Sunday, 29 December 2013

entry back to school + PBSMR

Assalamualaikum



ini adalah my daily uniform ke sekolah . 



Hai semua , macam semua tahu lagi beberapa hari je kita nak ke tahun 2014 , dan itu bermaksud sekolah dah nak mula!!!


Berbaul perasaan dalam hati ni bila sekolah nak mula , tak tau kenapa -.- Bagi aku persiapan sekolah tahun ni simple-simple ja , yelah dah sekolah menegah kan..barang yang masih elok boleh pakai , yang betul-betul tak elok je perlu ditukar . Cuma dah plan awal-awal masa beli alat tulis nanti , nak mintak ayah belanje artline 2 ketul . 


Dan yang paling "mengeksited" aku ialah PBSMR !! *bunyi drum*  Al maklumlah batch 98 adalah batch terakhir yang menduduki PMR dan bermula batch 99 iaitu aku akan menduduki PBSMR . Sebenaqnya aku pun masih kurang jelas dengan sistem baru ni , takpalah kita tunggu dan usaha je sehabis baik.Yang ni susah sikit ,tahun depan jugak aku akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan online facebook , blog dan lain-lain . 


Aku harap , pembaca blog ni sentiasa doakan aku supaya aku berjaya untuk sesi persekolahan tahun depan dan moga aku cemerlang menduduki PBSMR tahun depan . Selalu entry aku gelak-gelak je kan ,tapi kali ni aku mengharapkan doa-doa kalian yang membaca blog ni mahupun yang mengenali aku . 

Assalamualaikum

Thursday, 26 December 2013

Blog bertukar!!

Assalamualaikum


Sempena nak tahun baru ni , aku tengok banyak blog yang edit dan bertukar wajah sempena tahun baru . Jadi aku rasa blog cabuk ni pun perlu di-edit untuk tatapan fans yang setia *bajet sungguh aku* . Kali ni aku buat perubahan yang agak berlainan daripada sebelum ni aku edit blog , iaitu aku membiarkan background blog aku plain atau lebih dikenali sebagai warna putih . Amboi kemain skema ayat hahaha . 






Sebenarnya memang aku ada niat nak tukar background jadi plain dari dulu lagi , tapi aku tahankan dulu nafsu tu , dan inilah masa yang sesuai untuk aku berubah . Baru ada ngupe blog seorang lelaki yang matang ye dok?  hehe sebab ramai cakap blog aku macam blog pompuan , sebab ada doodle ek? 

Font untuk header pun aku pakai font yang simple gile adoi ter be . Malas nak font yang fancy-fancy sangat , kang nampak macam girlish pulok = = '




Menutab pun aku dah drag ke sidebar dan buat sendiri , lagi puas hati :D Saje letak font yang macam cakar ayam tu , rasa macam unik pulak . Aku sangat mengharapkan feedback daripada korang tentang perubahan blog aku ni , sedikit sebanyak boleh aku perbaiki kalau ada yang tak kena . 



P/S : Terima kasih la sudi baca entry pendek ni , kalau rasa suka boleh drop komen kat bawah . Sekolah dah nak start woi!!









Monday, 23 December 2013

commision : Single doodle ala-ala princess

Assalamualaikum


oh..ayahanda dimanakah putera idaman ku... ?? erkk

Sebenarnya dialog diatas nak feeling commision yang baru aku dapat . Semenjak dua menjak ni , ada beberapa orang digitizer tempah doodle dengan aku . Huk oloh digitizer ni orang yang buat sulaman cara moden , pakai mesin bukan tangan . Jadi ada sorang akak ni minta aku buat doodle ala-ala princess muslimah gituu . Jadi aku cuba sedaya upaya nak buat doodle tu seakan-akan princess .




Thanks for grab doodle from Belog ZakieAzid

COPYRIGHT© Belog ZakieAzid
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan melalui
Email : zakie_1459@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/zakie.azid



2013 dah nak melabuhkan tirainya , dan coming soon 2014 ....erghh PBSMR first batch


Sunday, 22 December 2013

Al-kisah gua alergic udang galah

Assalamualaikum





Hai semuaaaaaaa , hari ni aku nak cheghita*bahasa gedik* pasal apa aku tak suka makan udang , udang galah dan pelbagai jenis udang yang sama waktu dengannya . Semuanya disebabkan UDANG GALAH!!  Al-kisahya begini......



udang galah

Pada suatu hari , awam bergerak cerah ke selatan , semua burung berkicauan dengan senang hati *typical sangat cerita dongeng nyah* ok...ok meh aku mulakan . Ada satu hari tu , dalam umur aku linkungan 5 atau 6 tahun macam tu , ayah aku bawak balik/beli udang galah . 


Nak dijadikan alasan aku tak makan udang lagi , mak aku masak udang tu masak ape entah , tetapi dengan kekreatifan mak aku menghias hidangan tu , mak aku bangunkan udang tu / cacakkan udang tu lepas tu hias denagan sayur-sayur salad . At first moment aku tengok....





















Haaa , gitu la pandangan kali pertama aku terhadap udang galah yang dicacakka dan hiasan sayur salad . Takut aku punyalah aku ambil nasi dengan lauk lain dan terus makan kat dapur...fuhh selamat . Terkejut aku tengok first time udang besor tu . Jadi bila aku tengok udang aku teringat dekat pandangan pertama udang galah tuu , tapi alergic tu sampai sementara je . Bila aku dah besar panjang ni okay je makan udang :D



P/S : Bila teringatkan peristiwa ni rasa nak tergelak pun ada >_< kenangan tinggal kenangan . 

Thursday, 19 December 2013

digital potrait seorang gadis misteri

Assalamualaikum


Hai semua , lama tak buat entry dan PV aku merudum jatuh ;( kena bangkit semula ni . Huhuhuhu . Tapi bukan itu yang aku nak cerita tapi aku nak cerita pasal digital potrait . Since aku lama tak dapat tempahan , jadi aku mengambil langkah drastik*ececece ayat* untuk membuat digital potrait muka artis , blogger dan banyak lagi *tak banyak pun . 

Maka terhasilah digital potrait seorang gadis...bertudung...comel....artis youtube*bunyi drum*


Haa dari lirikan mata ni korang boleh teka tak siapa ? jom tengok milik siapa lirikan mata yang cantik ni .

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Tadaaaa , misteri sudah terunkai , milik lirikan mata tadi tu adalah bintang youtube Ainan Tasneem . *Sila berikan tepukan gemuruh!!! *poyo je* . Aku cuba buat se-real mungkin dan korang nilaikanlah sendiri macam mana . Huh?? part mana yang susah , bagi aku part kening dan mulut paling susah sebab perlu buat sekemas mungkin sebab kalau part tu spoil , takkan sama digital potrait dengan gambar asal . 


Assalamualaikum.


Monday, 9 December 2013

Freebies : Muslimah DSLR

Assalamualaikum


Hoii blog bersawang ni dan updated la!! freebies pulak tu :D *kata makcik peah kepada jirannya*

HAHAHAHAHA , lama sungguh beta tidak mengupdate blog ini....
Sebenarnya aku memang nak update blog , tapi taktau nak update apa , kepala ni jenuh memikir idea untuk diupdate ke blog kebetulan haritu misha omar PM aku dan beritahu "update la freebies" *ok itu sangat penipu*



Jadi dengan bakat yang allah pinjamkan ini aku buatlah freebies dengan rela hatinya . Nak buat freebies pun bukan senang tau ye . Maka terhasilah freebies " Muslimah DSLR" . Aku pun taktau la kenapa suka buat freebies perempuan , mungkin senang kot , takyah buat rambut terus buat tudung :3 . Jadi beringat-ingatlah sesama sendiri , freebies ini aku mohon sangat jangan la di re-freebies pada blog korang dan janganlah duk canang kat orang , yang bahawa korang yang buat dan yang paling penting jangan re-draw balik freebies ini . Hanya kegunaan persendirian sahaja :)














P/S : Haaa , ada satu extra yang berwarna warni tu , silalah ambil mana yang berkenan di hati tu . 

Assalamualaikum