPJ kat dalam youtube dan tanya kawan-kawan aku yang dah lulus ujian JPJ . Tapi alhamdullilah la tidur malam tu still lagi lena cuma bila bangun hati dah tak keruan . Pagi tu mama dengan ayah yang hantar aku ke driving school dan diaorang pun tunggu aku sampai aku habis test.
Prosedur pertama adalah pergi daftar kat pejabat dan ambil no giliran . Jadi no giliran akan ialah 07 manakala kawan aku 06 . Lupa nak bagitau yang aku ada kawan sorang masa test JPJ tu *kawan masa dekat KAA dulu*. Lepas dah daftar diaorang suruh tunggu dalam bilik menunggu untuk tunggu kehadiran pegawai JPJ . Belum lagi pegawai JPJ masuk aku dengar ada orang terjerit-jerit suruh masuk cepat , rupanya pengawai tu yang menjerit suruh calon yang melepak-lepak kat luar supaya masuk. Masuk-masuk je pengawai JPJ tu , tengok muka macam baik nama dia YEOP *yang terpapar pada nametag dia* pangkat dia dengan aku macam pakcik la tapi masa test aku panggil dia tuan. Dia pun mula la menerangkan prosedur yang akan berlaku sepanjang test hari ini. Pegawai Yeop ni dia uruskan untuk test KPP 02 manakala untuk KPP 03 pulak diuruskan oleh Pegawai A.Suhardi .
Masa nak test dia akan panggil dalam 4 calon sekali gus sebab motor yang digunakan untuk test ada 4 ke 5 macam tu . Tapi sebelum calon-calon yang baru nak test ni pergi , diaorang bagi orang-orang yang nak buat repeat test untuk test dulu . Selepas habis orang yang repeat test tu baru calon-calon yang baru ni mula buat test . Masa calon 01 sampai 04 mula KPP 02 semua lulus sehingga la start calon 05 - 07 mula buat test . Budak 05 ni masa dekat titi terjatuh pulak dia *hati dah cuak ni* lepas tu kawan aku pulak dia pun sama jugak terjatuh dekat titi *bertambah cuak!!* bila sampai masa aku , aku ambil jarak yang jauh sikit dari garisan putih dan Bismillah terus start....
Fuhh alhamdullilah lepas titi tu dengan masa 8 saat sebab syarat dia kena lebih dari 7 saat . Selepas titi tu intrumen seterusnya ialah kon*yang macam orang training bola tu* part ni aku takut sikit sebab entahla macam susah nak balancekan badan nak pusingkan motor tapi alhamdullilah lepas jugak yang ni dan selepas tu ujian untuk brek kecemasan pulak dimana korang kena bawak motor lelaju lepastu brek guna brek kaki dengan brek tangan sekali . Lepas tu kena buat pusingan 8 *macam roundabout* dan yang terakhir ialah selekoh tajam . Lepas habis je KPP 02 lega bebenor sebab sikit je lagi nak dapat P ni..haha
Untuk yang KPP 03 tu tak ada sangat yang thrillnya cuma bila nak masuk simpang ke apa-apa jangan lupa bagi signal . Kalau tak.. mandatori ataupun gagal . Dan sejurus aku berhentikan motor tanda dah habis sesi KPP 03 Pegawai tu arahkan untuk buka topi keledar dengan jaket keselamatan dan pergi ke tempat depa duduk untuk pantau dan ambil result . Jadi persoalannya adakah aku lulus?
Syukur Alhamdullilah aku lulus! : D
Jadi kepada sesiapa yang nak ambil lesen motosikal ni masa ujian JPJ nanti hati tu bawak bertenang je walaupun korang rasa nak terkeluo jantung tu kan..dan mintalah pada ALLAH sebab kita lulus atau gagal semuanya atas izinNYA.
Assalamulaikum.
Fuh.. ni Yun Sing kena tunggu lg utk amek lesen kete sebab keluarga xbg amek motor. Naik Rapid la aq hahaha
ReplyDeleteehehehe sama la macam kawan saya , parent tak bagi amik lesen moto . takpa lesen moto ke kerete ke asalkan boleh menuju ke tempat destinasi..kan?
DeleteTakde lesen motor, lesen kete je, huhu! Jangan merempit pulak ye pasni, hehe~
ReplyDeletehehe......inshaALLAH tak merempit punya lagipun mak dah bagi warning awal-awal :D
Deletekita pun ambil mylesen juga.. umur dah 24 baru dapat lesen..lepas dapat motor terus kereta.. hehehe.. bahagia betul dah dapat lesen ni..
ReplyDelete