Sunday, 24 August 2014

suka-suka jadi kerjaya

Assalamualaikum



"Dulu saya buat benda ni suka-suka je , alhamdullilah sekarang dah jadi satu sumber pendapatan saya"


Korang mesti pernah dengar kan ayat kat atas tu , dan perkara tu sekarang terjadi pada aku . Kalau aku di sekolah , hampir setiap masa aku bersama buku sketch , so bila pergi pusat sumber atau ada masa free , aku akan melukis , doodling dan lain-lain . 

Bila aku buat segala-segala benda tu , kawan-kawan akan memerhati , sebab sambil-sambil bersembang dengan depa , sambil tu tangan aku melukis . Jadi selalulah kawan-kawan aku tanya , :apa kau lukis tu" aku pun cakap "doodle" . Semua jadi tercengang and it was like "what is doodle ha?" aku yang melukis pun jadi bingung nak jawab apa benda doodle ni . Kadang-kadang tu ada yang jenis suka memerli , suka terjerit-jerit doodle..noodle...doodle...noodle . 


Tapi aku cuma diamkan diri dan terus melukis , sampailah satu hari ada budak perempuan kelas aku , minta lukis nama dia pastu ada doodle-doodle sekeliling nama tu . Aku pun yang tengah tunggu masa untuk lisan bahasa melayu , terus terima tawaran tu dan lukis , dan tak sangka esoknya dia minta lagi doodle nama pada kertas saiz A4 dan "kau buat la , "nanti aku bayar " . Syukur sangat bila ada orang sedar yang seni doodle ni sangat-sangat berharga . Semenjak tu , aku ada la jugak terima tempahan doodle name dari kawan-kawan aku dan entry kali ni , aku nak tunjuk first commision aku . Tapi aku bukanlah sampai jadi kerjaya , sebab aku masih belajar .




















Terima kasih sangat - sangat kepada kawan-kawan aku yang sudi tempah doodle name dengan aku . Lain kali order lagi ye ^_^


Assalamualaikum

P/S : Mood nak exam trial PT3 . wish me luck !!

Friday, 15 August 2014

prepared for exam

Assalamualaikum


hoho , kerlass tajuk mat soleh . Sebenarnya banyak benda aku kena persiapkan untuk peperiksaan kali ni . Lagipun aku kan batch pertama PT3 , jadi segala kemungkinan boleh berlaku . Cikgu di sekolah pun dah memulakan gerak gempur *peng!! peng!!* bukan hat tu , ni gerak gempur supaya kami yang nak ambil periksa ni lebih bersedia dari segala aspek rohani dan jasmani . 


Di dalam kesibukkan aku nak menghadapi peperiksaan ni , tak lupa juga aktiviti mendoodle . Some opinion kata , bila nak periksa besar , hang kena stop segala benda yang hang suka macam melayari internet and so on . Tapi bagi aku , kenapa nak kena stop segala benda yang korang suka bila ada periksa besar ? sebab segala benda-benda tu , kita yang buat jadi kita da kupayaan untuk mengawalnya . Jadi tak kira la korang periksa besar ke periksa kecil ke , just follow the flow and enjoy it ! 


Sebenarnya , minggu lepas aku ada buat macam series #eksperimendoodle , kalau di insta boleh cari #eksperimendoodle . Jadi , aku dah buat doodle frame dan diy doodle casing . 









dan yang ini pulak , diy doodle phone case . Aku adalah jenis yang tak boleh tengok sesuatu permukaan kosong je , mesti jari jemari ni gatal nak menconteng . Maka terhasilah diy phone case ni . Mudah je lukis dan spray "clear spray" supaya lukisan tak tanggal . 

sorry gambar tak clear sangat . kamera murah . hoho 



Assalamuaalaikum



Thursday, 7 August 2014

Segmen Reka & Menang Button Badge 2 by Huda

Assalamualaikum



Harini aku nak join segmen yang aku dah pernah join dulu . segmen reka & menang button badge 2 by huda!!


kalau nak join , klik banner okay


So inilah design button badge aku :D





harap-harap menang la . Amin


experimentdoodle : doodle t-shirt

Assalamualaikum



Hai!!! hoho macam biskut kan aku , kejap ada kejap takda . Takdalah sapa yang follow aku ada je nampak aku wujud di laman sosial ni :D

Sebenarnya ni aktiviti aku masa cuti raya haritu . Disebabkan terpengaruh dengan kawan doodler lain yang buat doodle t-shirt . Aku gigihkan juga keluarkan duit raya dengan hati rela tak rela untuk beli bahan-bahan . Bahan dia ?? senang je . Marker fabrik dengan t-shirt kosong . 

ni marker yang aku guna sharpie stained . RM 16.50 



Maka bermulalah aktiviti aku mendoodle dengan rakusnya!! hohoho


          dan hasilnya .........


pertama kali pakai . kembang hidung hang tau!! hehe




full view doodle t-shirt 

t-shirt tag . kengkonon


InshaALLAH akan buat lagi doodle t-shirt ni masa akan datang dan mungkin akan mengambil tempahan *sape tau kan?* ohh lupa nak bagitau , t-shirt boleh dibasuh seperti biasa tapi dengan air sejuk . takkan luntur punya!

P/S : minta doa yang baca entry ni supaya aku lancar ujian lisan PT3 bahasa melayu okay .