Saturday 26 July 2014

Aidilfitri bersama ZakieAzid

Assalamualaikum



Salam malam Sabtu semua , haa lagi satu hari je lagi kita nak menyambut Aidilfiri . Harini sangat penat tahap kameha-meha sebab all out segala tenaga untuk mengemas rumah , tapi aku gigihkan juga tulang berkerat-kerat aku ni nak menaip entry . 


Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfirti maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini , yang tak pernah lupa lawat blog ini . Kawan-kawan facebook aku , kawan-kawan blogger , doodler yang mengenali aku . Aku mohon maaf kalau selama kita menjalinkan persabatan aku ada sakitkan hati korang ye . InshaALLAH selepas ni , akan banyak lagi doodle dan freebies dekat blog ni . Tapi kalau nak tengok daily doodle boleh follow aku kat instagram @zakie_azid . 



Selamat hari raya , jangan main mercun :3


Assalamuaalaikum


------opss!! bagi yang nak freebies doodle couple raya boleh klik bawah --------


Friday 25 July 2014

Freebies : Doodle couple raya

Assalamualaikum


Haa , Ramadan dah nak habis :(


Salam Jumaat semua , lagi 2 hari ramadan akan meninggalkan kita dan raya menjelma!! Hooyeah . Seperti tradisi blog ni *ececece tradisi* akan memberi freebies doodle raya pada korang . Pada tahun ni aku buat doodle couple tak macam tahun lepas doodle single . Ada 7 warna dan silalah ambil buat e-kad raya ke , header blog sempena raya ke , apa-apa je lah .


















Freebies ni aku buat cepat-cepat memandangkan esok dah sibuk nak make-up rumah ni dan buat biskut raya sikit . Cuma kalau ambil jangan lupa komen kat bawah , dan kreditkan pada aku okay ^_^



Assalamualaikum

Friday 18 July 2014

PT3 & Random doodle

Assalamualaikum


Haish , semakin jarang aku update blog sekarang ni . Semuanya untuk fokus kepada PT3 , dan yang gembiranya ialah PT3 bagi subjek Sejarah dengan Geografi dah siap !! *tepuk tangan sikit* . Sekarang ni calon -calon PT3 tengah tunggu untuk ujian mendengar dengan ujian bertulis . Untuk subjek sejarah PT3 kami diarahkan supaya membuat rencana dan geografi pulak kena buat macam folio ringkas gitu  .

Cukup dulu cerita pasal PT3 . Bila datang bulan ramadan ni kan kita tak makan . Apa lagi perkara yang berfaedah yang boleh dibuat masa rehat selain mendoodle kan? Jadi aku ada la buat beberapa doodle yang simple dan sapa yang ada dalam group Doodle Malaysia , mesti selalu nampak aku post doodle-doodle aku.



nama aku di dalam jawi ^_^





Latest doodle . pray for MH17


Itu jelah yang aku nak cerita harini . Selamat menyambut raya yang akan datang dan jangan lupa kejar 10 malam terkahir tau . Asasalamualalikum